Wednesday, January 30, 2013

Aku , Remaja Islam dan Dakwah

.



Assalamualaikum.

Taniah sebab sudi baca..Ramai yang tengok tajuk macam nie memang tak nak baca punya..hehehe..eh ye ke??

Kalau dipandang dengan mata kasar ramai yang mula berdakwah.tak kira usia tak kira jenis..Semua pun nak berdakwah.. Alhamdullillah ... Tapi kebanyakan nya menggunakan kaedah yang tak betul.. Contoh nya pihak pihak media TV sehingga mesej dakwah yang hendak disampaikan betukar ke mesej yang menjatuhkan imej agama.. Pengarah filem wajib tahu nilai agama ISLAM yang terletak tinggi .. Bukan untuk dipuja puja menjadi hangat. Mula mula kita ingat filem nilai keagamaan yang padat , last last filem bercampur baur..aksi yang tak sepatutnya pun ada.. Hairan kan.. Untung nak berlipat kali ganda .


Dan kadang ada juga dakwah ini dilakukan hanya untuk orang yang sewaktu dengan nya je.. Bukan nak mengutuk kaedah dakwah yang korang lakukan tapi ini kenyataan.. Kalau kita asyik mentarbiyah ahli ahli surau bagaimana pula dengan ahli ahli diluar sana.. lepas nie ada lah suara yang mengatakan "Dah dia orang tak nak ke surau dan masjid"...hah.. Kan dah kata... Ada dakwah dakwah yang tak sampai..


Ada pula dakwah yang asyik menekankan HARAM HARAM DAN HARAM... NERAKA NERAKA DAN NERAKA...Padahal benda tu tak haram dan tak masuk neraka selama nya pun.. Sebenar nya benda macam nie menakutkan bagi yang nak berubah.. Pendekatan sesetengah dakwah yang berupa racun.. kenapa kita asyik kata Dosa je dari kata Pahala.. contoh nya.. Kalau pakai tudung dan tutup aurat tu kan dapat pahala .. Banyak pulak tu.. Tapi yang skang nie... Pergh.... bukan main lagi ..Korang tak pakai tudung tak tutup aurat tu..DOSA MASUK NERAKA... Padahal pahala dan dosa kita nie bukan dari situ je..Segala pahala dan dosa kita akan ditimbang sebelum kita melangkah ke syurga.. Semua kita manusia nie nanti akan melalui neraka..beza nya sepantas mana kita menuju ke syurga.. Kan ke umat MUHAMAD S.A.W dijanjikan Syurga... Dari itu lah kita banyak sebut Pahala dari Dosa.. Buat nie kan dapat pahala , Buat tu kan dapat pahala..Buat baik besar ganjaran nya..Pahala dan syurga menanti.. camtu kan comel je..hehhee


Minat Korea tu HARAM..Adeh..lepas nie kena belasahlah dengan budak budak kpop.hahaha.. Sebenar nya kpop/rancangan korea tak haram... yang haram tu cara atau benda yang dibuat tu.. kat malaysia nie banyak jugak rancangan rancangan yang haram korang tengok.. bukan korea je..China,brazil,japan, banyak lah.. Kalau rancangan tu berunsurkan fitnah , maksiat  semua tu haram.. Korang kene betulkan dulu pendirian korang k.. kenal pasti apa yang betul betul haram..Biasalah tu..manusia dia tengok satu keburukan je dari beribu kebaikan.... Yang HARAM TU CARA BUKAN MANUSIA....


Owh ye... Dah alang alang nie.. nak kasi taw nie. Sapa yang slalu update status kat muka buku tu..yang update macam nie.. Like jika anda Islam . Jawab salam jika anda Islam.. ... Kalau tak buat tu kafir lah kita orang nie.. Like dalam hati cukup lah .. Jawab dalam hati cukuplah... Pandai lah sesangat korang tu nak buat hukum agama...


Kalau korang tak kongsi entri ni makna nya korang bukan islam..Tu tu Syaitan tengah hasut korang supaya tak kongsi entri nie..haaaa....

hahhaha...Gurau je..mana lah nak taw ada syaitan yang hasut korang kan...

Yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri... Ambik yang baik dan jernihkan yang keruh..

Sekadar pendapat...




.





Sunday, January 20, 2013

Aku Remaja Islam dan Cinta...

.




Assalamualaikum....


Hujan itu menderas turunnya sesekali sejuk itu menyelimuti tubuh . Mengisi setiap kekosongan hati yang mengharap . Sujudnya tanpa ingkar derai nya tanpa berhenti.. kadang derai hujan itu memberi seribu persoalan . Persoalan yang seringkali timbul dalam hati setiap hamba Allah di muka bumi yang mendambakan cinta sesama manusia. Terkadang seribu usaha telah dilakukan dan tawakkal serta doa telah dilafazkan.Akan tetapi adakah hasilnya seperti apa yang diharapkan?


Aku sentiasa percaya akan takdir yang telah ALLAH tetapkan..Namun sedarlah , kita dimestikan berusaha sedaya upaya.. Merancang segala yang kita inginkan walau hujung nya ALLAH yang menetapkan segala dengan kehendak NYA..ALLAH itu mengetahui setiap hati hamba NYA..


Jika kita lihat dengan mata hati kita pasti kita tahu bagaimana seseorang itu mencari pasangan untuk dijadikan isteri/suami daripada pasangan yang mencari hanya sebagai seorang kekasih.. Madrasah kehidupan ini luas..


“Wahai orang-orang yang beriman,
 janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang dihalalkan Allah bagi kamu,
 dan janganlah kamu melampaui batas pada apa yang ditetapkan halalnya itu,
 kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” 
(Surah al-Ma’idah ayat 87).


Percayalah dengan jarak yang ALLAH ciptakan untuk kita itu punya manis nya..Bila kita sama sama menjaga Agama kita...Mentaati keluarga dan ALLAH hujung nya pasti kemanisan bercinta selepas kulafazkan akad nya..Moga hidayah yang terbaja ini memberikan segala rasa Cinta Kami menghambakan diri pada MU...


Dan bakal suri ku.. Semoga Luahan rasa Cinta kita pada ALLAH tidak pernah diisi dengan kelekaan terhadap NYA..


cinta itu kan jadi kekuatan,
jika disandarkan pada Allah,
cinta itu kan jadi muhibbah,
jika disalurkan pada jalan yang benar,
cinta itu kan jadi riang,
JIKA TAK BERTENTANG DGN SYARIATNYA..


#aku tertanya tanya bagaimana Ayah dan ibu ku bercinta ... ? :)




::::sesetengah pendapat pasti akan berbeza ..


.



Monday, January 14, 2013

Rezeki ALLAH dah tetapkan

.


Assalamualaikum..


Semilir petang yang menghembus begitu mendamaikan. Kicauan burung berlagu tenang berterbangan pulang kesarang setelah seharian mencari rezeki buat penyambung kehidupan.seketika setiap butir butir persoalan berterbangan menuruti liang lintuk rumput hijau dihembus angin.


Perkara pertama yang selalu berlegar legar diminda ku adalah soal perkerjaan... Bukan bermakna aku menyoal sistem pengaturan Rezeki yang ALLAH telah tetapkan pada Hamba NYA.. namun setiap masa yang berlalu tu punya hela nafas yang semakin berkurang..Semakin aku menuju kejayaan semakin dekat kematian menjemput ku....


Dan kadang aku selalu berpesan pada semua yang aku temui bila berbicara soal pelajaran.ramai kenalanku terkejut bila mendapati aku lebih cenderung ke dunia buku dan grafik dari bidang yang aku ceburi kejuruteraan elektrik (kuasa). Mereka semakin hilang arah melihat aku seakan membelot dengan perjuanganku. Aku cinta akan ilmu.


P
eringatan paling tulusku kepada kamu yang sedang melangkah dan menuju ke menara gading, belajarlah sehingga tamat, usah berhenti dipertengahan, persampahkan muka muka mentor yang kamu tampalkan mukanya didinding kerna agungkan tindakan mereka keluar dari Intitusti Pengajian Tinggi demi mengejar misi. Kerna sesungguhnya bila kamu tanyakan pada mereka tentang penyesalan dan kekecewaan yang masih tersisa biar bergelar si pengumpul harta, jawapan mereka tetap tidak pernah berubah.


Tidak menghabiskan dunia ilmu (Intitusti Pengajian Tinggi)


Terasa begitu sukar bagi mendapatkan pekerjaan pada zaman ini...Ingatkan lepas tamat belajar senang nak dapat kerja, rupa nya tak.. :) ..


Aku percaya rezeki itu Allah yang tentukan. Tak cepat, mungkin sedikit lambat.. cuma perlukan kesabaran kerana Allah tak pernah lupa pada hamba hamba Nya 

bersabar menunggu kerja... :)



.



Tuesday, January 8, 2013

Freebies kalender 2013 kawaii

.


Assalamualaikum...

Hari nie Wan nak bagi kat semua yang nak ... Kalender 2013 nie... Korang boleh je ambik klik pada gambar tu dan lepas tu klik kanan dan Save image ..OK... Senang je.. dah save korang leh lah edit dan tulis apa apa je yang korang nak kat dalam tu.. atau pun korang boleh print out dan kongsi kongsi kan kat kawan kawan korang.. Disetiap bawah kalender bulanan tu Wan masukan beberapa hadis Al Quran.. jadi kita leh lah sama sama beringat..Insya ALLAH.











OK... Terima kasih semua.. Kongsi kongsi dengan rakan rakan FB yang lain k.. Boleh klik Like untuk entri ini dan bagi sesapa nak Follow Blog Wan dipersilakan jugak...Terima kasih..





.



Sunday, January 6, 2013

Pertemuan itu...

.



Assalamualaikum...

2012 berlalu dan tak kan kembali , kini 2013 berpangkalan dalam masa  .Aku dan usia ku semakin hari semakin meningkat dewasa.. 25 tahun . Angka yang meningkat saban tahun.. Aku mahu kamu tahu betapa rasa dan getaran yang sangat hebat menziarahiku tatkala mataku singgah pada pasangan pasangan halal seusiaku(Sahabat sahabat ku). Apalagi bila melihat anak anak kecil bermanja dengan ibu ayah mereka. Namun aku juga percaya bukan sengaja Allah melambatkan pertemuan indah kita, namun Dia kan yang  menciptakan kita lalu kita tercipta dengan apa adanya kita hari ini. Biarlah aku terluka asalkan aku tak membelakangi Dia dalam mengatur perjalanan kehidupanku. Kamu juga punya rasa yang sama kan bakal SURI ku? Aku percaya itu. :)





Ku mulakan tarian notaku ini dengan nama Allah Yang Maha Berkehendak. Agar segala yang ku lafaz dan coretkan bukan berlandaskan nafsu yang bertindak menceroboh. Tapi atas dasar agama dan benteng iman yang jadi kekuatan insya Allah. Langkah telah ku ambil dan tiada lagi ruang untukku berpatah jalan. Maka doakan agar aku mampu untuk terus tetapkan langkah atas jalan yang telah ku pilih. Mudah mudahan Allah akan pinjamkan istiqamah sebagai bekalan sepanjang perjalanan. Benar aku tak sebaik yang diimpi, tapi aku sedang berusaha menjadi dan mencari cinta Dia untuk diletakkan di tempat tertinggi dalam kerajaan hati.Yang bakal menjadi Imam untuk mu. Insya Allah.





Dan aku percaya dengan yakin kerana Cinta kita pada NYA lah kita dipertemukan.. Bakal SURI ku yang dicintai Allah.  >.<   Perjalanan yang bakal kita teroka ini bukanlah satu perjalanan yang mudah seindah angan angan yang bermain di fikiran atau juga seperti lakaran pelangi yang kita lakarkan di layar putih. Perjalanan yang bakal kita tempuh dan lalui ini sangat mendambakan pengorbanan dan keikhlasan yang tinggi  dari hati hati kita. Dan perjalanan yang bakal kita lalui ini juga bukan hanya ditaburi haruman mawar mawar indah yang kan jadi teman tetapi juga dengan duri duri yang bakal melukakan.  Hidup ini akan selalu buat kita bertemu dengan banyak hal yang tak pernah kita duga. Tapi percayalah dan yakinkan hatimu sendiri. Walau sehebat mana juga ujian yang kan datang menduga imanmu nanti, kekuatan dalam dirimu ada untuk terus teguh berdiri menghadapinya insya Allah. Bukankah janji Dia, tak diuji insan di luar batas iman? :)


Sering ku dengar kata,

" Ku cintai kamu kerana agama yang ada padamu. Jika hilangnya agama yang ada dalam dirimu, maka hilanglah cintaku yang ada padamu".

Sungguh betapa bimbangnya hatiku bila agama dan taqwa yang jadi nilaian di mata Dia hilang dari daerah hatiku kerana bukan sekadar kehilangan kamu yang aku fikirkan. Tetapi yang ku takuti adalah masihkah akan ada lagi tangan Dia menghulur bantuan padaku setelah cinta-Nya aku khianati? :') Dengan hanya secebis taqwa dan iman sebagai bekalan, adakah aku kan dapat pertahankan cinta? Maka kerana itu bakal SURI ku, yang ku harapkan darimu adalah kamu kan terus setia di sisiku kelak, menggenggam erat tanganku sambil membawaku menuju cinta Dia. Kerna ku sentiasa tahu tempat seorang isteri itu di sisi suami nya..



Dan jika satu saat nanti insan yang memiliki separuh jiwaku ini menangis kerana mendambakan cinta-Mu. Ambillah dia dan dakaplah dia erat dalam pelukan-Mu agar dia sentiasa berasa amannya dalam lindungan dan jagaan-Mu. :')


Ku coretkan di wadah madrasah ini agar aku sentiasa mengingati MU ya ALLAH..

7september2012


.



Saturday, January 5, 2013

GA tamat ..

.



Assalamualaikum...


Hari nie makna nya GA yang wan lancarkan dah tamat..GA nie tak mendapat sambutan sangat pun..Mungkin syarat syarat nya agak susah kot..Nanti lain kali nak wat yang lebih senang je lepas nie ok..Owh ye, nampaknya Wan tak termasuk dalam top 10 makna nya hadia istimewa tu tak de lah kan seperti mana yang dijanjikan..Hadiah untuk 1 2 3 4 ada..jangan risau..


Pemenang nya...

 No 1
StrawBerry Cynta Syasya

No 2,3 dan 4
Anith Amalina
kira akira
Nadhirah Noor Khan



Taniah kepada pemenang yang tak menang tu cuba lagi ye dihari lain..Insya ALLAH..

P/s: pemenang sila berikan alamat lengkap ,no hp dan nama korang k..Wan akan post kan..Korang PM wan kat fb Wan hazel .


.





Thursday, January 3, 2013

Bantu kami Rumah Amal Kasih bestari.

.




Assalamualaikum....


Mustahil bagi seseorang memberi hartanya disaat kesusahan melanda diri.. jadi bagi mereka yang berkemampuan .. tidaklah salah jika korang semua nak menderma untuk anak anak yatim.. Berapalah sangat RM1 .. RM50 , RM100 , RM200 kalau nak dibandingkan korang yang keluarkan duit belanjakan awek dan pakwe korang yang dah tentunya hidup senang lenang.. Tak salah sebenar nya cuma mengapa berat tangan kita nak menderma untuk yang memerlukan..

Korang boleh lihat dengan lebih lanjut di entri nie..

http://www.nadiafarahida.com/2012/12/saya-memerlukan-sumbangan-untuk-anak.html


Artikel nie nak ajak kalian hulurkan sumbangan atau apa apa je yang  boleh kalian bantu untuk mereka nie..

Sedikit potongan dari artikel Nadiafarahida


"korangg, saya, nur nadia farahida binti mohd sabri, dengan penuh rasa rendah diri, dengan sepenuh jiwa raga saya, saya sangatttt memerlukan bantuan korang. saya tau saya tak mampu buat semua ni sorang diri. bantulah mereka seikhlas mungkin setakat apa yang kita mampu. saya takkan paksa sesiapa untuk memberi sebarang sumbangan tapi percayalah, sumbangan korang sangatttt membantu mereka. demi Allah, korang jangan risau, semuaaaaa dana dan sumbangan korang saya akan sampaikan sepenuhnya kepada mereka yang selayaknya. saya tau apa hukum makan duit anak yatim, korang jangan risau. saya akan pastikan, setiap sen duit korang, mereka akan menerimanya. "



Jadi kali nie Wan plak.. Saya dengan rasa rendah serendah rendah nya mengajak kalian semua menderma dan membantu apa sahaja yang boleh bagi menjayakan Rumah amal kasih .. Semoga segala yang kalian lakukan diredhai dan hanya ALLAH saja yang mampu membalas nya.. Jika tidak didunia maka yang pasti ganjara itu menunggu disyurga...





Dari Abu Hurairah r.a: “Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: “Ya Rasulullah, sedekah manakah yang teragung pahalanya?” Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Jikalau engkau bersedekah, sedangkan engkau itu masih sehat, dan sebenarnya engkau merasa sayang mengeluarkan sedekah itu, karena takut menjadi fakir dan engkau amat mengharap-harapkan untuk menjadi kaya. Tetapi janganlah engkau menunda-nunda, sehingga apabila nyawamu telah sampai di kerongkong lalu berkata: “Untuk si Fulan itu, yang ini dan untuk si Fulan ini, yang itu, sedangkan orang yang engkau maksudkan itu telah memiliki apa yang hendak kau berikan.” (Muttafaq ‘alaih)
SEDEKAH tidak perlu menunggu harta cukup nishab atau menunggu banyak harta.
Dianjurkan untuk senantiasa bersedekah dalam kondisi apapun. Sebagaimana Firman Allah Swt yang artinya: “(Yaitu) orang-orang yang menafkahkan/menyedekahkan (hartanya), baik di waktu lapang (banyak rizki) maupun sempit (tidak banyak rizki), dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (QS. Al-Imron (3): 134)
Sahabat Ali bin Abi Thalib dalam sebuah riwayat ketika memiliki empat dirham. Ia menyedekahkan satu dirham waktu malam, satu dirham saat siang hari, satu dirham secara terang-terangan, dan satu dirham lagi secara diam-diam.
Sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala dan pelipat ganda rizki; sebutir benih menumbuhkan tujuh bulir, yang pada tiap-tiap bulir itu terjurai seratus biji. Artinya, Allah yang Mahakaya akan membalasnya hingga tujuh ratus kali lipat. (QS. Al-Baqarah (2): 261)
Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, Dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), Maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah (kesuksesan).” (QS. Al-Lail (92): 5-7)






Tuesday, January 1, 2013

Jadikan Blog mesra pengguna

.


Assalamualaikum...

Sempena tahun baru nie..Wan nak kongsi kat korang cara cara nak tarik traffic kat blog dan macam mana nak wat blog mesra pengguna.. Ramai blogger blogger muda tersalah langkah pasal nie..

Biasa lah kan kalau ada blog dan ramai antara kita nak sangat blog cantek , rugged , pergh , comel, semua nak kan..Tapi kena ingat sebahagian dari semua tu membuatkan Load blog lambat dan blog kelihatan serabut . Percaya atau tidak penggunaan Blogskin membuatkan blog korang kurang mesra pengguna..mesti ramai akan jawab.." tak kisah lah..Aku tengok ok je..cantek ..". Korang perlu tahu .. Diantara ramai ramai pengujung yang datang semesti nya akan menggunakan carian yang berbeza beza Mozilla , Chrome , internet explore dan sebagainya.. dan lebar sistem carian untuk mem-VIEW blog korang tu berbeza beza dan terjadilah masalah serabut dalam blog korang.. Apa yang dilihat hanyalah keserabutan dari kecantikan yang korang nak serlahkan..Ada yang nampak kecil sangat dan ada plak akan nampak lebar ,besar sangat. Sila ambik tahu k..Percayalah guna template biasa macam yang Wan guna nie pun dah ok..Minima template je..


Yep .. Mula mula dulu pun Wan pun endah tak endah je apa orang cakap pasal Blog Wan yang guna Blogskin..Tapi lama kelamaan baru Wan sedar sebab Wan pernah try bukak blog Wan dari komputer dan  carian yang lain.. Blog serabut sangat ada gadget yang bertimpa timpa.. Dari cantek jadi buruk...Jadi lepas nie..Fikir fikir lah ye..ehhehe..
 


Bila Blog kita mesra pengguna semesti nya ramai yang nak berkunjung kat blog kita.. Dan mula lah kita buat artikel yang berkaitan.. Dan korang boleh jenguk jenguk entri di bawah jugak k..


-Pesanan untuk NEW BLOGGER
-Tips naikkan traffic



Semoga bermanfaat.

 Kalau ada salah dan silap sila komen ye..

.