Wadah Madrasah Pengalaman: Tutorial Photography : Cara/Teknik asas penggunaan Flash/Speedlite


Saturday, January 21, 2012

Tutorial Photography : Cara/Teknik asas penggunaan Flash/Speedlite

.

Gambar sumber google


-----------100% disalin dari : http://adhadimohd.com/teknik-fotografi/teknik-asas-menggunakan-flash dan siubah mengiikut kesesuaian

Flash unit yang juga dikenali sebagai speedlite, merupakan sumber cahaya artificial yang sangat berguna untuk jurugambar. Flash unit yang ada terbina pada badan kamera tidak dapat memberikan hasil cahaya yang lembut kerana tidak boleh bounce.

1. Asas penggunaan flash adalah untuk mengisi ruang gelap pada sesuatu subjek akibat ketiadaan cahaya. Konsep ini dipanggil fill in flash.

2. Fill in selalu kita gunakan apabila matahari terik dan mengurangkan masalah mata subjek berada dalam gelap.

3. Anda boleh menggunakan direct flash untuk fill in. Penggunaan diffuser boleh membantu. Mode TTL – BL adalah mod paling mudah untuk mendapatkan cahaya flash yang sekata dengan cahaya ambience. Bagaimanapun berhati-hati dengan mode Aperture priority kerana aperture yang terlalu besar seperti f2.8 atau f4 akan menyebabkan metering terpaksa menggunakan shutter speed yang lebih laju dari flash sync speed (kebiasaannya 1/250s) , Shutter speed yang lebih laju akan menyebabkan cahaya flash tidak memberi kesan ataupun hanya kelihatan separuh.

4. Flash juga boleh digunakan untuk memberikan catch light pada mata. Gunakan kad pemantul putih untuk kesan yang lebih baik.

5. Apabila berada di dalam rumah atau indoor, kita mempunyai peluang untuk melembutkan cahaya dengan memantulkan cahaya pada dinding atau syiling rumah yang berwarna putih atau cerah. Permukaan siling/dinding yang berwarna akan menyebabkan color cast pada subjek.

Berikut adalah contoh penggunaan flash direct, bounce 45 darjah dan bounce ke belakang.


FLASH DIRECT.

Flash direct akan memberikan warna yang paling cerah dan detail yang paling lengkap, bagaimanapun cahaya yang diberikan adalah agak berkilauan dan bayang-bayang yang dihasilkan adalah amat nyata dan keras (harsh).

Flash Bounce 45 darjah

Flash bounce pada 45 darjah akan melembutkan cahaya melalui penyerakan pantulan menggunakan siling. Bagaimanapun masih ada sedikit bayang bayang kelihatan walaupun telah kelihatan lebih lembut.

Flash Bounce Ke belakang / Sisi

Flash yang di pantul ke belakang, memberikan peluang cahaya berserak ke semua permukaan dalam bilik dan semakin luas permukaan pantulan. Bayang-bayang juga hampir tiada, hampir menyamai kesan mengambil gambar dengan menggunakan cahaya persekitaran (ambience light) saja.

direct flash

Bounce 90 darjah

-----------100% disalin dari : http://adhadimohd.com/teknik-fotografi/teknik-asas-menggunakan-flash dan siubah mengiikut kesesuaian


Eh sebelum tu..bagi korang yang dah habis baca tu boleh tak tolong Wan..Sampai 28 januari nie je..Vote untuk blog Wan..

Dah baca dah guna jom Vote Wan kat sini.Terima kasih..
Tamat 28 jan 2011




Lain lain yang korang mesti tahu



Lain lain yang korang mesti tahu




.





1 comment:

Ribena lalalaaa~ said...

suka..mmg sy ngah blajo psal flash nih..hehe...susahhh..hee