Wadah Madrasah Pengalaman: Abang menangis kalau adek adek abang tak sehebat abang.


Thursday, April 22, 2010

Abang menangis kalau adek adek abang tak sehebat abang.

.







penat berjalan nak senyum pun payah




Sejuk,dari Dongyang Technical College, South Korea aku melangkah gemalai ke hostel. Keseorangan. Berjatuhan rintik rintik hujan disepanjang jalan.


Selepas mandi, ku selak tudung periuk di atas dapur. Sambal ikan bilis, lauk rasmi aku sejak awal semester lagi. Sesenduk nasi dengan secawan kopi panas. Ringkas juadahku. Mungkin senior teman sebilik ku sudah menjamu selera sebelum ku.


Namun, tatkala suapan pertama, tiba tiba air mata ini berderaian. Terhenti. Tak dapat ku bendung sendu tangis yang menguasai perasaan. Kisah silam itu bergentayangan dibenak fikiran. Wajah sedih ibu, wajah sesalan adek takkan pudar dari ingatanku. Apakah keputusan yang adek dapat kali ini. Maaf abang tiada di sana untuk berleter untuk adek lagi. Belajarlah adek. Adakah adek akan sehebat abang?




"Teruk betul keputusan nie?" suara kakak memecah kesunyian yang tadinya hanya dibuai suara telivision. Sendu tangis seorang ibu bila mendapati keputusan anaknya gagal dalam semua subjek. Adek tertunduk diam, mungkin itu wajah penyesalan. Sukar untuk ku selami wajah itu. "adek kenape dapat keputusan macam nie, walaupun ujian bulanan, adek tak patut dapat keputusan macam nie... Adek dah tingkatan empat" tenang aku menenangkan jiwa seorang adek. Adek tetap terdiam, tak bergerak sedikit pun. Panas telinga ku mendengar leteran kakak. Itu aku yang mendengar, entah apa perasaan adek ku bila mendengar. Ayah duduk disofa. Menghembus nafas kemarahan. Masih tinggi benteng kesabaran ayah. . .



Adek, cukuplah sekali itu. Kalau diri kite sendiri tak berubah, tak kan kemane adek. Mama dan papa dapat doa kan je. Usaha tu mesti ade.




Apakah juadah keluarga hari ni...?




Tata...



salam perantau dari Dongyang Technical College, South Korea






.



5 comments:

nurafizza said...

salam..mmg stdy kt sane ek?

Echa said...

wa.. gambar pun dah ala ala artis korea gitu... hehehehe...

Wan_hazel said...

tak de lah study sane...citer je..hehehe...alhai gambar je cam korea..huuhuhu

eazlye said...

ko dasat r hazel...ku sgt kagum....
mati2 nk percaya.....hahahaha

Wan_hazel said...

hahaha...tengs...sje je reke crete,,huhuhu