Tuesday, October 31, 2017

Perubahan zaman





Assalamualaikum ..

Bukan mudah menjadi remaja pada masa kini .
Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ,
Peluang pekerjaan yang semakin tertutup ,
Hutang yang makin bertambah ..

Hujung tahun pasti akan ada keping keping gambar konvo yang akan dimuat nait .
Semoga para graduan mendapat peluang pekerjaan dengan selayaknya .
Banyak perkara yang aku lalui dulu kini berbeza dengan perkara remaja yang akan lalui sekarang .
Bermula dari zaman aku, pekerjaan semakin sukar untuk diperolehi.
Apatah lagi pada masa sekarang .

Yep ..
Rezeki manusia berbeza beza .
Kadar pengangguran semakin bertambah .
Bukan memilih kerja ..
Kadang kerja disektor pembinaan bangunan turut dipenuhi oleh warga asing .

Kadar kecurian turut bertambah .
Hidup pada zaman sekarang agak payah .
Siapa sempat merasa RM50.00 boleh beli bermacam aneka barang .???
Aku sempat .. jauh sekali beza dengan RM50.00 sekarang .

Mohon ALLAH sentiasa campakkan rasa syukur dalam diri kita ..



.



Monday, October 30, 2017

Majlis Doa Selamat Qasyeh

.



Assalamualaikum ...

Alhamdullillah ..
Majlis doa selamat Qasyeh permaisuriku dipermudahkan dan dilancarkan.
Terima kasih buat mereka yang meringankan tangan bergotong dimajlis kecil kami .

Qasyeh ..
Moga nanti jadi anak yang berjaya dunia akhirat
wajahmu kan jadi penyeri , tanganmu kan sering bersedekah , kakimu lah yang akan sering ke tempat yang mulia , hatimu biarlah sentiasa bersih dah suci ..



.


Tak sekaligus
Kadang ALLAH bagi sedikit sedikit









Wednesday, October 25, 2017

Moga ALLAH bantu aku dan keluarga kecilku

.


Assalamualaikum ..

Entah...
Aku tak tahu pada siapa lagi untuk aku mengadu selain ALLAH .
Menulis disini bukan bermaksud aku menidakkan doa dan mengadu untuk dikasihani .

Esok usia anak aku sudah masuk 5 bulan .
Hari ini gaji tak masuk lagi .
Setengah dari gaji bulan september masih jua tak kunjung tiba.
Mungkin ada masalah dengan syarikat.
Aku positif. . .
Menanti hari dan hari ..
Tetap jua tak kunjung gaji nya ..

Gaji bulan lalu yang dibayar setengah pun isteri tak tahu lagi.
Biar aku simpan .
Biar aku rasa susah , biar aku yang mengikat perut ..
Aku tak mahu isteri ku turut dirundum resah .
Ingin sahaja aku berhenti dari sini .
Namun ..
Pekerjaan masa kini bukan mudah untuk dicari .
Bayaran kereta terpaksa aku tunggak satu bulan .
Kereta isteri sudah perlu diservis ..

ALLAH ..
Aku bukan mengungkit.. Aku mohon balaslah doaku.. balaslah kebaikan sedekah ku. bantulah aku .


29 / 10 /2017
Majlis makan selamat untuk anak ku .
Nur Arriesya Aryana
Moga semua berjalan lancar .
Ringankan bebanku Ya ALLAH ..

cimb 
7053438066


.







Monday, October 23, 2017

Fruit Plus Chewy Candy Strawberry

.


Assalamualaikum ..



Chewy Candy Strawberry
Siapa yang dah pernah rasa..
Agaknya semua dah pernah kot.
Tapi tak pe..saja je nak review ..

Candy nie kalau makan mesti akan rasa haus.
Banyak kali makan pun tetap rasa haus..
Jadi kalau tengah tengah panas tak digalakkan makan .
candy nie kalau sesapa suka yang kunyah kunyah bolehlah try .
kadang boleh lekat kat gigi jugak.
masam manis tu tak padu sangat beb .. >.<

Aroma stawberry tu kurang menyerlah.
kalau nak dikatakan boleh hilang mengantok or tak bila kunyah candy nie.
Jawapannya..100% tak ..
Kalau nak drive jauh better beli candy yang berangin ...

Pakaging pulak memang menarik perhatian dari jauh.
kesenangan nak keluarkan candy dari balutan wan bagi mudah ke payah dari 1 - 10
wan bagi 5 .. kadang agak susah nak bukak..lagi lagi budak budak atau time tangan berpeluh.

kelemahan..
cair cepat walau letak dalam poket seluar masa tengah bersukan.
then melekat ...

untuk candy ni
Dari 1 - 10 Wan bagi 3 bintang..

Jadi apa pendapat anda ??







kongsi tips mulakan perniagaan tanpa modal


Assalamualaikum ..

Zaman makin maju . Taraf hidup makin berubah .
Semua perlukan wang .

Kawan kawan ada tak tips nak mulakan perniagaan ..

jom kongsi kongsi .

Nak cari income lebih ..



.



Monday, October 16, 2017

pakey loya jak

.


Assalamualaikum ...

Lamak mena dah sik nulis lam tok.
Pastok blog tok pakey bahasa Sarawak jak kali .
Mana nak pembaca dari semenanjung nun .. pandey pandey dikpun lah.. hahaha

Kali tok kamek nak bercerita sikit hal kawan kamek.
Bukan nak bukak aib nya tapi pakey pengajaran kita klak klak ari .

Kamek bik nama nya Anuar jak lah oo.
Nama dalam tok adalah nama yang kamek polah bukan pakey nama sebenarnya.
Apa yang nya cerita ngan kamek..
Yalah yang kamek akan cerita balit ngan tak orang .
Kira rapat juaklah mek duak..
Nya sal ada problem jak da jak ngagak kamek..

Kisah tok berlaku tahun 2015 .
Masa ya nya gik bujang .
Kira nya dah start nak kawen lah .
Tedah juak dengar cerita nya.
Nya kawen tang pelek jak .. Mak nya sik lalek gilak nya nak kawen.
Kedak sik diduli lalu eh. Mana kata nya lah sia .
Majlis kawen pun blah ompuan jak.. Makan selamat blah laki nang sik da.
Tapi sik hal lah juak lah kata nya..Jimat sikit .
Nang Husnuzon jak nya tok.. positif eh positif ..

Dari start nya kawen tok lah banyak benda yang sik bagus berlaku .
Nya ngan bini nya bagus jak . Sik juak madah sik bagus .
Tang mak nya pandey sik suka ngan bini nya.
Pa tek tegal bini nya asal dari kampung XXX .
Pa tek tegal mak nya dengar nak klaka orang luar .
Ada jak nak jaik didengar nya .

Bila nya duak nak kluar jalan pun sik boleh .
Dalam rumah ya nak ke tandas pun nya sik berani .
Kotan nya takut mak nya ngreco pa tah agik bini nya..agik lah takut kali.
Aok.. da nya bercerita juak..Tegal bini nya salah nunggah mak nya..nunggah "mak cik" ..
Biasalah tersasul kali.. kan bok jak nikah.. tegal ya alu mak nya manas , alu berik warning terus ..
Kamek nengar pun eran.. ampey juak eh.. tegal benda ya jak bah.

Last last ..
Alu sidak duak pindah nyewa rumah ..
Pindah rumah tok pun pakey kelai juak ngan mak nya.
Dak bapak n adik beradik nya nak lain ok jak.

Start dari sitoklah da benda teruk gik jadi...

mmm

klak lah kamek sambung gik k..

...





Wednesday, May 31, 2017

Kini gelaran ayah jadi milikku.



Salam Ramadhan

Tak terasa waktu yang pantas berlalu
Seperti baru semalam kau meminta buah yang bukan musim nya
Sepelusuk kota aku mencari
Seperti baru tadi kau meminta belangkas yang tiada musim nya
Seluruh kampung aku bertanya


Tanggal 26 Mei 2017
Pengakhir syaaban maka terbitnya sinar Ramadhan
Kelahiran puteri tercinta
Kelahiran berbau syurga
Sucinya sesuci sinar Ramadhan
Qasyeh nya penyambung sinar Syaaban
Bersih nya jiwa mu membawa Nur buat yang berfikir

ALLAH...
Setinggi gunung takkan dapat menyamai rasa syukurku
Gelaran ayah jadi milikku.



Friday, February 10, 2017

Free Download Adobe Photohsop CS3 Portable (new link)



Asssalamualaikum ...

Jadi kali nie Wan nak update link untuk Adobe Photoshop CS3 Portable..
Sebab Ramai sangat yang dah PM wan kan FB .

Jom Ramai Ramai Ramai download kat sini ..


DOWNLOAD ADOBE PHOTSHOP CS3




Terima Kasih .


.



Thursday, February 2, 2017

Hadirmu Penyambung Qasyeh



Bab 1

Assalamualaikum Ini kisah ayah. Nurkilan dari hati ayah . Saat ini ayah menanti nanti kelahiran kamu ke dunia . Terlampau rindu dan semahunya gelaran ayah.

Sayang … 
Hidup ini, bukan lah seindah angan . Dunia ini memenatkan sayang . Ayah rindu menulis jadi kala ini ayah memahat apa yang terbuku biar jadi pedoman hidup biar sedikit yang meneladani asalkan berguna di dunia malahan dibawa kan ke syurga . 

Sayang, 
Teratak ini ayah namakan wardah.Wardah pengalaman.Wardah untuk ayah berbicara sendirian .

Tanggal 23 julai 2016.Ayah memeterai janji kasih bersama seseorang yang kan kau gelar ibu, mungkin panggilan nya “mommy” . Perkahwinan ayah tidak lah semeriah majlis majlis sahabat yang lain , namun begitu bermakna, dengan sekali lafaz maka sah lah kami menjadi suami isteri . Percaturan perkahwinan kami tidak lah seindah yang diinginkan kadang terasa begitu sukar menjalani perjalanan menuju tarikh perkahwinan  .

Tempoh masa hendak melansungkan perkahwinan. Hubungan ayah dengan ibu ayah semakin merenggang. Ayah mula tawar hati dengan perkahwinan sendiri dengan keadaan diri . Ayah kecewa dengan diri sendiri berbagi rasa antara kekasih hati atau ibu sendiri . Bukanlah hubungan ayah dan mommy tidak direstui cuma ada seperkara yang merumitkan. Kadang ayah hairan kenapa ibu ayah bertindak sedemikian cara. 

Sayang…
Wahai anak permata hatiku.Moga lahirnya kamu mengikatkan lagi hubungan kami .. biar hadirnya kamu membawa beribu erti , membawa berjuta sinaran. Hadirmu penyambung QASYEH. Saat ini tinggal 4 bulan saja lagi untuk ayah mengazankan/mengiqamahkan kamu . Jadi lahirnya kamu di bulan Ramadan bulan yang penuh keberkatan . Syawal tahun ini , syawal yang amat bermakna untuk ayah .

“Mek tunggah baby kita klak Sesuci Qasyeh Nur Ramadhan". seloroh ayah dengan mommy. Mommy ketawa kecil memecahkan suasana sepi .Dari situlah ayah akan memanggil nama panggilanmu nanti QASYEH.. Walau buat masa ini ayah masih tidak tahu jantina kamu. Tapi ayah inginkan anak perempuan. Moga ALLAH perkenankan doa ayah. Namun , Walau apapun yang ALLAH kurniakan kelak. Ayah terima dengan redha . Semoga kamu lahir dalam keadaan sihat dan sempurna.




Mek tunggah baby kita klak Sesuci Qaseh Nur Ramadhan :
Saya panggil baby kita nanti Sesuci Qaseh Nur Ramadhan




.




Wednesday, January 18, 2017

Freebies Doodle



Assalamualaikum...

Silalah ambil untuk digunakan ..

Agak lama aku tak menjenguk lagi ke wardah .
Aku rindu wardah yang suram tidak lagi dijenguk tetamu malahan tidak pernah berhidang lagi tegukkan nurkilan ..