Friday, July 18, 2014

Ramadhan semakin menjauh . . .




Assalamualaikum

Sejuk kekadang berkabus..

Aku duduk disudut jendela bas 
Berpura memandang ke luar tingkap
Menyembunyikan terjunan air mata yang laju sekali.
Ketika itu juga aku disentuh rindu yang paling dalam.
Tika dibuai rindu, 
Emosiku menyentuh di dasar paling rendah yang pernah dicapai dalam hidup ini.

Rindu akan keluarga ..
Sekadar meratap kepingan gambar dan kiriman warkah berbentuk maya. 
Pandanganku berkaca kaca. 
Satu persatu manik cairan menghentam kepingan yang sedang terbuka. 
Dengan pantas aku menggosok kelopaknya, 
Aku meneruskan bacaan mengawal sesak didada, 
Memaksa semua kabur pandangan tulisan ditancap mata.  

Entah mengapa saat semakin mengakhiri Ramadhan aku akan mula rasa keseorangan Sedangkan ramai teman yang sudi berkongsi perasaan malah luahan.
Mungkin aku sedikit malu berkongsi bersama teman realiti 
Dan biarlah aku memuntahkan rasa disini kerna aku tahu kalian hanya sekadar menerjah tulisanku dan bukan hatiku yang bertengek didahan yang rapuh..


"Wan..tauk sik kitak cuaca time pagi raya 1 Syawal ya mesti sama dengan Cuaca 1 Ramadhan..."

"Eh pa mek rasa cam biasa jak o..Pa lah kitak rasa??"

"ya kitak..sik posa mena..Mek dapat rasa eh..1 Ramadhan tok lain sikit..Cuaca nya hening jak..Sejuk..Terasa gilak Rahmat ALLAH ya datang mencurah curah..And mun tak rasa juak 1 Syawal dengan 1 Ramadhan tahun depan kelak...Cuaca nya nang lain...nak orang slalu madah..Bulan Ramadhan tok AlLLAH bukakkan pintu Syurga seluas luasnya and nutup pintu neraka serapat rapatnya"

"hahaha...mena ka..Insya ALLAH mun umur panjang dapatlah mek merasa cuaca ya lak o..Aamiin"


Sejak detik itu, aku tak pernah tido di pagi 1 Ramadan..
Sejak itu jugak 1 Ramadan bagi aku sangat bermakna..
1 Ramadan dan 1 Syawal lebih membuatkan aku insaf..

Terima Kasih .
Kerna mengingatkan aku…
Cuma kita tak merasakannya…

Ramadan berulang lagi..
Keseorangan..
Tanpa sesiapa..
Tahun ini benar benar membuat aku bertambah sayu.

Salam dari kejauhan
Salam perantauan

Mungkin Ramadhan kali ini
Nostalgia Ramadhan terakhir buat kita. 
Barangkali... 







.




Wednesday, July 2, 2014

Pendidikan + Kelayakkan + Biasiswa + Penempatan pekerjaan + Kenaikan pangkat

.





.


Lepasan Diploma 3 setengah tahun
Complete Master
Bagi mereka yang sudah bekerja
1 SEM = 2 MINGGU
Kursus boleh dijalankan ditempat anda sekiranya mempunyai 30 orang yang menyertai
Sektor pekerjaan amat amat digalakkan
Fresh Graduate digalakkan ..

Sebarang pertanyaan :
En Ashraf : 0111 9964000
Cik Lucy Minnie : 019 8779812
En Ridduan :  013 8347430 whatsapp / call
Pejabat 082 439417

SMS/whatsapp  : Nama . IC.DIPLOMA IN. hantar ke 013 5620716






Lepasan SPM dan STPM
LEPASAN SPM amat digalakkan

Biasiswa pendidikan
Tamat pada 30.08.2014 bergantung kepada kouta yang ditetapkan

Sebarang pertanyaan :
Direct PM : https://www.facebook.com/wan.hazel
En Ashraf : 0111 9964000
Cik Lucy Minnie : 019 8779812
En Ridduan :  013 8347430 whatsapp / call
Pejabat 082 439417


SMS/whatsapp  : Nama . IC.RESULT hantar ke 013 5620716







.




Monday, June 2, 2014

Dua purnama aku di CITY U borneo ..

.


Assalamualaikum ...

Hari ini aku kembali lagi
Cukup tegar yang ranum untuk menulis diteratak wadah ini
Punya masa
Punya kerusi yang empuk untuk disandar
Hakikatnya wadah ini semakin rapuh dan rapuh
Tiada lagi berbatil rajuk dikarang
Tiada lagi kunjungan kalian
Malah tiada lagi coretan kasih dan sayang buat bakal suri entah dimana yang jauh tak kelihatan

Saban hari
Aku melalui hari hari yang kadang melemaskan
Namun setiap dari nya punya persekitaran yang berbeza beza
Yang membuatkan aku menikmati hari yang baru dengan segala ilmu yang baru
Aku begitu gembira dengan tugas ku ...
Masakan setiap hari hari ku diuji sedikit resah dan diberi segumpal kebahagian
Alangkah indahnya pengaturan ALLAH

Kadang ingin saja aku ceritakan semua perihal hari hari ku sebagai seorang yang sudah bekerjaya
Bukan hendak mendabik dada 
Tapi terasa disekat sekat tangan untuk melukis didada wadah
Kali ini
Mungkin karangan hati ini punya laluan yang panjang
Boleh saja kalian lari ke teratak lain jika tidak mahu meneruskan pembacaan

Sungguh aku tidak berduka hati
Cukuplah lukisan ini aku simpan untuk kenangan ku
Atau mungkin nanti
Saat aku punya suri dan anak
Saat itu aku duduk bersandar menonton siaran berita sambil menghirup secawan kopi bancuhan zaujah ku
Dan anak ku bertanya kepada suri
"Umie .. umie .. ini blog ayah ke ?? "

Kalau tidak kerana angan itu bagaimana pula aku menguntai setiap doa doa kelangit tinggi

Dua purnama berlalu
Kadang buat aku rindu dengan siapa aku yang dulu
Wajah ibu , wajah ayah , wajah adik beradik ku
Hanya mampu ku tatap saat aku berada dirumah
Pernah suatu ketika aku duduk bersama ibu
Teresak perasaan ibu menahan sendu dihati

"Adik .. bila adik akan beraleh kerja.. ibu tak sempat menatap wajah adik.. pergi nya pagi.. balik nya malam .. "

Aku diam dan cuba merawat sendu ibu

"Ibu ... Untuk 3 bulan ini .. adik memang tak kan cuti.. selepas ini mungkin ibu pula akan hairan jika adik selalu cuti." Sambil ketawa kecil aku dihujung ..

Hati siapa dapat menahan sebak
Pernahkah kalian merasa pilu saat terjunan air mata mengalir sayu
Diam diam aku cuba menahan sebak
Tapi aku tahu
Inilah pengorbanan .. Untuk kedewasaan hari yang bakal menjelang
Aku perlu tahu .. Aku perlu belajar ..

Sepanjang aku disana
Aku kenal setiap hati hati manusia
Dengan sifat yang berbeza beza
Satu yang aku suka .. Yang aku gembira
Saat ALLAH memanggil hamba NYA
Hampir keseluruhan bersama sama berjemaah .
Ya..
Cuti aku kali ini buat aku rindu berjemaah bersama mereka
Kalau dulu hari pertama aku solat sendirian
Saat ini kami berjemaah membina ukhwah


Kalau menteri itu berjiwa rakyat
Aku tidak takut mengatakan
Bos aku berjiwa pekerja ..
Memahami .. walau kadang agak sulit untuk ku fahami
Walau kadang agak payah untuk ku menerima
Kerna bagi dia..
No excuse , No if and No but 
Entah .. aku tidak tahu pula bagaimana hendak mempamerkan sifat bos ku melalui penulisan
Cukuplah kalau aku kata
WOW ...

Kadang aku takut
Kehadiran aku mencetuskan ramai hati hati yang tersakiti
Kadang aku risau
Kehadiran ku membuatkan hati hati mereka semakin menjauh
Kadang aku terasa
Kehadiran aku hanya sekadar penambah duka dari pengubat sengsara

Sahabat ..
Sekali aku lafaz sahabat selama nya kita bersahabat
Jangan pula bina tembok pemisah antara kita


Dan kadangkala,
Akan ada DUKA,
Yang tidak akan mampu kita kongsi,
Walau ada seribu telinga yang mahu mendengar,
Walau ada seribu mulut yang bertanya,
Hatta,
Walau ada begitu banyak bahu untuk kita sandarkan untuk MENANGIS..
Pasti akan ada duka yang masih terbungkam dan tersimpan.
Disimpan rapi dalam hati..
Tersembunyi dalam senyum dan tawa

Terkadang
Luka di hati insan yang menasihati
LEBIH DALAM DAN PERIH daripada yang dinasihati.

Ini bukan lagi karya cinta si jurutera elektrik kuasa
Tapi ini
Karya hati si kaunselor pendidikan ...


Entri bulan pertama : Saat Gaji Pertama kuhulur




.



Monday, May 26, 2014

Kalau diri ini selalu meluah dengan perasaan





Assalamualaikum

Bila baca semula post post lama.
Semuanya sama.
Pasal hati pasal kawan kawen pasal kawan sedeh
Atau sesekali pasal diri pasal angan angan pasal family.
Sekarang meluah pasal kerja ..
Bosan kan. hehehe

 
Tapi ini la Wan.
Menulis untuk diri.
Sebab benda paling susah nak buat adalah untuk pujuk hati sendiri.
Bila tengok orang sedih.
Macam macam ada rasa dalam diri.
Tapi bila diri sendiri rasa.
Baru sedar peritnya.
Masa itu la rasa macam tak tau nak cerita kat sape.
Tak tau nak luah macamana.

At the end cari Allah lagi dan lagi.
Mengadu lagi.
Bawak hingus bawak airmata jumpa DIA.
Tapi DIA setia.
Sebab itu kadang bila rasa lemah rasa tak semangat.
Saya buka semula post post lama.
Kenang semula pengalaman.
Kuatkan semula hati.

Demi ALLAH aku tak kuat.
Tapi kerana ALLAH aku tahu aku kena cuba untuk kuat.

ALLAH beri sesuatu kerana DIA tahu kemampuan.
Jadi bila DIA yang tahu.
Saya harus serah semuanya pada DIA.
Biar DIA atur terus hidup ini.
Biar terpandu.

Laman ini biar tiada apa.
Tapi untuk saya, ia bermakna.
Catatan perjalanan penuh kenangan.
Biar nanti kalau punya suri punya anak.
Saya nak kasi diorang baca.
Saya paksa kalau diorang tak nak.
Saya tak nak mereka hidup dalam kemeriahan.
Tapi tiada yang mengingatkan.
Pada jalan Tuhan.

Biar mereka sekadar biasa.
Asal dekat dengan DIA.
Asal akrab berisi cinta lillahi ta'ala.
Biar ke syurga.
Sebab itu saya biarkan laman ini jadi sekadar biasa.
Sekadar benda yang sama.
Biar mereka tahu yang dicari itu bukan dunia.
Tapi bekalan ke sana.
Semoga satu saat kalau saya sudah tiada.
Luahan pada laman ini jadi saksi.
Kalau diri ini selalu meluah dengan perasaan.
Dengan keinginan.
Mahu hidup berdua cuma dengan DIA.
Tuhanku

Biar nampak biasa biasa
Saya suka ...



.



Wednesday, May 21, 2014

ALLAH ku ini rupa kisah kasih MU




Suatu saat aku termenung panjang.
Dan tiba tiba aku teringatkan soalan mereka.

" Kalau kamu diberi pilihan untuk jadi siapa yang kamu suka,
Kamu mahu jadi siapa? "

Dan ternyata Allah datangkan ilham melalui angan anganku .

Setelah puas aku fikirkan.
Ternyata aku sebenarnya tiada pilihan.
Ia bukan untuk jadi siapa yang aku suka.
Ia adalah untuk aku jadi diri aku.
Jadi diri aku yang lebih baik daripada aku yang semalam.

Terkadang aku berasakan itu adalah sesuatu yang sangat mudah.
Namun bila berpijak dalam realiti,
Belum tentu juga aku bisa melakukannya.

Adakala ketika aku berasakan aku sudah mula berhijrah untuk jadi lebih baik,
Masa silamku datang menggoyah iman.
Sakit mula mencengkam.
Mahu rasanya aku mengalah dengan perasaan.
Namun tiap kali aku berasa lemah,
Aku katakan pada hati.

ALLAH belum pernah penat berbaik dengan aku.
Kenapa aku begitu cepat penat untuk jadi lebih baik?
Sedangkan jadi baik ini untuk aku dekat dengan DIA meraih rahmat-NYA.
Untuk aku masuk syurga.
Kalau ku ikut rasa kalau ku ikut kata syaitan,
Bukan nafsu bukan syaitan yang dapat beri ku syurga.
Cuma ALLAH.
Cuma DIA yang tahu jalan ke syurga.

Ia terlalu pedih bila kita sudah mula dekat dengan DIA.
Mula erat dan rapat.
Dia uji semula dengan masa silam kita.
Dulu aku lupa.
Aku keliru.
Kenapa DIA datangkan semula benda yang aku mahu lupa.
Benda yang aku sudah simpan dan tak mahu berada kembali disana.

Hingga aku terfikir.
Dia mahu mengajarkan erti kuat.
Kerana kalau benar aku sudah lupa,
Kisah silam itu pasti tiada apa.
Pasti tidak bisa buat aku goyah kalau hati sudah penuh dengan cinta buat DIA.

Tika itu aku sedar.
Andai hatiku sudah dipenuhi dengan cinta buat DIA,
Pasti tiada lagi ruang untuk ku cinta dunia.
Andai hatiku dipenuhi dengan keyakinan pada DIA.
Pasti aku tidak ragu lagi untuk terus bersama-NYA .
Andai hatiku benar benar sudah melupakan kisah silamku.
Pasti luka itu tidak lagi berdarah bila ditoreh semula.


ALLAH ku.
Ini rupanya kisah kasih-MU.
Sejuta makna, dalam tiap cebisan suka duka hamba.
Maka Tuhanku,
Semoga aku ini terus bisa berjalan atas jalan taqwa.
Dan terus bisa menghirup nafas nafas segar iman.





.



Wednesday, May 7, 2014

Moga semua nya kerana ALLAH kerna aku punya Tuhan ...

.




 Assalamualaikum


Semalam aku belajar sesuatu
Daripada masa laluku
Dari seorang kawan
Dari kisah dia 

Sedang aku duduk sendirian
Fikiranku jauh melayang

Aku terfikir
Kalau berkata soal jodoh
Soal perkahwinan
Pasti ramai yang kata

Kalau mahu yang baik, harus jadi baik dulu
Kalau mahu yang dekat dengan Tuhan
Kamu harus dekat dengan Tuhanmu dulu

Lantas aku terfikir
Apakah aku harus jadi baik hanya untuk jodoh yang baik?

Aku terdiam
Berkerut
Aku tinggalkan keramaian
Fikiran jauh ku luaskan

Apakah kerana itu sebenarnya ramai yang tersalah langkah?
Malah apa mungkin aku juga?

Aku sekadar bisik perlahan.
ALLAH tunjukkan.
ALLAH berikanku jawapan.

Duduk bilik, aku kemas meja
Buku buku kertas kertas.
Tika aku angkat muka
Aku lihat satu kata kata.

" Bila Allah sudah jadi sebab untuk segala galanya, maka segalanya adalah untuk Dia. "

Kalau hatiku kata cinta DIA
Kenapa harus aku lakukan sesuatu kerana manusia?


Dan ku perbaharui lagi niatku Tuhanku.
Untuk-MU.
Aku bimbang.
Aku tahu bila aku melakukan sesuatu untuk manusia.
Ia sangat menyakitkan bila manusia pergi meninggalkan aku.

Sedang bila aku laku untuk-MU Tuhanku.
ENGKAU ada selamanya.
Selagi aku tidak pernah berganjak meninggalkan-MU.





 .





Sunday, May 4, 2014

Saat Gaji Pertama kuhulur




Assalamualaikum...

Kepada ibu,
Buat julung kali kutitipkan pemberian yang tidak seberapa demi gembirakan dia.
Bersama sedikit hasil dari gaji bulan pertama,
Kusalami tangan Ibu sambil berbisik halus,    

Ambillah ini, Ibu.  

Siapa lagi bisa menebak,
Hati si ibu yang sekonyong-konyong sebak.
Air terjunan matanya lantas tersimbah deras,
Hingga dia sendiri tak bisa menyeka.
Ibu sedia maklum raih bulananku hanya secukup rasa.
Dia malah arif berapa jumlah yang tersisa di dalam poketku.
Dia lagi berkira-kira,
Mengukur jauh mana hala tuju anak-anaknya untuk tahun-tahun yang mendatang.
Lantas soalan Ibu mematikan segala tindakanku,    

Simpananmu bagaimana?

Selirat ragaku meluruh, syahdu,
Saat Ibu menggenggam keras kedua tangannya,
Tanda menolak hadiah dari huluran salamku.
Sungai tangis di pipinya tidak terempang lagi.
Andai kuselami irama sendu itu,
Semestinya dapat kubaca perasaan Ibu,
Bahawa bukan dek kepudaran sudi yang rajukkan rezeki.
Mungkin inilah kalimah yang sedang dibisikkan kepadaku,    

Cita-citamu masih jauh, nak.
Ketahuilah olehmu wahai Ibu,
Anakmu ini sanggup berlapar ke senja demi sekuntum senyum darimu.









Wednesday, April 16, 2014

City University pengambilan Bahagian Sarawak

.



http://city.edu.my/blog/wp-content/uploads/2012/03/builfing_CITYU.jpg 

Assalamualaikum .. 

Oleh kerana City U pengambilan sarawak
Makna nya kamek pakey bahsa sarawak lah oo

*** Iklan Berbayar





City U menawarkan 

Faculty in Information Technology
Faculty of Engineering 
Faculty Architecture & Built Enviroment
Faculty of Hospitality & Toursim
Faculty of Art & Design
Faculty of Business
Faculty of Nursing & Health Sciences
Faculty of Education & Liberal Studies

Nya ada 49 program yang ada ... 


City U juak menawarkan Biasiswa Pro-Canselor dan Skim Yayasan Selia


Sesi kemasukan 31 May 2014

Untuk maklumat lanjut
Kitak orang boleh lah berhubung terus ke

Tel : 013 8347430 En. Wan




.





Thursday, April 3, 2014

Setinggi gunung sekalipun takkan dapat menyamai syukur ku

.




Assalamualaikum


Setiap hari adalah hari hari yang sarat dengan ilmu yang baru
Insan insan yang aku temu punya laut ilmu yang harus aku ceduk satu persatu
Lalu dicurahkan kembali buat telaga kering yang tergali
Bukan jua hanya untuk ku
Malahan biar kalian bersama mencapai nikmat ilmu yang ada
Moga nanti menjadi insan yang soleh dan solehah..
Semoga ALLAH redha.


Saat aku melayari madrasah pengalaman
Pelbagai peristiwa yang aku lalui..
Lebih lebih lagi pada 2 tahun sebelum ini..
Di saat kedua dua Ramadhan yang lalu
Dan aku lah salah seorang yang kira nya beruntung
Mengahadapi liku liku sepanjang Ramadhan ..
Alhamdullillah aku tidak tersungkur di pintu terakher Ramadhan...


Dan perjalanan pada tahun ini
Tidaklah mengimpikan senyuman yang mekar saban bulan
Mungkin ada yang tersembunyi
Ada kemanisan
Yang punya kejutan dari ILAHI


Hingga saat ini aku berpegang dengan satu ranting ayat yang teguh
Walau aku pernah diuji kecewa tapi aku tetap percaya


Jika Kita kejar Cinta ALLAH Insya ALLAH ..
ALLAH akan beri kita cinta yang terbaik ..


Lahirnya aku diluar pinta
Mungkin pada doa ibu dan bapa
Alhamdullillah
ALLAH didik hati dengan cara yang istimewa

Aku kenal cinta
Aku kenal kecewa
Aku kenal bahagia
Aku kenal air mata

Aku tahu bagaimana hidup menderita
Aku tahu bagaimana hidup gembira
Aku tahu dan aku tahu
Kalau dulu aku melihat rona hitam dan putih
Kini aku bisa melihat rona pelangi berwarna warni
Kalau dulu aku kecewa menderita
Hari ini
Walau parut itu ditusuk beribu kali aku tetap mampu berdiri

Dan semua nya aku lampirkan pada doa doa
Yang menguntai kelangit tinggi
Moga nanti aku jua bisa rasa istimewa dan bahagia
Moga cita cita ku kesyurga
Tak pernah pudar walau seketika

ALLAH
Sungguh unik kan rasa ini

Semoga semua takdir akan jatuh elok pada tempatnya
Dan aku hanya bisa kata
Terima kasih buat semua
Atas setiap pembelajaran kehidupan didunia


Aku sering bertanya diri..
Dimana letak kehidupan sebenar ku..??
Atau aku hanya berfikir


 Owh ..Rupa nya aku sudah semakin dewasa ... :)




.



Sunday, March 16, 2014

Kisah dan teladan wanita Islam : Saiditina Khadijah Binti Khuwailid

.
”Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang mengingkariku. 
Dia membenarkanku
di saat semua orang mendustakanku. 
Dan dia membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika
semua orang menahan hartanya dariku 
dan Allah telah mengurniakan beberapa orang zuriat dari rahimnya
yang tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang lain”. 
 [HR Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].


Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin 'Abdil 'Uzza bin Qushay Al-Qurasyiyah Al-Asadiyah radhiyallahu'anha.
Muslim manakah yang tidak pernah mendengar sebutan namanya?. Siapakah yang menyangka di saat itu,
keharuman peribadinya kelak akan merebak di sepanjang sejarah Islam di dada setiap kaum Muslimin?
Siapakah yang terfikir bahawa wanita mulia ini akan dikurniakan satu keutamaan yang amat besar yang tidak
pernah diperolehi oleh sekalian hamba Allah sejak penciptaan insan? Siapakah yang menduga
bahawa wanita cantik jelita ini akan mendampingi manusia yang paling agung dalam rentang awal
perjalanan dakwahnya? Siapakah yang mampu meramal ketentuan Allah ini? Maha Suci Allah yang
telah menciptakan dan mentakdirkan wanita mulia ini sebagai pendamping Nabi akhir zaman.

Beliaulah isteri, sekali gus wanita pertama yang beriman kepada Allah dan Rasulullah Sallallahu
Alaihi wa Sallam.  Dianugerahi reputasi yang sungguh mulia, keturunan yang terhormat, peribadi yang luhur,
perjalanan hidup yang istimewa, ketajaman daya fikir, semangat yang tinggi dan kalbu yang bening,
nama Khadijah begitu harum di dalam sejarah Islam. Sebelumnya, beliau dikenali sebagai seorang wanita
yang menjaga kehormatan dirinya sehingga digelar ath-Thahirah (wanita yang suci) .

Beliau seorang janda dari suaminya yang terdahulu, Abu Halah bin Zararah bin an-Nabbasy bin 'Ady at-Tamimi,
kemudian berkahwin dengan 'Atiq bin 'A`idz bin 'Abdillah bin 'Umar bin Makhzum. Khadijah radhiallahu anha
adalah wanita pedagang yang mulia dan banyak harta. Ternyata pekerjaannya itu telah menghantarkan kepada
pertemuannya dengan manusia yang paling mulia. Saat dia kembali menjadi janda, seluruh pemuda Quraisy
memasang angan-angan agar dapat menyuntingnya. Buah tutur Maisarah membeksa di hatinya tatkala berita
kejujuran, amanah dan kebaikan akhlak seorang pemuda Quraisy dikhabarkan kepada beliau. Tersimpan
keinginan yang kuat dalam dirinya untuk memperoleh kebaikan itu, hingga diutus seseorang untuk menemui
Rasululllah Sallallahu alaihi wa Sallam dan menyampaikan hasratnya. Ditawarkan dirinya untuk dipersunting
Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam, seorang pemuda yang saat itu berusia 25 tahun, miskin dan yatim
piatu tetapi tersohor kerana luhur peribadinya. Wanita jelita itu memperoleh kembali belahan hatinya dalam
usia 40 tahun. Tersurat peristiwa ini dalam sejarah 15 tahun sebelum Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam
diangkat sebagai Nabi akhirulzaman.

Wanita mulia inilah menjadi perawat duka suaminya di saat penurunan al-Haq melalui perantaraan
Jibril alaihi sallam yang menggoncang hati Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. “Aku khuatir akan terjadi
sesuatu pada diriku”. Diselimutinya Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sehingga beliau kembali tenang
dan hilang rasa ketakutannya. Dengan tenang dan lembut, beliau yang mengalirkan tutur kata penuh hikmah
dari lisannya lantas membiaskan ketenangan di dalam dada suaminya,

“Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu.
Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang
(yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu,
bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”.

Sesungguhnya beliau telah menjalankan peranan politiknya dengan ketajaman dan kepekaan
akalnya yang menjadikan beliau mampu untuk mencermati serta memahami dengan jelas masalah wahyu
dan risalah yang diterima oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam,

”Terimalah khabar gembira dan teguhkanlah hatimu! Demi Zat yang diriku di tanganNya,
sesungguhnya aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini”.

Perkhabaran dari Waraqah menjadikan beliau mampu memahami peranan yang bakal dipikul
oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dengan turunnya wahyu tersebut.

”Khadijah, kalau engkau masih percaya kepadaku, sesungguhnya telah datang ”an-nams  al-akbar”
 kepadanya. Dia adalah Nabi umat ini. Maka katakanlah kepadanya agar dia berteguh hati”.

Baginda bukan sahaja seorang suami, atau ayah kepada anak-anaknya, tetapi juga Utusan Allah dalam
menyampaikan wahyu dan risalahNya untuk umat yang ada pada ketika itu sehinggalah ke hari kiamat.

Di sinilah titik mula kepada sebuah pengorbanan yang tiada surut dan gantinya. Beliau jugalah manusia
pertama yang solat di belakang Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam bersama Saidina Ali radhiallahu anhu.
Terus mengalir dukungan dan pertolongan dari beliau dalam menghadapi kaumnya. Beliaulah yang membantu
Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dalam mengibarkan bendera Islam, tegar bersama Rasulullah sebagai
angkatan pertama. Setiap kali beliau mendengar kata-kata kesat yang dilontarkan kepada suamninya, beliaulah
yang setia di sisi baginda dan meringankan beban perasaan yang sangat berat ditanggung oleh kalbu manusia
terpilih.

Bukan hanya itu sahaja kebaikan Khadijah radhialllahu anha. Beliau mengorbankan setiap harta yang
dimiliki kepada suaminya. Bahkan, ketika Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menampakkan rasa senangnya
pada Zaid bin Haritsah, seorang hamba miliknya, beliau segera menghibahkan hamba itu kepada suaminya.
Zaid diangkat sebagai orang yang sangat dekat di sisi Rasulullah dengan menjadi anak angkat baginda sendiri.
Turut tercatat, Zaid memperolehi kemuliaan sebagai salah seorang dari saf pertama yang mengimani dakwah
Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.

Sebagai seorang isteri, beliau merupakan pendorong utama bagi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam
untuk selalu giat berdakwah, bersemangat dan tidak kenal menyerah. Beliau juga selalu berusaha meringankan
beban berat di bahu Rasulullah. Kebijakan, kesetiaan dan banyak lagi kebaikan Khadijah tidak pernah lepas
dari ingatan baginda Rasul. Bahkan sehingga Khadijah meninggal dunia. Beliau benar-benar seorang isteri
yang mendapat tempat tersendiri di dalam hati Nabi Allah ini. Betapa kasihnya baginda terhadap Khadijah
sebagaimana di buktikan dari penceritaan Saidatina ‘Aisyah radhiallahu anha.

“Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sebagaimana
cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah Sallallahu alaihi wa
Sallam selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakalanya menyembelih kambing dan diberikannya
kepada sahabat-sahabat Khadijah. Bahkan pernah aku berkata, “Bukankah Khadijah itu seorang wanita tua?
Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih muda dan baik daripadanya?”.
Lalu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menyebut, “Tidak! Demi Allah !Dia Subhanahu wa Ta’ala tidak
memberikan seorang pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia (Khadijah) telah beriman kepadaku pada
saat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkan ajaran yang aku bawa di saat orang-orang mendustakanku.
Khadijah  membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika orang-orang menahan hartanya dariku
dan Allah mengurniakanku beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain” . [HR. Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].

Ummul Mukminin ini sentiasa berada di samping Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dan memberikan
pembelaan terhadap baginda. Beliau juga bergabung bersama Rasulullah dan kaum Muslimin dalam memikul
penderitaan lantaran sikap kaumnya yang mendustakan dan melecehkan dakwah baginda. Kesabaran dan
keredhaan Khadijah dapat dilihat dengan jelas dalam siri hambatan terhadap dakwah Rasulullah, termasuklah
dalam fasa pemboikotan terhadap Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib oleh orang-orang Quraisy yang selama
ini menjadi pelindung kepada Rasulullah.

Wanita Teladan Sepanjang Zaman

Ditakdirkan Allah Subhanahu wa Ta’ala, di usia 65 tahun iaitu 3 tahun sebelum Hijrah, Khadijah
radhiallahu anha kembali kepadaNya di saat-saat dakwah melalui fasa genting yang bakal menentukan
kelangsungannya. Pemergian beliau ditangisi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam, berlaku dalam selang
waktu yang singkat selepas meninggalnya Abu Thalib, bapa saudara baginda. Sejak tahun kesedihan tersebut,
hambatan-hambatan dakwah yang semakin getir dengan gangguan yang tidak putus-putus mula berani
dilakukan oleh kaum kafir Musyrikin di Makkah.

Sesungguhnya nama Khadijah tercatat di dalam sirah sebagai wanita pilihan sehingga namanya disebut-sebut
di kalangan penduduk langit dan bumi. Kemuliaan itu telah diraihnya sejak masih ada di muka dunia. Tatkala
Jibril Alaihi Sallam datang kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan mengatakan,

“Wahai Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Ini dia Khadijah. Dia akan datang membawa bejana berisi
makanan atau minuman. Bila ia datang kepadamu, sampaikanlah salam padanya dari Rabbnya dan dariku,
dan sampaikan pula khabar gembira tentang rumah buatnya di dalam syurga dari mutiara, yang tak ada
keributan di dalamnya, dan tidak pula keletihan”. Khadijah lantas menjawab salam itu dengan katanya:
“Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga
keselamatan atas Malaikat Jibril.”
[HR. Bukhari dalam Shahih Bukhari, Bab Perkahwinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]

Wahai Muslimah yang dirahmati Allah! Sesungguhnya istana tersebut adalah jauh lebih baik dari pada
gemerlapnya dunia fana yang telah memperdayakanmu. Dan ini adalah sebaik-baik khabar
gembira dibandingkan dunia dan segala isinya. Tidakkah kalian ingin mendapatkannya pula?

Ya Allah! Betapa mulianya Khadijah binti Khuwailid, As-Sayyidah Ath-Thahirah. Seorang isteri yang setia dan tulus, mukminah mujahidah di jalan deenNya dengan seluruh apa
yang dimilikinya dari perbendaharaan dunia. Semoga Allah memberikan balasan yang paling baik kerana
jasa-jasanya terhadap Islam dan umat Islam seluruhnya.





.



Friday, March 14, 2014

Letupan dan gegaran diserian sarawak berpunca dari kilang gas asothelen

.





Assalamualaikum...

Buat penduduk sekitar serian
Pasti akan merasa gegaran dan mendengar letupan
Letupan dan gegaran berpunca dari kilang memproses gas asothelen
Kilang terbabit meletup dan runtuh
Bomba menerima panggilan jam 1500
Setakat ini 8 mangsa telah berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital serian




Dipercayai masih ada mangsa yang teperangkap
Dan kemungkinan ada pekerja yang terkorban






Bangunan kedai petronas yang bercermin pecah akibat letupan dan gegaran terbabit


Kawasan yang berhampiran
Berhati hati
Jangan terhidu asap .. ia dipercayai kilang racun .. berbahaya ..


.





Keyboard tebabak #6 : Page facebook Abdul Taib bin Mahmud "bangaji" ditutup

.



Assalamualaikum ...

Mesti ramey yang tauk dengan page bang aji tok nak
Page yang menggunakan nama Abdul Taib bin Mahmud dan gambar pehin sri
Oleh kerana page bang aji tok dah jadi fenomena
Maka mungkin ada sesetengah pihak yang rasa
Kedak sik betul jak penggunaan nama dan gambar pehin sri
Sik disangkal juak memang ada salah juak kali




Tulisan dari bang aji

::

TULISAN TERAKHIR BANGAJI..

mula sekali bang aji nak ucap ribuan terima kaseh ngan takorg..sebab..
sudi bekawan ngan bang aji..
sudi melike pages bang aji...
sudi komen ngan bang aji..
suka inbox ngan bang aji.
suka post kat wall bang aji.
suka share tulisan2 bang aji..
sebab berani nego bangaji mun bangaji tersalah...

jutaan trima kaseh bangaji ngan takorg.. x dapat bangaji mok balas apa dah takorg polah...

mula sekali... bangaji mok padah... bangaji bukan lah retis yang perlu ktk orang fanatik gilak..(waima x takorg x fanatik pun.. bangaji jak perasan))...

bang aji sama kedak takorg.. kerja siang malam k ngidup dirik. k bayar ya bayar tok.. bangaji x sempurna... selalu polah salah..x lepas dari dosa..... jadi... bangaji xda apa2 yg perlu nak di bangga... kita semua sama jak upa..

ok..bangaji terus cerita aaa... sebenarnya.. tujuan bangaji molah pages tok awal nya pkey rindok2 ajak.. pkey guro2 ajak..pkey kita kongsi susah senang kita.. pkey kita kongsi cerita kita... pkey kongsi maklumat... pkey bangaji kongsi ide-ide bangaji apa seemua....

tapi.. silap bangaji... bangaji TERpakey gambar Tok taib.... bangaji TERpkey nama tok taib... ya salah bangaji lah oo.. bangaji mintak maap bena2 ngan tok taib mun nya maca benda tok... bangaji insan biasa.. mun di saman bangaji.xmampu bangaji nak embayar.. masok penjara sepa nak ngintu mak abah bangaji... mintak maap tok taib aaaa.....

ok..sebenarnyanya...bangaji mok pdah..bangaji xpat gik nak neruskan pages tok...bangaji dah kenak warning...bangaji akan "leave" pages tok...biarkan pages tok x berbangaji agik....

jadi.. bangaji nak mintak maap ngan semua kawan2 nak ada.... mun ada cerita bangaji ya nyakit ati ktk orang ka..ngecik ati takorg ka..bangaji mintak maap dari ujong rambut sampe ujong kaki...

ya jak la kawan2...

selamat tinggal kawan.. moga kita berjumpa agik satu ari kelak..... assalamualaikum...




Dan tok page bang aji baru
Like dan join lah k
Pat juak pakey ngibur ati dikala luka
Dengan mem dan kawan nya seman


https://www.facebook.com/pages/Bangaji/644684425585087

Sapa lambat like can peah .. hehehe



.



Thursday, March 13, 2014

MH370 buktikan ada lagi rakyat ISLAM di Malaysia Masih jahil bab agama

.



Assalamualaikum

Sebelum ini saya ada menulis mengenai

Anonymous , Percaya akan kekuasaan ALLAH itu bukan tahyul 
Klik untuk ke artikel berkenaan





Kita kalau nak letak harapan
Jangan berharap pada sesuatu kecuali ALLAH
Sedang soal hati manusia jua
Kita disuruh meletak harapan pada ALLAH
Bukan pada insan

nie tak

Wahai MH370
Kemana engkau menghilang
Wahai MH370
Kembalilah ..

Mungkin dalam tak sedar kita meletak harapan pada sesuatu
Apa kata kita tukar

Ya ALLAH Sekalian alam
Kemana MH370 menghilang
Ya ALLAH yang berkuasa atas segala sesuatu
Kembalikanlah MH370
 
Bila peristiwa MH370
Kita semua tahu
Rupanya ramai rakyat ISLAM di Malaysia
Masih jahil bab agama

Islam
Tapi tidak percaya akan kuasa ALLAH
Islam
Tapi mempersoalkan azan
Islam
Tapi percaya lebih pada teknologi
Islam
Tapi tidak yakin pada doa
Islam
Tapi melakukan perbuatan syirik (bomoh)

Bukalah mata
Adakah Malaysia negara ISLAM seperti yang diperkata
Cukupkah kesedaran ISLAM pada MALAYSIA



Saya juga kurang ilmu agama
Tapi ALLAH itu sentiasa didalam dada




.



Wednesday, March 12, 2014

Anonymous , Percaya akan kekuasaan ALLAH itu bukan tahyul

.




Assalamualaikum ...

Saya mulakan artikel ini dengan nama ALLAH yang Maha Berkehendak
Agar segala yang tertulis bukan berlandaskan nafsu yang bertindak menceroboh
Tapi atas dasar agama dan benteng iman yang jadi kekuatan insya ALLAH

Tempoh hari pada artikel sebelum ini
Saya telah menulis

Kekuasaan ALLAH mencabar teknologi canggih .. Kita yang semakin lupa 
Klik untuk ke artikel berkenaan

Saudara/i anonymous maaf jika membalas komen saudara/i pada artikel ini
Semoga ramai yang mendapat hikmah dan faedah dari apa yang terjadi

Dan mungkin pada diri saya sendiri
Sesungguhnya saya hanya hamba ALLAH yang hina

Saudara/i
Adakah saudara/i percaya akan kematian
Kematian yang telah ALLAH tetapkan
Dan bila bila masa sahaja ALLAH akan matikan kita
Persoalannya
Adakah ALLAH mematikan dan terus mematikan

Padahal ramai disekeliling kita
Mati akibat penyakit , kemalangan dan lain lain
Namun mati itu adalah kerana kekuasaan ALLAH
Lalu ALLAH matikan hamba NYA

Begitu juga akan kes kehilangan MH370
Sedangkan dalam media media massa juga menulis "kehilangan MH370"
Adakah salah jika saya mengatakan
Lalu ALLAH hilangkan MH370


Dan pada rangkap yang seterusnya saya juga menulis
"ASBAB"
Asbab bermaksud sebab 


Saudara/i
Apa yang saudara/i ingin sampaikan dalam komen ini


Adakah tahyul jika saya mempercayai kehilangan MH370 adalah kerana ALLAH
Sila nyatakan dimana tahyul nya .. 



Wahai saudara/i konpirasi itu juga ALLAH yang izinkan.
Jika ALLAH tidak izinkan maka tak kan terjadi sesuatu
ALLAH berkuasa atas segala sesuatu
Semua berlaku dengan izin NYA
Sama ada dalam Redha NYA atau tidak

Sebagai orang yang beriman
Kita seharusnya yakin akan kekuasaan ALLAH
Kita percaya kepada alam ghaib
Jin itu wujud
Malaikat itu wujud
ALLAH itu wujud

Disini saya sertakan
Sedikit dari ulasan KAPTEN NURODIN ABD MAJID


========================

[ KEJADIAN PESAWAT MH370 ]

meneliti temubual buletin utama TV3 bersama KAPTEN NURODIN ABD MAJID (Former, Fleet Manager B777, MAS) yang juga Kapten yang melakukan "test drive" ketika MAS mula membeli pesawat B777 ,

beliau menafikan semua andaian sama ada insiden MH370 ada kaitan dengan hijack , meletup , terhempas , berpatah balik , kerosakan enjin dan sebagainya ,

beliau nyatakan "PESAWAT HILANG (FULL STOP)" ,

kata beliau , "ketika dunia teknologi di tahap tertinggi , inilah keajaiban ALLAH s.w.t mengatasi teknologi manusia , sebagai orang beriman , kita kena percaya KUASA ALLAH" ,

beliau sangat yakin , pesawat akan ditemui dengan cara DOA ORANG-ORANG SOLEH , DOA AHLI KELUARGA dan USAHA DENGAN UPAYA MANUSIA ,

Saya sertakan video beliau




=============
 
Adakah kapten dan semua yang mempercayai ini juga TAHYUL 
Seperti yang saudara/i anonymous katakan ..
Sila nyatakan dan laporkan jika kami TAHYUL ...

Baiklah 
Saya cuba bersangka positif


Mungkin cara penyampaian...
Cara pembacaan...Cara pemahaman...Cara penerimaan berbeza...
Kita 'manusia'..
Punya banyak kekurangan..
Sedikit pun tidak punya kelebihan...ada pun semua milik ALLAH jua

Bila ALLAH uji dengan cuaca sejuk di Malaysia
Kita masih jua leka
Bila ALLAH uji kita lagi dengan kemarau
Kita masih jua leka

Kini ALLAH uji dengan kehilangan MH370

ALLAH rindu nak dengar kita merintih ditengah malam pada NYA
ALLAH rindu dengan doa pada NYA

Semua nya ada hikmah
Bukan saja saja

Setiap yang berlaku dengan izin NYA
bagaimana sesuatu itu berlaku hanya sekadar asbab

Percaya pada Kekuasaan ALLAH bukan tahyul


::
Saya tak sehebat mereka yang penuh dengan mutiara hikmah
Dan saya semakin terus khuatir dan bimbang.
Andai laman ini lebih banyak membawa kepada kelalaian berbanding kebaikan.







.








Monday, March 10, 2014

Kekuasaan ALLAH mencabar teknologi canggih .. Kita yang semakin lupa

.




Assalamualaikum ...

Pesawat MH370 masih belum ditemui
Walau sehebat mana pun teknologi untuk mencari
Nyata tanpa izin ALLAH
Semuanya jadi sia sia

Walau sehebat mana pun ciptaan manusia
Namun kekuasaan ALLAH lebih hebat dan tiada tanding taranya

Setiap yang berlaku punya hikmah dan alsan NYA
Siapa tahu
ALLAH menguji dan ingin mengingatkan kita agar sentiasa tahu akan kekuasaan ALLAH tanpa berharap pada mana mana sesuatu

Mungkin
Dizaman yang canggih ini
Manusia semakin lupa untuk berdoa
Solat dan semakin lupa akan ALLAH
Duniawi semakin dikejar
Akhirat pula dianggap dongeng yang tak pasti

Dengan kata lain
Melebihkan Duniawi daripada melebihi Akhirat

Pada ALLAH semakin dilupa
Tapi
Pada Duniawi
Diberi segalanya . Beri hatinya . dikejar . diletak sepenuh harapan .



Lalu
ALLAH hilangkan MH370
Maka terputuslah perhubungan antara kita

Tak kiralah hilang kerana apa
Kerana itu kerana ini
Kerana mereka kerena pesawat
Kerana kecuaian
Itu cumalah asbab

Sedang yang merancang yang mengizinkan
Semua di tangan ALLAH
Sekarang siapa yang di tuju?

ALLAH juga jadi tempat yang dituju.
ALLAH juga jadi tempat mengadu.
Lalu terpacullah dari bibir,
Tertaiplah pada statusmu, blogmu, nukilanmu,

"PRAYFORMH370."
"ALLAH SELAMATKAN MEREKA"

Selama ini kita cabar ALLAH dengan melebihkan duniawi dari DIA
Lalu Dia seru sahaja mengikut iradat-NYA

"Kun Fa Yakun."

Putuslah.
Berakhirlah.

"Kembali sujud pada-KU!"

Sekarang
Siapa yang awak lebih perlukan?

Barulah tersedar,
"Saya perlukan ALLAH...Saya sayang ALLAH."

Akhir kata, jangan cabar ALLAH.
Dengan atau tanpa sengaja


Percayalah
Kita semakin lupa ALLAH

Semoga kita yang masih hidup bisa buka mata
Ambil pengajaran
Terima mesej ALLAH
Bahawa mati itu pasti
Ia akan tiba
Bila bila
Semoga perginya kita nanti dengan banyaknya bakti
Biar langit menanti
Biar bumi setia menangisi

ALLAH..
Kematian itu memang pasti
Tapi kita tetap bersahaja
Kenapa??


ALLAH
Kejadian kehilangan pesawat MH370 adalah perancangan MU
Hebatnya kuasa MU
Kami hanya mampu melihat
Ada takdir MU yang kami setuju
Dan ada yang tidak 
Ampunkan kami 
Bukan menafikan keadilan MU
Cuma menyatakan perasaan sedih yang KAU jua wujudkan dalam diri diri kami
Namun perasaan itu dapat kami kawal dengan keimanan





.




Kisah dan teladan wanita Islam : Saidatina Aminah Bintu Wahb

.



Saidatina Aminah Bintun Wahb adalah meupakan wanita agung yang telah mengandungkan nutfah yang mulia Saidina Muhammad Saw. Berketurunan Bani Asad Ibn Abd ‘Uzza. Telah dipertemukan Allah jodohnya dengan Abdullah Ibn Abdul Muttallib, pembesar Quraisy. Abdullah Ibn Abdul Mutallib adalah seorang pemuda yang kacak, diceritakan dicelah kedua kening beliau terpancarnya    cahaya dengan cahaya nubuwwah sebagai petanda yang beliau bakal menjadi bapa kepada    segala penghulu anbiya’.

Abdullah adalah anak yang paling disayangi oleh Abdul Muttallib. Tatkala sumpah ayahnya untuk menyembelih salah seorang anaknya sebagaimana lazim adat jahiliyyah pada ketika itu jatuh    keatas Abdullah, lantas diganti dengan seratus ekor unta sebagai menggantikan nyawa Abdullah anak yang paling dikasihi.

Sesungguhnya Allah telah berfiman di dalam surah Ali-Imran yang bermaksud:

 “Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibahim dan keluarga ‘Imran melebihi  segala umat (di masa mereka masing-masing). (Sebagai satu keturunan yang sebahagiannya (keturunan) dari yang lain. Maha Mendengan lagi maha Mengetahui.
(ayat : 33&34 ) 





.



Saturday, March 8, 2014

Pesawat MAS MH370 yang hilang terhempas di Laut China Selatan


 .




KUALA LUMPUR: Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News.

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc.

Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.

Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China.

Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara itu.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 08, 2014 12:59 (MYT)
Tag: MAS, MH370, Kuala Lumpur, Beijing, pesawat, terhempas


Disalin dari : Astroawani

Entah benar entah tidak..
Artikel Pesawat MAS MH370 yang hilang terhempas di Laut China Selatan dari Astroawani pun telah tiada 


Astroawani menarik balik artikel tersebut 
 




Semoga ada yang terselamat
Doakan mereka


.
/news/show/pesawat-mas-yang-DDhilang-terhempas-di-laut-china-selatan-31471?cp