Wadah Madrasah Pengalaman: Guru... adakah kau lilin yang menerangi atau lilin yang membakar kami


Wednesday, February 12, 2014

Guru... adakah kau lilin yang menerangi atau lilin yang membakar kami

.




Assalamualaikum

Saban hari kita dikejutkan dengan berita guru dan murid
Dijentik dikatakan jenayah besar yang mengundang pembunuhan
Saya menulis artikel ini bukanlah bermakna menghentam siapa siapa
Bukan ayah bukan ibu bukan murib malah bukan guru
Pada siapa yang terasa
Saya tak tahu nak buat apa
Kalau salah
Mengakulah salah apa salahnya

"Sayang anak tangan tangankan"

Bila kepercayaan pada guru diletak pada tahap sifar
Maka ibu dan ayah bersikap seperti perlindung yang tiada guna
Kalau hari ini anak yang bersalah tidak boleh dihukum
Maka esok jangan ditanya mengapa semakin berleluasa setiap jenayah

Berbeza dengan zaman saya ketika dahulu
Bila bising dikelas dilastik dengan getah ditelinga dan bibir
Bila tidak siapkan kerja rumah diarah berdiri diatas kerusi
Bila melawan guru dijentik lengan sehingga lebam
Bila membuat kerosakan dirotan sehingga menyesal
Lalu apa yang kami dapat dari semua
Kesakitan ?
Tidak ..
Kami belajar dan meyesal tidak mengulangi perkara yang sama

Percaya atau tidak
Setiap kali ayah saya mengambil buku laporan sekolah
Ayah akan berpesan pesan kepada guru
Agar merotan saya jika salah
Saya mula belajar
Jika melakukan kesalahan maka hukuman akan dijalankan
Berbeza dengan sekarang
Ayah mengajar anak jika melakukan kesalahan
Bertindak terus dengan laporan polis
Sipenjenayah tiada hak untuk dihukum
Lalu apa yang mereka belajar ?
Mereka menyesal ?
Tidak
Malah mereka gembira melakukan kesalahan ..

Jika benar
Menganggap guru itu lilin yang menerangi
Maka lelehan lilin itu sakit nya hanya sementara pada diri
Percayalah wahai ibu ayah
Tanggungjawab mereka terlampau besar

Jangan hairan
Jika selepas ini semakin banyak anak anak yang bermasalah
Jika guru tidak diberi penghormatan
Jangan pula bertanya mengapa anak mula pijak kepala
Anak itu bukan semakin kecil
Anak itu semakin dewasa

Kadang apa yang terlihat sakit
Adalah ubat sepanjang hayat


Nanti jangan pula ditanya tanya
Guru...
Adakah kau lilin yang menerangi atau lilin yang membakar kami


Ibu ayah bila sudah tua baru nak menyesal
Tiada guna nya 

Jika ada yang memberitahu
Awak tiada anak apa tahu kasih sayang terhadap anak
Maka saya sering tertanya tanya
Bagaimana kasih sayang ayah saya kepada saya sewaktu dulu
Kerna sehingga kini saya terasa terhutang budi kepada guru yang memukul saya








 .






6 comments:

Miza Idgihat said...

Miza bersyukur sebab dapat ayah dengan ibu sekarang ni. Bila ambil buku record mesti cakap didik anak saya, rotan jika dia salah. Hahaa paling best ayah siap hadiahkan rotan buat cikgu miza. Tapi alhamdulillah tak kena rotan. Ekeke.

Tapi betullah. Akak miza bakal cikgu. Hari tu praktikal. Nak marah lebih anak murid naik kepala. Biasalah remaja sekarang fikir dia dah besar. Hidup pun boleh tanggung sendiri. Pontengnya lain, tidurnya lain. That's why cikgu sekolah miza kalau dia marah sangat dengan budak dia sumpah budak tu jadi cikgu. Dia tak sumpah bukan2. Biar dia rasa macam mana cikgu-cikgu rasa. sekian :')

Syira Lokman said...

hari ni blogwalking utk ucap terima kasih :)

Cikgu Khairul & Kak DiL said...

cikgu dulu kalau tampar anak murid kat sekolah anak murid tak berani mengadu sebab nanti dimarahi dan akan disoal punca tersebut.
Pernah masa sekolah rendah dulu, cikgu sekolah Dila beritahu ada seorang murid ni yang sgt nakal. sampailah satu kejadian..Dila pun tak pasti knp, cikgu tampar dia. lepastu nenek murid tu datang ke sekolah cari cikgu yang dah tampar cucu dia semata-mata nak ucapkan terima kasih. Sbb cucu dia dah berubah jadi baik.
err...agak2 komen ni ada kaitan x dgn entri Wan ni eh? ehehe

HoneyBee said...

as salam... budak2x sekarang manja, tak bley ditegur, nanti siaplah cikgu tu... -_-''
tapi bila difikir semula, sebenranya ibu bapa yang perlu memainkan peranan utama dalam mendidik & mengasuh mereka...
wahai anka muda, sayangilah ibu bapa kamu... :'(

Mummy MM said...

Setuju dengan kitak. Mun kita nganok anaknya, dibelanya. Bila anaknya dah rosak, kita jwak disalahnya. Apekah.

Aqilah Azmi said...

:)))