100% disalin dari
http://www.fototeacher.com/blog/artikel-kreativiti/photo-enhancement/
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Foto enhancement adalah satu proses dimana sesuatu foto itu dicantikkan lagi dari foto asalnya. Proses ini biasanya dibuat menggunakan perisian Adobe Photoshop. Saya kerap ditanya, adakah foto yang saya rakam ‘dimasukkan’ terlebih dahulu di dalam Photoshop. Jawapan saya – Ya, semua foto yang saya rakam akan saya lakukan enhancement terlebih dahulu menggunakan Adobe Photoshop sebelum sesuatu foto itu ditunjukkan kepada orang lain.
Bagi saya, gambar foto yang tidak dilakukan enhancement adalah gambar foto yang belum siap. Ia boleh diibaratkan seperti sebuah rumah yang telah siap dibina, tetapi tidak dihias. Proses photo enhancement ini bukannya baru. Jurufoto sejak zaman penggunaan kamera analog (kamera menggunakan filem) melakukan enhancement kepada foto yang mereka rakam. Bezanya, pada ketika itu, proses enhancement ini dilakukan di dalam bilik gelap (darkroom) secara manual.
Biasanya, saya akan melakukan enhancement dari segi - cropping, level, color balance, burning dan dodging. Saya bukan pakar dalam penggunaan Photoshop. Tetapi, saya rasa, pengetahuan saya cukup sekadar untuk melakukan enhancement yang asas dan penting. Sememangnya menjadi satu keperluan untuk semua jurufoto untuk mempunyai sekurang-kurangnya ilmu asas mengenai penggunaan Adobe Photoshop.
Untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas, saya tunjukkan contoh foto yang saya rakam dan jenis enhancement yang telah saya lakukan. Foto di bawah ini adalah foto original tanpa dilakukan apa-apa enhancement. Ianya kelihatan biasa sahaja. Tetapi, ciri-ciri penting pada foto mestilah cukup baik seperti subjek yang menarik, komposisi yang baik dan dedahan cahaya yang tidak terlalu teruk.
Seterusnya, saya melakukan cropping pada foto ini, iaitu menjadikannya ke dalam bentuk square format. Ini dilakukan agar subjek utama kelihatan lebih menyerlah di dalam gambar serta menjadikan keseluruhan foto lebih menarik. Saya juga menukarkan foto ini menjadi foto hitam putih agar mata kita lebih tertumpu kepada bentuk dan komposisi subjek, tanpa gangguan dari sebarang warna. Setelah itu, saya mengawal kecerahan foto (level) agar ianya tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah. Secara tidak langsung, proses ini juga mempengaruhi kawalan kontras pada gambar. Saya melakukan beberapa lagi kawalan terperinci terhadap kecerahan gambar dengan melakukan dodging dan burning. Anda boleh melihat di bahagian mana saya melakukan dodging dan burning ini seperti di dalam gambar di bawah
Proses dodging dan burning ini perlu dilakukan dengan berhati-hati dan memakan sedikit masa. Apa pun yang anda lakukan, jangan lakukan enhancement yang keterlaluan. Kalau boleh, pastikan foto yang dihasilkan masih kelihatan asli tanpa kesan ubahsuai yang berlebihan. Apapun, penilaian terhadap kecantikan sesuatu foto itu tetap menjadi sesuatu yang subjektif. Di bawah ini adalah gambar foto yang telah siap dilakukan enhancement.
100% disalin dari
http://www.fototeacher.com/blog/artikel-kreativiti/photo-enhancement/
.
Semoga semua persoalan korang terjawab..
Lain lain yang menarik
.
6 comments:
pasai tu kot aku salut abis kat orang yg pakai filem.. gambar gempak bkn pasal edit.. :)
ahowk orang islam
masih tak faham jugak ke..hahaha..org pakai filem pun edit lah...
urufoto sejak zaman penggunaan kamera analog (kamera menggunakan filem) melakukan enhancement kepada foto yang mereka rakam. Bezanya, pada ketika itu, proses enhancement ini dilakukan di dalam bilik gelap (darkroom) secara manual.
baca habis2 taw...kang tersesat lak..
Gambar yang tak di edit umpama ikan yang tak masak..
Yup, yg pakai analog edit dlm darkroom, so siapa yg ckp gambr filem tak edit tu salah sama sekali. Tengah karang entri yang sama, esok lusa publish ;p
P.s- sori terpaksa klaka melaya ;p
bro, leh dak wat tutorial ttg photoshop 5?? tringinsgt nk belajar...
Tarmizi Shukri
ehehe..sik pa bro...sak sidak faham...
saidi
adobe semua sama function..leh je jnguk tuto cs yg lain tu k..tool tetap sama
Post a Comment