Wadah Madrasah Pengalaman: Hawa usah kau jadi mawar berduri


Wednesday, January 15, 2014

Hawa usah kau jadi mawar berduri

.



Assalamualaikum

Hawa
Mungkin kalian sering dengar
Jadilah seperti mawar berduri
Biar cantek dipandang
Namun sukar disentuh

Hawa
Persampahkanlah kata kata itu
Mengapa perlu menjadi mawar berduri
Jika kecantikkan mu itu mudah untuk diperlihatkan
Namun hanya sekadar sukar untuk disentuh

Ketahuilah
Mawar itu terlihat cantek
Setiap mata memandang
Mungkin kerna itu jua lah
para hawa yang berniqab bertudung berpurdah
Pada hari ini sering kali mempamirkan wajah mereka
Dilaman mukabuku tanpa segan silu

Jadilah seperti semalu
Hawa aku tahu aku juga pendosa
Jadi aku tak mahu menambah dosa
Ambillah sedikit masa
Luahan kami dari lelaki yang hidup dengan mata
Yang sering terbuka

Hawa
Kau kata aurat mu terjaga
Kau berpakaian longgar
Kau berbaju kurung
Tapi kau lupa
Rambut mu
Aurat yang kau tak jaga

Hawa
Kau kata
Kau dah jaga semua
Kau bertudung cantek
Kali ini kau bertudung fesyen entah siapa
Adakah kau lupa
Sepatut nya bertudung itu menutupi paras dada
Atau kau mula cipta hukum sendiri
Cukuplah semua dibalut rapi

Hawa
Adakah kau lupa
Adakah dulu kau tidak dipersekolahkan oleh ibu bapa
Untuk memahami dua beza

Hawa
Kau kata semua kau dah jaga
Kau bertudung biasa
Seperti yang biasa biasa
kau silangkan tudung mu kekiri dan kekanan
Baju mu berlengan pendek
Tapi kau tahu juga
Kau guna "handshocks" agar aurat mu terjaga
Adakah kau lupa
Membalut dan menutupi itu punya banyak beza

Hawa kalau aku kata
Aurat mu masih belum terjaga dengan sempurna
Kau mula kata
Aku lelaki yang kuno hidup dizaman purba
Adakah kau juga lupa
Dulu manusia tidak berpakaian apa
Jadi adakah aku atau kau yang semakin purba

Hawa
Ya.. kau yang sedang senyum
Saat aku mengata mereka tak sempurna
Adakah kau sudah menjaga auratmu dengan sempurna
Kau cantek berpurdah bertudung labuh jua
Tapi wajah mu jadi tatapan si pemuja cinta
Kau juga lupa
Cantek kau berpurdah senyum dimata
Tapi kau jua bermain mata
Dengan mata mu yang mengoda
Walau wajah tak terlihat semua

Hawa
Kau yang bepurdah
Hari ini mungkin berwarna jingga
Esok mungkin merah menyala
Cukuplah dengan mata mu yang menggoda
Tak perlu kau tayang setiap masa
Kalau jua kau kata auratmu terjaga dengan sempurna
Mengapa kami lelaki yang punya mata
Tak bisa memejam seketika
Adakah itu sudah kau kata
Aurat mu terjaga dengan sempurna

Jadi wahai hawa
Mula lah nilaikan diri
Sudah cukupkah aurat mu terjaga
Kerna bukan sekadar kami yang perlu menjaga mata

Sedarlah wahai hawa
Seindah indah hiasan didunia
Ialah wanita yang solehah
Yang bakalan menjadi isteri kami yang berupa bidadari dunia

Pada suatu hari,Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.

Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua,semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu,para wanita sekalian,kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.






.



6 comments:

DYatie ABakar said...

Thanks for sharing this bro!
True indeed.

Wafi Remli said...

Ciri2 wanita idaman setiap lelaki, sejuk mata memandang...

Aqilah Azmi said...

Wow.
Thanks abg wan :)
Betul, kalau muka senang tengok di fb tiada gunanya duri tu :)

Fatimah Nabila said...

i'allah..sedng mencuba utk brubah..

Unknown said...

absolutely true ! byk wanita hri ni xsedar tntg nie. jazakallah ~

THE KEHALUSAN KELEMBUTAN said...

Terima kasih.


Hawa itu fitnah terbesar akhir zaman.

Allahu .