Wadah Madrasah Pengalaman: hakikat itu lebih dari 10 000 langkah


Sunday, September 9, 2012

hakikat itu lebih dari 10 000 langkah

.




Assalamualaikum....


Sebelum berangkat tadi, sempat kucongak ke atas merenung bentangan yang sebiru laut, tercari-cari di mana letaknya rembulan. Cahaya mentari mula mengukir senyuman mencurah curah menyeliputi segenap lapisan dunia Bumi kenyalang..Alhamdullillah , cahaya nya tidaklah seterik nama nya , seakan mendung pagi ini..


“Tuhan. Setiap langkah ini, hujankanku dengan ilmu. Matikan aku di jalan redha-Mu.”



Acap kali menuturkan khalimah di atas, Pasti aku mula mengarang setiap bait bait ayat untuk ku lafazkan di warkah maya ini. Begitu juga setiap langkah kaki ku. Percayalah, Ia bukan permainan hati. 10 000 langkah seperti sepelaung jaraknya. Aku tak pernah teruja berdoa sambil merenung langit . Sehinggalah aku ditemukan dengan beberapa kalangan orang yang baik hatinya.. MAHA suci ALLAH.. aku melihat segala yang kau ciptakan ..ketahuilah aku takkan sekali lupa diri MU. Mari renyukkan suara sumbang yang menuduhku mengikut buta. Nama MU juga contohi akhlak mulia. YA ALLAH..




Mutiara masin mula terjatuh di wajah ku.. Ingin saja aku menamatkan langkah ini .. Hampir pelbagai langkah ku gubah untuk menamatkan 10 000 langkah ini.. Dengan jalan mengundur yang hampir terbabas , dengan langkah ku seakan ketam .. aher sekali aku mencuba acara lompat kijang.. melompat seakan anak anak kecil yang keriangan ...Argh.. jangan diragut semangat ku ini..

Langkah ini memberi beribu pengetahuan lebih dari 10 000 langkah yang ku lalui..dan baru ku tahu


" Meminta pertolongan itu lebih susah dari memberi pertolongan.."







.









13 comments:

Unknown said...

Salam Bro,

sokong dengan statement 'meminta pertolongan lebih susah dari memberi pertolongan itu'

:)

Wan_hazel said...

muhammad asyraf

hahaha..kan kan... tdi masa wan ikut program 10 000 langkh tu..ada sorg akak nie.dia punya basikal ada masalh.. tapi dia tak nak lak minta org tlg.. jadi wan pun tlg.. harga sebuah ayat meminta ptolongan tu terlalu mahal..wan sndri pun macm tu kot..ehhee,,

Unknown said...

Kadang-kadang orang malaysia ni ada satu sifat iaitu tidak mahu susahkan orang..itu yang menjadikan ayat meminta tolong tu mahal.. :)

Wan_hazel said...

atau mungkin ramai yg beranggapan "adakah org mahu menolong ku" dtmbh dgn prasaan malu..

Unknown said...

tolong menolong amalan mulia lagi elok kalau tak berkira

Noor Atikah Ramli said...

cm ika, nak mintak tolong tp malu. hahaha

Syaza Nazurah said...

Lebih 10 000 langkah kita dah langkah. Suka duka kehidupan yg silih berganti. Hehe.

Dhia adawiyah said...

betul ~ tapi, tak semua boleh berikannya . dengan itu, sama - sama lah kita memberi pertolongan ~ wahahaha .. macam jiwang je ?

Unknown said...

yup2.. cik anis pun kadang2 segan nk mintak tlg.. usehe semaunye sampai boleh.. tapi kalau ad org yg macam perlukan pertolongan cik anis akan tolong selagi mampu :)

Unknown said...

betul.setuju,"meminta pertolongan itu lebih susah dari memberi pertolongan."
hati dan otak saling bertingkah mahu minta tolong atau tak..mahu minta tolong atau tak...
dan Allah mengirimkan seorang hamba Allah yang baik hati untuk hulurkan pertolongan..tanpa mengharapkan apa-apa balasan... ^_^

psst:komen sempat tapi nak tinggal jejak tak dapat.=_='

NUR AIN AZMAN said...

Sikap tolong menolong tu amalan yang mulia. Janji ikhlas apabila menghulur kan bantuan kan kan wan :)

Si Matatajam said...

M pun rasa berat ja kl nak Mintak tolong dr org.l

shuhadaothman said...

kdg2 rasa serba slh bla nk minta tlg dr org. :|