Assalamualaikum..
Saat mata terpejam,disaat itu angan ku terbit...Mula mencipta bongkah bongkah kebahagian rekaan yang penuh pura pura atau senang dengan samarannya yang bernama "PLASTIK".Suasana dalamnya penuh dengan permintaan yang bisa kutunaikan,yang mampu menciptakan setiap impianku.jarang untuk ku berfikir secara rasianol,kerna disitu ku tahu,itu alamku,tempatku,,,bukan sama sekali tempat kamu,tempat itu hanya singgahan kamu yg wataknya aku ciptakan,yang aku perwatakan,yang aku berikan dialog,seolah olah disitu,akulah pengarah.akulah yang mendondangkan syair permainan hati,tanpa bantahan,tanpa sempadan,dan tanpa menunding jari walau sesaat.
Kian lama ku bernaung di alam angan angan.kini lena mula menjemputku.membwaku berlayar,entah kemana,bukan inginku,dan bukan jua pintaku.kadang kadang di ajak nya ku pantai,ke hutan,malahan ke laut,hampir terlemas aku,tercekik tanpa udara secara am nya,oksigen secara khususnya,namun kekadangnya aku tak mengerti,kemana nya membawa aku berlayar.Merantau,aku terlalu asing berhadapan dengan suasana yang sukar untuk kutafsirkan.Mungkin ini yang dinamakan permainan tidur..."mimpi".Aku terlalu kekok berhadapan dengan suasana dialam mimpi.Seakan nya aku dijadikan dagang yang merantau,disini bukan aku yang memerintah,bukan aku yang mengawal semuanya.kian wujud diri kamu,malah kamu,kamu dan juga kamu,hidup dalam alam mimpiku,sekadar menyinggah atau aku yang merantau jauh menyinggahi alam mimpimu.aku tak pasti.
Tersedarku disekerat mimpiku,dipertengahan jalan mimpiku,kemudiannya,aku cuba memejamkan mataku.mengingatkan kembali pada mimpiku,ingin saja niat hatiku menyambung rangkap rangkap mimpiku,namun disaat terlena ku semula.aku dibawa menerjah ke destinasi lain.jauh melencong dari yang sebelumnya...
Aku sering bermimpi dia berulang kali..Ya ALLAH jika ini mimpi kesejahteraan ,kebahagian , jodoh dunia dan akhirat yang kau beri ..ingin sekali ku, KAU makbulkan namun jika ini mainan syaitan dalam lamunan mimpiku maka jauhilah aku dari nya..Aku hanya si pengemis mimpi..
.
8 comments:
samalah. kite pun selalu mimpi org yg same. adakah itu hanya mimpi, atau satu petunjuk? hanya Allah sahaja yg tahu :')
ala2 gaya luahan perasaan dh ni :)
mimpi tman tido..doa yg bek2 la gitu ea..
Salam hans,
Abg eq dah terima entry contest.
Ada buat entry pasal contest tu tak? Tercari juga ni. hehe
-abg eq-
hanya Allah yang tahu.
kepada Allah tempat kita mengadu.
cerita yang sedih . tapi kena ingat Allah sahaja tempt kita mengadu dgn bersembahyang
sedih
pernah alami mcm ni..tpi msih tertnya2..apa mknya? dah 3 kali mimpi org yg sma
sama r.. tapi kena cuba fikir secara positif.. btul x?
Post a Comment