Halwa telinga nak dengar tekan Play
Assalamualaikum...
Kalau masa dulu dulu memang selalu berangan nak jadi artis.. nak sangat orang kenal..nak sangat orang tahu siapa diri nie..Dan nak sangat jadi anak orang yang serba serbi sempurna..Warkah nie dikarang bukan nak simpati dan bukan nak semua membelek latar biodata kehidupan saya.Tapi sekadar berkongsi kisah untuk dijadikan motivasi (Insya Allah).
Saya dilahirkan dalam keluarga yang miskin.Kehidupan sekolah rendah masa tu memang menyeksakan. Menjadi seorang anak yang tahu erti kehidupan memang susah..Perit payah abah dan emak mencari rezeki digalas bersama oleh seorang anak yang masih mentah akan kehidupan.Bekerja dengan abah menjadi buruh sejak darjah lima sabtu dan ahad termasuk cuti sekolah, Berat sangat tanggungjawab menjadi seorang anak masa tu..Pagi pagi semasa turun ke sekolah emak dah bekalkan se-plastik nasi lemak untuk dijual disekolah..
Apatah lagi masa darjah tiga (1997)..masa tu masih budak budak ..Kat belakang kampung ada pembangunan kilang (K.I.G) kat situlah saya ,emak dan kakak pergi menjual kuih, air dan banyak lagi..Sesapa yang pernah melalui zaman seperti nie.Pasti merasa apa yang saya rasa..
Kekadang cemburu dengan rakan rakan sekolah berbekalkan duit yang berkoyan koyan.Pergi kantin sekolah beli makanan lazat lazat , saya hanya sekadar dapat melihat. Kalau ada yang sudi menghulur sedikit makanan , Syukur teramat .Ya Allah Kau murahkanlah rezeki mereka...Tahap kemiskinan keluarga masa tu susah nak digambarkan.Saya bersekolah dengan pakaian yang kusam , suram tidak lagi putih tapi sudah berconteng kuning dan dakwat dakwat persekitaran , songkok yang hampir reput penyek dimamah usia tetap melekat dikepala.
Bila mana anak anak yang lain bermain dengan barang permainan , saya pula hanya bermain dengan tanah , kayu dan batu .
Cara hidup yang sederhana nie saya bawa terus ke alam persekolahan menengah. Masih dengan songkok penyek . Masa sekolah menengah nie banyak ujian dari Allah.Sekolah jauh , Tambang rm0.50 masa tu memang tinggi sangat nilai nya pergi balik RM1.00 , ke sekolah hanya berbekalkan air kosong tu pun guna botol mineral kosong yang orang dah buang kat tepi jalan..Hina ke?Wang belanja sekolah..Erm...Syurgalah dunia jika ada..
Kalau ada rakan rakan nak bagi upah buat sesuatu tu mesti nak sangat.Nak cari duit untuk emak.RM1.00 pun dah cukup. Pernah jugak rakan rakan membuat satu cabaran.Makan pemadan , makan daun pokok begetah..Demi sejumlah wang saya sanggup.Adakah semua ini hina?? Sampaikan suatu masa..saya dinilai sebagai Mata Duitan..Anak orang kaya apa dia tahu tentang wang..Mata duitan atau terlalu perlukan Wang..Mereka tak ambik kisah semua tu..Sindiran sebegitu saya simpan dalam dalam..Sedih teramat sedih..Dasar kesedihan yang paling hina.Namun semua nya dibalas dengan senyuman..Mereka tahu apa???Dan adik adik semua tahu apa deritanya seorang abang..Saya masih menangis jika terkenang saat ini.
kami orang susah, hidup seperti najis, ditolak tolak,kalian pekup hidung melihat kami
Maaf rakan rakan.Saya bukan anak dara yang duduk dirumah.Saya seorang lelaki ..kenapa nilai saya sebegitu??..Bukan saya tak boleh ikuti aktiviti aktiviti kalian..Dan bukan nya saya kedekut nak hulurkan sejumlah wang..Selami rasa kemiskinan baru kalian mengerti..Jangan bersangka buruk..Dan saya bukan jenis yang berlagak. Miskin tetap miskin , jangan berlagak kaya..Rakan rakan sekalian saya memang maksudkannya cukuplah kalian pandang serong saya dimasa itu..Saya sudah maafkan..
Tatkala rakan rakan berkejaran dengan friendster laman sosial masa tu , saya hanya mendengar dengan hati yang penuh duka dibalut cemburu.Kekadang merintih akan keadaan keluarga yang serba kekurangan.Sumpah , Saya begitu kuno ketika itu..seorang manusia yang ketinggalan..
Semuanya mengajar saya erti kehidupan..Cara nak selamat dalam kehidupan , cara nak teruskan kehidupan.Orang yang terus senang apa tahunya??
Dan lihatlah sekarang..Dimana saya..Apa pencapaian saya..Selagi kita berusaha selagi itulah kejayaan milik kita.Dulu kalian ketawakan saya dan hari ini saya berdoa untuk kalin agar kita sama sama berjaya didunia dan diakhirat klak.
Saya merangkak , mula berjalan dan terus berjalan..Bagaimana ingin saya berlari jika saya tak berdaya mendukung semua..Bagaimana saya ingin berdiri jika hati saya terus mati..Alhamdullillah..Berkat keredhaan abah dan emak selama ini memberi sinar kejayaan..Namun saya masih dengan cara yang lama terbiasa sudah menjadi lumrah. Dan syukur saya mampu menjadi seperti skarang dan membanggakan semua.
Hingga sekarang saya tetap hidup dalam dunia yang ringkas..Jika hari ini cahaya itu tak kelihatan..Jangan berhenti..teruskan..Kerna cahaya itu terlindung disebalik selekoh...
Bagi yang mengalami nasib yang sama seperti saya..jangan pernah mengeluh.jangan pertikaikan keadaan,.Cuba usaha untuk berubah.Insya Allah kejayaan pasti digenggam.Dan bagi yang tak pernah merasa kesusahan ingatlah pasti akan datang lima perkara sebelum lima perkara. Kalau derita itu bisa dikongsi pasti semua kan mengerti Sayang , namun perkongsian itu hanya retorik semata mata..
Adik , abang menangis jika adik tak sehebat abang.
Asalkan, saat terpetiknya kenangan lampau,
istighfarku dibalut syahdu yang mencengkam.
Pipiku dihujan permata yang mahal.
Khusyukku pada Dia moga mencapai tangga yang meloncatkan.
Dahiku biar kejung, legam, mencium sahabatnya, sejadah.
Tanganku bersalam teman yang sering mengingatkan.
Tanganku bersalam teman yang sering mengingatkan.
Jika kita mahu mengubah isi dunia maka ubahlah diri . Lihat...Allah tu Maha Segalanya..
Hargailah apa yang anda miliki...Lihat..Adakah saya seperti apa yang saya fikirkan suatu masa
dulu???Adakah saya dikenali?
Jikalah setiap patah penulisan saya dijadikan manfaat.Jikalah setiap inci ukiran saya bisa mengukir senyuman diwajah kalian , itu adalah yang terbaik buat saya..Alhamdullillah , apa yang saya cuba sampaikan menusuk ke hati kalian untuk kalian guna sebagai titian hidup.Saya bukan mahu dikenali , bukan mahukan pengikut yang mencecah ribuan , bukan mahu disanjungi dan bukan mahu disebar sebarkan dengan nama dan pencapaian yang sekecil debu ini.Kerna saya bimbang timbul rasa riak dan hilang rasa rendah diri dalam hati yang penuh hasutan nafsu..
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya : Jadilah, lalu jadilah ia
Dan saya bukan ahli politik mahu berkempen menghebahkan setiap sisi diriku yang maha hina disisi ALLAH..Cukuplah sekadar apa yang ada..Inilah batas batas kehidupan yang saya lalui..
Semoga menjadi sebuah pengajaran dan dorongan.Ini realiti kehidupan kita harus terima..
Amin.
.
97 comments:
saja buat orang touching . nasib baik tak nangis .
You are a strong person..
Seriously ! :')
apa yang penting jangan pernah putus asa untuk terus maju.
Allahuakbar..jika kita rasa diri kita dah cukup susah, renungkanlah, ada lagi yang lagi susah dari kita...kehidupan setiap manusia takkan sama wan..ada yang lahir2 dah ada family yang senang, dan ada juga yang lahir2 tidak seperti yg kita inginkan..lumrah alam...inshaAllah..yg penting, letakkan pergantungan pada Allah dan kita usaha sebaik mungkin..Allah tak mau bagi kejayaan di awal, tpi inshaAllah jika kita yakin padaNya, Dia akan bagi..percayalah...
p/s : Ckin pun bkn dr family yg senang..inshaAllah kita yakin padaNya naa..biarlah dgn org lain nak megah2 dgn kekayaan yg ada, tp biar kita miskin asalkan kita masih fikir akan Dia.. ^_^
p/s : i think rambut pendek mcm gmbar atas tu lagi menampakkan tanda kekemasan dan keyakinan pada diri wan... skadar pandagan.. ^_^
Alhamdulillah, wan berjaya berdiri dan teguh sampai hari ini.
Orang yg terbiasa hidup susah lebih kuat dan matang berbanding orang yg hidupnya serba lengkap dan tersedia :)
Pengalaman mengajar kita.. Biarlah orang mengata.. Hanya Allah saja yang tahu kebenarannya .. Be strong.. =)
yaya
jgn nangsi taw..ehehhe...
[ Yuyu Atiqa ]
tengs yuyu
AMALINA YAAKUB
tengs.terima kasih..bgitulah seharusnya
orang yang tak ada di tempat kita tak akan tahu apa yang kita rasa.
Ckin Kembaq
terima kasih ckin...rambut akan dipendekkan pada masa akan datang..
YEp ckin bgitulah khidupan..kekadang kita rasa kitalah yg lagi susah..padahal ramai yg lagi susah..dan ramai yg tak bersekolah...
SYukur syukur sangat ke hadrat Ilahi..Kehidupan ini hanya pinjaman
keri ikhwan
betul tu keri..Bukan nak mrendahkan mereka.tapi itu kebenaran..
keri ikhwan
betul tu keri..Bukan nak mrendahkan mereka.tapi itu kebenaran..
Niena Sofea
terima kasih..Allah tetap disisi kita
entri ini membuatkan saya menangis, muhasabah diri dan berfikir. ada lagi yang lebih susah hidupnya daripada saya. semoga terus berjaya. hidup sederhana pun ok.lebih tenang. tapi lumrah keinginan nak rasa hidup senang. sama macam dani. :)
Sedih :(
nurdani
betul tu dani..lumra khidupan nak sgt hidup senang..Semoga khidupan kita dipermudahkan oleh Nya..itu sudah cukup...Wan doakan untuk dani k..
Sally Yatiey
senyum2 k...
Hanya Allah yg tahu segala2nye...
Perjalanan yang sukar memjadikan kita matang dan ianya satu pengajaran yang berguna kerana hidup ini ibarat roda, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah!
Ayuni
betul tu.Allah tahu semua isi hati hamba Nya
kerja sambilan di rumah
betul tu..terima kasih ...hidup penuh misteri
ingatlah Allah itu maha adil... biarkan orng hina kita.... Nurul pn sma cm Wan.. smpai orng hina... sedih sangat.. jiran sllu bling smpah, bling air kat rumah nurul.... pas2 hp pon diorng curik.... x perla, biarkan die... Nurul dpt rasekan ape yg Wan rase... xpela, hrie nie hri die, esok lusa hari kita... :)
huhuhu.. nangis ewhh.. T_T
sebak bc entri wan kali ni :') apa yg penting, stay strong.. Allah is here for you :)
Nurul CLumsy Gurl
manusia mamang macm tu..apa yg perlu kita buat..kita bmohon dan berusaha..Tuhan tu maha Segala..
Nurul CLumsy Gurl
manusia mamang macm tu..apa yg perlu kita buat..kita bmohon dan berusaha..Tuhan tu maha Segala..
Adibah Amalina
senyum2
Haruno Hana 하나
tengs...jgn sebak2 ye..
phewww , nasib baik boleh tahan sebak ,, memberi motivasi , tengss bang :DD ,
Em sedih bace :<
im sure ure strong enuf wan. We are all learn from the past. Yea, All
insyAllah.setiap apa yg tuhan tetapkan ada hikmahnya buat wan sekeluarga :)
p/s : parents selalu pesan,jgn pandang org di atas kita tapi pandanglah org di bawah.
bersyukur apa adanya :)
Takde sapa yang hina...semua manusia sama sahaja wan disisi Allah S.W.T.cuma amalan menjadi pengukur setiap manusia.Alhamdulillah wan berjaya atasi semua dugaan tu.kagum dengan wan..kalau kita merasa hidup susah,kita pasti akan lebih tabah hadapai dugaan yang mendatang.Pengalaman dan pengajaran banyak buat hidup kita lagi bertambah baik.kan?bangga ada kawan macam Wan..walau kenal di alam maya tapi cukup bermakna atas nama kawan..Thanks wan.^__^..I'm touching baca entry ni..sobs sobs..
cdeyhnya :'(
smoga dilimpahkn rezki yg bnyak .
u are very strong !!
shafiq
welkam shafiq ..hope leh ambik pengajaran dan jadikan sebagai dorongn hidup..klau wan boleh kenapa yg lain tidak
Jaja Azhar
senyum je taw...hehehe
faraLouise
tengs,,,masih tak setabah karang dilautan..kadang2 wan sering khilaf fan terlupa makan kehidupan
pengalaman masa lalu menjadikan kita lebih matang dan dewasa...
bandingkanlah mereka yg lebih susah/miskin dr kita, smg kita lebih bersyukur kepada nikmatNya, jgnlah pandang manusia yg lebih berharta/senang drpd kita, kita akan dunia ini tidak adil...
smg perjalanan hidup wan lebih terang di hadapan... :D
super d0uble F :)
betul tu.. tapi skang nie yg kaya makin btambah kaya dan yang miskin btambah miskin,,,
Azhafizah[フィザ]
terima kasil Azhafizah[フィザ] ... betul tu..disisi Allah kita sama..Tapi disini manusia banyak bezanya.. dan terima kasih jugak sudi jadi temn maya wan..
cik hanee
tengs..amin amin..smoga kita sama sama dilimpahkan rezeki yg melimpah ruah..
Melati Qistyna's Mummy
terima kasih kakak..susah yg kita rasa ..tapi ada yg lagi susah dari kita
kuatkan semangat wan ,, walaupon sy kira berpendapatan rendah jugak ,, tp sy lahir dlm ekonomi yg agak stabil sbb sy anak bongsu ,jd ape yg dilalui oleh wan mungkin abg2 sy pernah merasainye ,,
gadismanja
terima kasih..mungkin abg2 awak dah rsa.. kalau ditanya mesti dia org akan tergelak dgn kehidupan dulu..dalam gelak tu pasti penuh air mata...
bca entry wan buat nana teringat khidupan nana tyme kecik dulu :') hidup menumpang n pernah makan ikan sardin atas lantai.. alhamdulillah sekarang hidup dah ok.. terima kasih ya rabb.
Nana Jay
sykur kan..kehidupan nie penuh misteri..Alhamdullillah sebab Allah beri rezeki yg lebih selepas puas kita berusaha.. apa pun semua tu sebagai pengajaran agar kita tak lupa diri..
wan ,, nape cbox wan error ? so tataw nk balas kunjungan cane ,, komen jelaa lagi ehhh ,,
boleh je shout wan tu,,,try refresh taw
huwaaa sedihnye ckp cmtu .,,, sori :( tp selalu je tgk artwork fotografi wan kt fb, canteks sgt., :D
**eh komen lari dr entry lak >,<
Chuu Muqhlis
tengs...hahaha..tak pe...yg ptg tak lupa..ehhehe
zman kanak2 dulu sy pun susah jgak.. smoga trus berusaha mencari rezki halal ^^
caliph shuriken
amin...tengs caliph
sedihnye. alhamdulillah wan bjaye skrg. syukur pada Allah :') takpe wan. bersusah2 dahulu, bersenang kemudian. be strong.
salam.. entry yang sangat2 bermakna... :') nurul pun bukan dari keluarga yang senang dan berada..
kekayaan bukanlah cuma dari adanya berkoyan2 wang ringgit.. cukuplah kayanya cinta kita pada Dia..
dan kayanya cara kita menghargai mereka disekeliling kita.. kehidupan mengajar nurul untuk lebih memberi daripada menerima.. walaupun tak banyak cukuplah sekadar melihat mereka gembira.. :)
SubhanAllah... You truly are a strong person... Inspired baca post ni...
Rasa sedih pun ada, betapa kuatnya anda sampai diuji Allah macamtu...
Semoga kita sama2 kuat & tak goyah iman bila diuji dengan dugaan yg berat2...
Farhana G.
betul tu...berakit rakit ke hulu berenang renang ke tepian..hehehe..tengs
✿ CIK N ✿
terima kasih...kehidupan nie byk cabaran kan...apa yg kitat gk tak smstinya btul
Hanih Borhan
terima kasih...Amin..semoga kita berjaya dalam kehdupan yg penuh cabaran nie
family saya pun orang susah dulu. orang tak pandang pun :'(. tapi saya bangga sebab saya boleh belajar erti kehidupan :).
pengalaman adalah satu ilmu yang bukan semua org perolehi..pengalaman mematang kan setiap insan dalam menjalani kehidupan
nice.. :') mereka yg bermula dr bawah tu kebanyakkannya akan berjaya dunia akhirat.. yang penting sentiasa ingat Allah.. InsyaAllah hidup sentiasa senang walaupun sederhana.. :)
Nurul Husna Mohd Hassan
betul tu...jgn jdikan khidupan nie sabgai alasan untuk teerus jatuh tapi bangunlah untuk berjaya
eLL
setuju...tak semua mempunyai pengalaman yg sama
Cik Purple Pinkypuff
Insya Allah...Tuhan maha sagalanya....
pada setiap kesulitan, tersirat kesenangan, kan? (94 : 5-6)
allah tu adil. setiap hambaNya yg sabar mesti dapat ganjaran. :)
pha is
yep betul tu,,,semuanya ada hikmah
Niswatus Solikah Samik
betul tu...Allah maha adil
DEDIKASI BUAT WAN.....
JANGAN TERLALU BERDUKA.....
TAHUKAH WAN....BAHAWA WAN TELAH MEMBANTU AKAK BEGITU BANYAK SEKALI...SEGUNUNG INTAN TAK MAMPU AKAK BALAS....DOA AKAK WAN BERJAYA DUNIA KAHIRAT...TERIMA KASIH WAN..SGT2 BERTERIMA KASIH...
AKAK TAK PANDAI DESIGN TAPI BILA JUMPA BLOG WAN AKAK BELAJAR ADOBE, XARA SAMPAI AKAK BOLEH CARI MAKAN HANYA DENGAN ILMU YANG AKAK BELAJAR DARI WAN....SUDAH LAMA AKAK NAK POSTKAN SEMUA NI ...TAPI HARI NI BILA BACA WAN PUNYA BLOG AKAK CKUP TERSENTUH....
WAN ....MELALUI WAN ALLAH LEBARKAN REZEKI AKAK.. WLU TAK PERNAH BERSUA ..DAN BERCERITA BERSAMA , NAMUN AKAK PASTI WAN PUNYA HATI YANG TULUS TIDAK KEDEKUT ILMU...1 DALAM SEJUTA, PENYAMPAI WAN YG CKP MUDAH MEMBUAT AKAK SENAGNG BELAJAR
SABAR HADAPI DUGAAN HIDUP....
touching :( plak bla bc entry kamu ni..
tp pape pun kamu seorang yg kuat hadapi semua dugaan tu dgn tenang.
sy doakan kmu berjaya & dimurahkan rezeki :)
coco
terima kasih kak..TErharu ..sungguh terharu Wan baca komen akak...Alhamdullillah apa yg wan sampaikan akak dapat guna ..
TErima kasih sekali lagi kak.. wan lak sedih baca komen akak..waawawa :( terharu
Nur Shuhada
amin terima kasih...Wan doakan awak juga k...semoga sama2 kita mndapat rezeki dari Nya
Ade hikmah disebalik semua ni. Yg penting jgn putus ase. Jgn putus doa dengan Allah S.W.T.
Allah S.W.T sentiase menguji dan berada di sisi kita.
Sedih betul baca entry wan ni.
subhanallah..
satu kehidupan yang indah..kehidupan yang ain rindu sangat2..sebab ain pun pernah lalui kehidupan sama..
7 tahun membesar hanya dengan makan kangkung tumbuh dalam longkang...rindu nak main masak2 dgn pokok, batu, kayu..guna tanah liat..main daun nipah..
syukur juga dengan kehidupan skg yg serba sempurna.amin.
"Moga moga tak jumpa douchebag.".
Dak Fisha
tengs taw...jgn mudah lupa kan..semua kita sama je...
ain dzaya
betul tu..kekadang rindu sgt zaman2 tu kan..
kayy abgg ! abgg kuat ! owangg tabekk gan abgg !
Wan seorang yang kuat. Kalau NAL, entah lah NAL dapat tanggung ke tak semua tu. Berat sangat2. ENtri ni cukup memberi motivasi kepada NAL. Kadang2 kite terlepas pandang dgn insan2 yang memerlukan. Terima Kasih Wan atas perkongsian ni. Hanya ALLAH mampu mengubah segalanya.
sedih2:(
Suya pun pernah alami kesusahan dulu wan.. tapi mungkin tak sejerih kamu.. btw, sgt tersentuh dgn penulisan wan hari ni.. Sampai tergerak hati utk komen.. thanks friend. selamat hari raya
tengs all..semoga kehidupan kita dirahmati oleh NYA
sedihnya....:'(
realiti kehidupan...
kagum dengan wan.. ^_^
wan, you're strong~~
:')
dah lama baca blog abg wan,baru perasan cerita pasal hidup ni..btw keluarga sy juga bukan org senang..
ditambah pulak skrg ni maka pulak dah kena cuci darah 3 kali se,im\nggu..masalh seolah2 bertimpa2..berat mata memandang,berat lg bahu yg memikul..apa2 pun,cuma satu kita kena ingat,walau teruk mana pun hidup kita,masih ada yg lagi teruk dr kita..moga ALLAH sentiasa melindungi kta semua..aminn :)
Ujian yg ALLAH bagi tu ada hikmah nya.. Pasti akan ada hikmah nya..ALLAH buat semua tu bsebab.. so kene hadapi dgn tabah k... Hidup nie kalau tak diuji mana kan kita tahu diri kita beriman atau tak...
kitak mbiak tanjung bundong nak? muka nang familiar alu jak, tp sik ingat siapa....
be strong wan :D
wahhh. ini life wan sbenarnya ea :)
*ttbe plak stalk wan hrini =..="
Terima kasih Wan, entry ni menyedarkan saya :') *sedih* . Wan Tabah :D
Bila baca tentang diri Wan, mengingatkan akak masa silam akak. Kehidupan yang daif. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Akak pun hanya pandai bermain dengan tukul, gergaji, kayu dan paku. Akhirnya kini alhamdulillah kesitu rupanya rezeki yang Allah nak bagi. Jadi, biarlah kenangan itu disimpan menjadi satu skrip khazanah buat anak2 Wan nanti. Disebabkan keadaan itu, sampai sekarang akak berpegang pada prinsip, 'Kalau aku rasa aku ne susah, hakikatnya ada lagi insan lain yang lebih susah. Janganlah jadikan itu sebagai alasan hidup ini dipersiakan.' Syabas akak ucapkan pada Wan yang berjaya mengharungi pahit getir kehidupan dulu dan akan mendatang kini. ^_^
Awh~...anda buat saya menangis tanpa sedar.. tsk... tsk.. sedeynyer... but seriously, wan mmg strong person. kagum. ^_^
sy ingin berjumpa dengan pemiliknya
Insya ALLAH ... kalau ada benar ALLAH temukan.. :)
salam. first time baca kisah hidup wan uhuk sedihh haihh :(
sy kagum dengan kekuatan anda..stay strong!
Allah akan selalu berada disisi kita, maka teruslah untuk berdoa cerita motivasi kerja
Cerita Motivasi Terbaik | Kerja, Inspiratif dan Bijak
Post a Comment