Wadah Madrasah Pengalaman: Bukankah itu sunnatullah?


Monday, December 9, 2013

Bukankah itu sunnatullah?

.





Assalamualaikum...


Aku memang sangat kekurangan dalam ilmu agama.
Kalaulah Allah bukakan 'keaiban' aku pasti terlalu banyak untuk disenaraikan
Kelemahan-kelemahan itu oleh orang lain
Doakanlah semoga semasa keberadaan hidup ini
Aku masih mempunyai ruang untuk sentiasa baiki

Perjalanan tulisan blog aku ini sudahpun banyak kali berubah
Kadang kata ganti diri pertama jua turut berubah
Dari saya , aku dan wan
Mana mana pun aku suka aku akan guna
Erm.. mungkin
Itu tandanya empunya diri sudah beralih fokus dan tumpuan hidup
Yang pasti
Banyak peristiwa yang menyebabkan kita jadi berubah
Bukankah itu sunnatullah?
Hidup mesti selalu seperti air
Yang sentiasa menyerap dan melimpah
Ke mana ruang pasti akan dipenuhi

Peristiwa kekecewaan yang lalu juga satu bentuk keinsafan dan perubahan diri
Menyebabkan aku ingin menjadi lebih baik
Malah lebih baik daripada yang dulu
Adakah kerana kehilangan yang menakutkan aku
Ataupun kerana pengalaman hidup itu sendiri
Apapun
Terima kasih atas pengalaman itu yaTuhanku yang ESA!

Kerana tahu aku punyai banyak kekurangan dan kelemahan diri
Aku tahu aku kurang yakin untuk membimbing dan menasihati bakal suri
Suami tidak diizinkan syurga di akhirat jika isterinya tidak taat kepada Allah
Kerana itu
Aku sentiasa berjanji untuk menjadi suami yang terbaik untuk bakal suriku
Hehehe   >.<

erm..
Seronoknya kalau berpeluang dan bersua muka dengan pembaca setia blog ini.




Cita-cita aku mahu  sentiasa hebat memberi untuk Allah.




.



3 comments:

THE KEHALUSAN KELEMBUTAN said...

Menulis dan menulis.
pengalaman demi pengalaman.
Itulah perjalanan hidup seorang manusia.
Moga segalaNya menjadikan kita lebih baik... Aamiin.
Keep it up.

Unknown said...

Being afraid is just proof that you've truly seen the real YOU, after all..

Unknown said...

Silakan menerjah ke blog saya juga... itikelabus.blogspot.com