Bab 1
Assalamualaikum Ini kisah ayah. Nurkilan dari hati ayah . Saat ini ayah menanti nanti kelahiran kamu ke dunia . Terlampau rindu dan semahunya gelaran ayah.
Sayang …
Hidup ini, bukan lah seindah angan . Dunia ini memenatkan sayang . Ayah rindu menulis jadi kala ini ayah memahat apa yang terbuku biar jadi pedoman hidup biar sedikit yang meneladani asalkan berguna di dunia malahan dibawa kan ke syurga .
Sayang,
Teratak ini ayah namakan wardah.Wardah pengalaman.Wardah untuk ayah berbicara sendirian .
Tanggal 23 julai 2016.Ayah memeterai janji kasih bersama seseorang yang kan kau gelar ibu, mungkin panggilan nya “mommy” . Perkahwinan ayah tidak lah semeriah majlis majlis sahabat yang lain , namun begitu bermakna, dengan sekali lafaz maka sah lah kami menjadi suami isteri . Percaturan perkahwinan kami tidak lah seindah yang diinginkan kadang terasa begitu sukar menjalani perjalanan menuju tarikh perkahwinan .
Tempoh masa hendak melansungkan perkahwinan. Hubungan ayah dengan ibu ayah semakin merenggang. Ayah mula tawar hati dengan perkahwinan sendiri dengan keadaan diri . Ayah kecewa dengan diri sendiri berbagi rasa antara kekasih hati atau ibu sendiri . Bukanlah hubungan ayah dan mommy tidak direstui cuma ada seperkara yang merumitkan. Kadang ayah hairan kenapa ibu ayah bertindak sedemikian cara.
Sayang…
Wahai anak permata hatiku.Moga lahirnya kamu mengikatkan lagi hubungan kami .. biar hadirnya kamu membawa beribu erti , membawa berjuta sinaran. Hadirmu penyambung QASYEH. Saat ini tinggal 4 bulan saja lagi untuk ayah mengazankan/mengiqamahkan kamu . Jadi lahirnya kamu di bulan Ramadan bulan yang penuh keberkatan . Syawal tahun ini , syawal yang amat bermakna untuk ayah .
“Mek tunggah baby kita klak Sesuci Qasyeh Nur Ramadhan". seloroh ayah dengan mommy. Mommy ketawa kecil memecahkan suasana sepi .Dari situlah ayah akan memanggil nama panggilanmu nanti QASYEH.. Walau buat masa ini ayah masih tidak tahu jantina kamu. Tapi ayah inginkan anak perempuan. Moga ALLAH perkenankan doa ayah. Namun , Walau apapun yang ALLAH kurniakan kelak. Ayah terima dengan redha . Semoga kamu lahir dalam keadaan sihat dan sempurna.
Mek tunggah baby kita klak Sesuci Qaseh Nur Ramadhan :
Saya panggil baby kita nanti Sesuci Qaseh Nur Ramadhan
.
1 comment:
inshaaALLAH
moga dipermudahkan nanti ya wan.
xsbr tgk baby wan dan wife.
dugaan, mmg sntiasa ada
Tggl kt untuk galas dan buat spttnya
Post a Comment