Wadah Madrasah Pengalaman: ALLAH ku ini rupa kisah kasih MU


Wednesday, May 21, 2014

ALLAH ku ini rupa kisah kasih MU




Suatu saat aku termenung panjang.
Dan tiba tiba aku teringatkan soalan mereka.

" Kalau kamu diberi pilihan untuk jadi siapa yang kamu suka,
Kamu mahu jadi siapa? "

Dan ternyata Allah datangkan ilham melalui angan anganku .

Setelah puas aku fikirkan.
Ternyata aku sebenarnya tiada pilihan.
Ia bukan untuk jadi siapa yang aku suka.
Ia adalah untuk aku jadi diri aku.
Jadi diri aku yang lebih baik daripada aku yang semalam.

Terkadang aku berasakan itu adalah sesuatu yang sangat mudah.
Namun bila berpijak dalam realiti,
Belum tentu juga aku bisa melakukannya.

Adakala ketika aku berasakan aku sudah mula berhijrah untuk jadi lebih baik,
Masa silamku datang menggoyah iman.
Sakit mula mencengkam.
Mahu rasanya aku mengalah dengan perasaan.
Namun tiap kali aku berasa lemah,
Aku katakan pada hati.

ALLAH belum pernah penat berbaik dengan aku.
Kenapa aku begitu cepat penat untuk jadi lebih baik?
Sedangkan jadi baik ini untuk aku dekat dengan DIA meraih rahmat-NYA.
Untuk aku masuk syurga.
Kalau ku ikut rasa kalau ku ikut kata syaitan,
Bukan nafsu bukan syaitan yang dapat beri ku syurga.
Cuma ALLAH.
Cuma DIA yang tahu jalan ke syurga.

Ia terlalu pedih bila kita sudah mula dekat dengan DIA.
Mula erat dan rapat.
Dia uji semula dengan masa silam kita.
Dulu aku lupa.
Aku keliru.
Kenapa DIA datangkan semula benda yang aku mahu lupa.
Benda yang aku sudah simpan dan tak mahu berada kembali disana.

Hingga aku terfikir.
Dia mahu mengajarkan erti kuat.
Kerana kalau benar aku sudah lupa,
Kisah silam itu pasti tiada apa.
Pasti tidak bisa buat aku goyah kalau hati sudah penuh dengan cinta buat DIA.

Tika itu aku sedar.
Andai hatiku sudah dipenuhi dengan cinta buat DIA,
Pasti tiada lagi ruang untuk ku cinta dunia.
Andai hatiku dipenuhi dengan keyakinan pada DIA.
Pasti aku tidak ragu lagi untuk terus bersama-NYA .
Andai hatiku benar benar sudah melupakan kisah silamku.
Pasti luka itu tidak lagi berdarah bila ditoreh semula.


ALLAH ku.
Ini rupanya kisah kasih-MU.
Sejuta makna, dalam tiap cebisan suka duka hamba.
Maka Tuhanku,
Semoga aku ini terus bisa berjalan atas jalan taqwa.
Dan terus bisa menghirup nafas nafas segar iman.





.



4 comments:

Aku pengembara said...

Ini rupanya kisah kasihMU :(

MisakiPureBlood said...

menangis baca TT^TT huhuhu...

dan rasa bersalah tuh tetap menebal.. TT^TT

setiap apa yg berlaku hanya DIA Yang Maha Mengetahui.. dan rahsia kita hanya kita dan DIA lebih tahu :)

smua kwn Misaki kebanyakannya dah berubah ke arah kebaikan.. Misaki pulak yg terbalik masih ada hitam dan putih.. hurmmm...

aamiin.. aamiin..

Fatimah Nabila said...

huhu..siapa yg xada kisah silam yg pahit..timm sndri pun kdng2 rsa sush nk trima n rsa xlyak pun utk brubah..
hati betul2 kna kuat n istiqamah bila nak brubah..
timm masih lgi lemah..huhu..

Fatimah Nabila said...

wan, cuba wan tgk senarai follower wan..ada yg follower yg agk pelik sbb ada gmbr prempuan ...kt situ..hrap wan buang ya..