Sunday, November 14, 2010

KAWAII GADGET'S CONTEST

.


Closing Date 13 Dec 10



Salam Korang...

Kali nie Wan join Kontes nie plak..Menarik taw...Korang join lah..Law nak korang klik banner kat ats tu..dan jadikan Wan referral...Referal Wan lak..Mommy Pinky

Ape tunngu lagi jom Join.Lagu dan entri yang Wan taruhkan plak kat bawah nie..



--------------------------------------------------


HALWA TELINGA

.




Hampir beberapa bulan aku menghilang...Membiarkan segala yang terbuku terlerai , yang terjurai kembali berpaut..Ada resah dalam tawa..tapi siapa yang menduga??? ada rindu yang selalu bertaut didahan yang rapuh...Hati ini sering gusar..sering tertanya pada diri..apakah ini sebenarnya cabaran?? Setiap waktu tidurku dihanyut resah..inikah dugaan yang penuh dengan hikmah dihujungnya atau aku yang sedang diuji??

Indahnya bahasamu,
manisnya katamu.
Namun itu sekadar kenangan,
Kenangan yang ku simpan disatu sudut otak yg ku namakan R.O.M
Tempat simpanan ku yg teguh,tetap ada walau sesudah ku bermimpi memejam mata.


kedengaran dicuping telinga membasahkan tekak telinga ku dengan alunan suara 'ST12' puisi bernada musik yang bertajuk 'Saat Terakhir' sayup sayup ketika mulanya kudengar,semakin lama kumeniliti setiap bibit bibit nada itu semakin lantas jualah bibirku mula bersuara tanpa bunyi,mungkin sekadar menghasilkan pergerakan yang menyerupai bahasa.ku tahu itu hati ku yang mewakilkan bibirku untuk bersuara,maaf si kecil hati andai ia tak terluah.cukuplah hanya aku yang mendengarnya.


Sinaran cahaya dari lappy memasuki ruangan mataku lantas otakku berfungsi menterjemahkan objek,namun objek itu semakin samar kelihatan,wujud pula objek lain,jauh terpelusuk dari objek yang nyata.mungkin itu apa yang dikatakan termenung...ya,satu perkataan yang penuh maknanya,semua manusia mengenali nya.hinggakan aku tersenyum tanpa kata,tanpa ku tujukan kepada sesiapa.masih waras kah aku.???atau aku terlampau melebih..lalu anak mataku diselit dengan nota kesedihan ….Justeru aku dibuai kenangan lama..Entah apa yang menghantui irama bernada musik “ST12-saat terakhir” itu yang sering menyebabkan aku terkenang setiap kali ia menjadi halwa telinga ku..

Sayu sayu udara malam menyentuh pipiku. Saat ini aku terkenang kembali kisah lampau, hampir tujuh bulan sudah pemergian Sasha. Sasha seorang gadis yang sama kuliah dengan ku suatu ketika dulu. Menetap di Mukah dan belajar di Kuching. Sengaja ku lakarkan bicara bisu diteratakku ini, bukan untuk berkongsi penderitaan cuma untuk melepas keluhan rindu dihati.

Tanpa kusedari, dipipi mengalir air mata, menitis membasahi papan kekunci lappy ku. Aku terlampau cengeng ketika ini. Teresak esak nafasku.
Hampir sahaja aku melarikan pandang dari teratak ini.


Beberapa bulan jua aku biarkan teratak aku ini bersawang, syukurlah ketika ini, teratak ini dipenuhi kembali dengan kunjungan kalian. Dan senyum ku mula terukir,entah nyata atau palsu. Entah bohong atau benar. Aku biarkan luaran menjadi penghakiman sifat ku. (teratak=blog)


Ramadhan bulan yang amat mulia dan Syawal bulan yang amat gembira namun bagiku Ramadhan bulan segala seksa dan Syawal bulan yang benar benar merubah kehidupanku.

1Syawal, selepas Magrhib takbir raya bergema, sebaik saja keluar dari surau Darul Ukhwah aku segera mendapatkan telefon bimbitku didalam kereta.Sebaik saja membuka, aku mendapati 10 miskol dari Wawa adik kepada Shasa. Entah mengapa saat itu hatiku mula kelu. Aku segera menelefon Wawa,

Berlatar belakang suara takbir. Wawa menangis.

"Abang Wan, kak Shasa dah sik da..."(abang Wan, Kak Shasa dah tak de) cukup ringkas.

Tangisan Wawa sudah cukup meleburkan ego seorang lelaki.

Yang selama ini hanya meratap tangis dalam hati.

Aku sebentar mencongak dada langit, menyeka air mata yang mengalir. Sukar untuk ku gambarkan saat itu.


Innallillahi wainna ilaihi ra ji' un. Hanya itu mampu ku ucapkan.

Dari Dia ia datang kepada Dia ia pergi. Itulah selayak layaknya.

Pada siapa ingin kutuju. Susah benar aku berada jauh dari nya. . .


Pagi Syawal, merubah aku dari seorang yang gembira kepada yang pendiam menyepi hiba. Sedih nya aku saban hari, membawa aku terkenang saat di bulan Ramadhan.

" Wan mun Sasha dah sik da lak, kitak jaga dirik ah"
( Wan kalaw Sasha tak de nanti, awak jaga dirik ah)

Aku hanya terdiam, selepas selesai berbuka bersama. Aku membawa Sasha ke klinik untuk pemeriksaan yang seterusnya.

Duka ku diselang senyum. Aku amat terseksa. Mungkin aku tak setabah Sasha, walau kanser yang menyerang senyum nya tetap terlakar.


Kanser tahap kritikal.. Sasha redha terhadap takdir nya. Namun aku sebaliknya. Jiwa aku terseksa, disetiap kali solat ku. Doa ku titipkan tanpa henti agar diberi kesejahteraan kesihatan terhadap nya.


Puasa yang ke 28, kuliah yang terakhir. Selepas berbuka, aku menghantarnya ke airport. Terdetik benar hati ku. Ini lah saat terakhir aku melihat wajah nya, gadis bertudung,wajah bujur sireh, dan senyum manja dari nya. Aku tikam jauh jauh fikiran itu. . .

Lambaian terakhir dari Sasha dan sekeping surat untuk ku.

"lepas tok mun umur panjang kita jumpa gik ah. Mbak Sasha g umah Wan k. Mok raya kat umah Wan wak."
(lepas ni law umur panjang kita jumpa lagi ah, bawa Sasha ke rumah Wan. Nak raya kat umah Wan gak)

Saat ini, hanya tinggal aku keseorangan. Sukar untuk ku buka pintu hatiku terhadap yang lain.

Sasha tiada yang mampu menganti.

Peringatan buat Sasha.

Sasha,
Dalam hidup ini,
kau banyak ajar aku erti kehidupan.
Ajar aku erti kesabaran,ketabahan,kejujuran,keiklhasan, dan kesetian.


Masih segar diingatan ku suara terakhir mu.
" Wan, kamek sayang kitak sampey bila bila"


'ST12_saat terakhir' Menjadi halwa telinga ku saban hari tatkala merindui mu. Aku tahu ini lagu kegemaran mu. Mengapa perlu pergi...


Kau pergi jua,tanpa ku disisi mu. . .



Salam rindu buat mu.
Tuhan lebih menyayangi mu.


Bukan derita kau beri,
Namun ketabahan ku kau uji,
Bukan pilu yang kau tinggalkan,
Namun sebuah Cinta yang terukir yang kau tinggalkan,
Bukan tangis yang kau mahukan,
Namun senyuman yang kau inginkan,

----------------------------------------

Ok tamat..

Wan nak tags

Ifa
Memo
Syafiqa


Tu je..






Matikan fungsi NO RIGHT CLICK

.




Salam Korang...


Wan dah buang dah kod No Right Click kat blog Wan..Skang korang dah bleh dah copy tanpa tekan CTRL+C lagi..




Lepas nie mudah lah korang ekot tutorial Wan k..Senang je...


Dan bagi Wan law sesape nak copy semua bende dalam blog Wan nie..terpulang..Wan tak kisah..Kan berkongsi tu lebih baik kan..Ilmu tu untuk dikongsi...Segala yang Wan ada dan segala yang Wan taw..Wan kongsikan..dan perkongsian tu untuk korang kongsikan lagi..

K lah korang

Wan nak kasi taw tu je..

Papai.

.



Saturday, November 13, 2010

Tempahan HEADER RM 15.00 dibuka sekarang.




.


Salam Korang..


Alahai...tajuk macam nak kene penumbuk je kan..hahhaa..tapi betul lah..Wan buka Tempahan HEADER skang nie..Bab ramai yang dah tempah Header..So alang alang Wan ambek lah tempahan skali kan..Harga lak Wan dah rendahkan....Tak nak lah mahal mahal lagi..hehehe..



So law ade sesape nak tempah kasi taw kat sini or kat Facebook Wan..inbox je FB Wan k..cari je Wan Hazel...


Cara pembayaran lak..Korang leh bayar melalui bank or top up...Slalu nye Wan dapat top up lah..hehehe..Tapi law bleh Wan nak Bank in je..senang..peace


Eh eh..ade ke yang nak suh Wan watkan header nie???

NAk tengok contoh header klik sini k..KOLEKSI HEADR WAN HAZEL

Law tak de..tak pe lah..hehehe

k lah korang...

tu je..

papai.



Thursday, November 11, 2010

Minta pendapat korang..BLOG punya pasal..

.




Salam Korang...


Wan nak mintak pendapat korang mengenai BLOG Wan nie..Korang raase BLOG Wan ok tak???


Nampak tak gambar kat atas tu??yang ShoutBox untuk FACEBOOK tu..Wan ase bende tu macam tak de gune je..So Wan nak mintak pendapat korang..Ape yang Wan perlu gantikan untuk letak kat situ..Wan dah tak nak dah FACEBOOK livestream tu..ehehhe..So any idea??



Owh ye..Bahagian Tutorial Wan dah tuka tempat dah..Korang dah tak yah nak cari kat side kiri blog Wan k..Korang klik je Icon TUTORIAL tu (Float kat side kanan)..senang je kan..Hope tak menyusahkan pencarian korang..OK tak??




Shoutbox Wan plak..masih macam biase lah..Korang klik je yang kitty garang tu k...

Last skali..Wan nak mintak pendapat korang mengenai keseluruhan Blog Wan..tak kisah lah dari segi ape pun..Jujur je..Law tak suke or tak comel kasi taw je..hehehe..Tapi janganlah plak keji keji Wan..hehehe

Ok Tu je..

Segala jasa baik korang Wan amat hargai...



.



Wednesday, November 10, 2010

Tutorial simple ART WORD_ADOBE PHOTOSHOP

.

Salam Korang...


Hari nie Wan wat lagi Tutorial ART WORD.Kali nie Wan wat yang simple je..Tak taw lah korang suke ke tak???Law korang suke..

Jom Tutorial..

Mula mula korang open Word korang..lepas tu korang taip nama korang..Law Wan..Wan taip "Wan Hazel Art Production" ..Terpulanglah kat korang nak tulis ape..Lepas tu korang copy dan paste banyak banyak kat Word korang tu...




Law dah selesai..Barulah korang open Adobe korang...macam biase lah..Korang wat New File...Size terpulang kat korang..Law Wan..Wan guna 2816 x 2112.



Ok.. law dah..Korang ubah warna Background korang ke hitam..korang tengok gambar kat bawah nie..Korang ubah warna jadi hitam..Korang klik Paint Bucket Tool dan lepas tu korang klik je terus ke File korang tu..


Law korang dah klik..korang akan dapat hasil macam kat bawah nie.



Lepas tu korang COPY huruf atau ayat yang korang taip kat word tadi..copy semua taw..Dan lepas tu korang klik kat ADOBE korang..korang klik yang simbol T...Macam kat anak panah hijau bawah nie..Pastikan korang tukar warna dulu k..Kat anak panah merah tu..dan korang kecilkan size file hitam korang tu dengan menekan CTRL dan - serentak..


Lepas tu korang watkan petak tulisan korang...Kotak tu mestilah lebih besar dari file hitam korang tu..macam kat gambar bawah nie..korang tarik dari hujung ke hujung.Dan lepas tu korang paste ayat korang tu...dengan menekan CTRL+V...Sampailah penuh kotak tu k.


Dah siap tu..korang klik kat tanda betul kat atas Adobe korang tu k..


S
elesai tu..Korang klik lak kat tool yang sebelah kiri korang tu..Tool macam petak tu..klik je..Macam kat anak panah bawah nie..



Lepas tu korang klik kanan dan klik lah Free Tranforms.



Dan lepas tu korang pusingkan gambar korang..tu pun kalau korang nak..Law nak dapatkan hasil yang menarik ..Korang ekot je..hehehe


Dan lepas tu korang klik kanan kat layer korang tu..Yang kat kotak layer sebelah kanan kat bawah tu..Korang klik kanan and akan kuar pop up macam kat bawah nie..Dan korang klik lah Convert to Smart Object..


Ok dah selesai tu..korang klik lak kanan and korang klik Blending Options..macam kat gambar bawah nie k..


Dan lepas tu korang akan dapat tengok pop up kuar..macam kat gambar bawah nie..Korang klik kat Gradient Overlay.Korang pastikan angle korang tu kat tepi skit..Ekot je macam kat gambar bawah nie..


Lepas tu korang klik kat anak panah macam kat gambar atas tu..Law dah klik korang akan dapat hasil pop up satu lagi macam kat bawah nie..

Korang klik je warna pelangi tu..senang je..lepas tu ok ok ..siap.dan akan dapat hasil macam kat bawah nie.



Next step..Korang klik kat T tu lagi..korang wat satu huruf yang korang nak..Contoh yang Wan guna huruf W..Korang wat sebesar file korang tu k..Tak lah besar sangat ..sedang sedang je k.korang adjust dengan free transforms.
Dan lepas tu korang tukar jenis huruf korang tu..Dari Normal ke Color..Macam kat bawah nie..yang dalam petak tu..yang kat anak panah tu adalah hasil yang korang akan dapat.


L
aw dah..korang klik kanan kat layer korang tu..dan korang klik Convert to Smart Object..

Dan lepas tu korang klik kanan lak..Korang klik Blending Options..


Dan korang akan dapat pop up macam kat bawah nie..Pastikan korang ekot semua yang dalam gambar bawah nie k.


Dan lepas tu korang klik lah kat anak panah merah tu..dan akan dapat pop up macam kat bawah nie..Korang wat lah warna apa yang korang nak..



Ok siap..


Tu je



Selamat mencuba...


.



Tuesday, November 9, 2010

Tutoriol ART WORD - ADOBE PHOTOSHOP

.


Klik untuk pembesaran dan hasil yang menarik


Salam Korang...

Nampak tak gambar kat atas tu..Graphic Art Word tu..Korang nak wat tak??..Law nak..

Jum Tutorial..

M
ula mula macam biasa lah open Adobe korang..


Owh ye...Wan nak kasi taw nie..wat bende nie mesti banyak bersabar..Wan wat ART WORD tu sehari..dari pagi sampai petang..campur dengan kuliah skali..ehehhe..dalam masa 1 jam siap kot..Asal korang tahan and banyak idea penulisan..senang je kan..

Ok jum kita mulakan tutorial..

Dah open adobe korang..korang NEW FILE..letak size 2816 x 2112 ..Korang leh wat size korang gak lah..ekot kesesuain yang korang nak..bagi Wan size yang Wan guna nie senang nak taip and adjust huruf nanti.



Lepas korang dah dapat file layer yang korang nak..korang ubah background korang jadi hitam..macam kat bawah nie k..Tengok je anak panah tu..


Lepas tu korang klik lah Paint Bucket Tool tu kat layer file korang tu..So akan jadi macam kat bawah nie..


Dan lepas tu korang klik kat huruf tu..tengok macam kat anak panah dalam gambar bawah nie


Korang watlah satu huruf kat layer file korang tu..wat kan warna yang seakan akan hitam k..abaikan warna merah tu..warna merah tu Wan watkan untuk panduan je..


Lepas tu korang klik kanan kat layer huruf korang tu..kat sebelah kanan bawah tu..dalam kotak tu..Law dah..korang akan dapat pop up macam kat gambar atas tu..korang klik je Convert to smart object k.



Dan huruf korang akan jadi smart object..


Dah tu korang taiplah ayat ayat korang kat dalam huruf besar korang tu..macam kat gambar atas tu..Korang adjust lah huruf huruf korang tu dengan size yang kecil or besar...Dan korang boleh gak adjust huruf korang dengan meng 'klik' kat segi empat kat kiri tool korang tu..macam kat gambar bawah nie..



Law dah klik korang klik kanan lak kat huruf korang tu dan korang tekan lah Free Tranforms.



Korang watlah penuh kesabaran k...



Sampai lah siap...Dan penuh..Lepas tu korang klik kat huruf huruf layer korang tu..korang leh tekan SHIFT dan select huruf huruf korang...Law terlampau banyak..Korang klik kat satu layer huruf korang tu..Dan korang klik kanan and korang akan nampak pop up macam kat bawah nie..Korang klik Select Similar Layers.


Law dah selesai..Korang..klik lak kanan lagi...dan korang klik lak Convert to Smart Object..



Dah selesai...Korang akan dapat hasil macam kat bawah nie..


Lepas tu korang klik lak kat tool kiri korang tu..macam kat anak panah bawah nie..



Dan lepas tu korang klik kanan lak kat ART WORD korang tu...Dan korang akan nampak pop up macam kat bawah nie..Korang klik lak Blending Option tu k..


Dan lepas tu korang akan nampak lak pop up macam kat bawah nie..


M
ula mula korang tekan Gradient Overlay...tick kat situ..dan lepas tu korang klik lak kat anak panah yang sebelah kanan tu No 1..dan korang klik kat No 2..Dan korang ubah lah warna kat No 3 tu..korang klik je macam kat anak panah tu..




Dan lepas tu korang klik lak kat icon yang macam mata kat layer huruf besar korang tu..macam kat gambar atas tu..SO selesai..



Tu je


Selamat mencuba...



.