Thursday, December 22, 2011

lama dah tak men Doodle _ I Love Islam Complete Way Of Life

.
Assalamualaikum...

T
engs tak payah puji dah..Wan taw doodle tu comel..hehehe..Perasan lak Wan nie..Lama dah kan Wan tak men-Doodle nie..Nasib bek Wan masih ingat langkah langkah nak men-doodle nie..Lupa lupa ingat , sampaikan berkali kali cuba tool yang berbeza .. Tapi Alhamdullillah , Wan dapat siapkan Doodle nie..Korang nak cuba buat ke??Kalau nak , korang leh tengok kat tutorial kat bawah nie.

-Melukis Doodle dan mewarna Doodle


Update setakat nie je..sesaja nak asah bakat yang tak seberapa nie.. Yang lama jangan dilupakan dan yang baru jangan dibanggakan..Tak gitu kengkawan..

I love ISLAM..you?

lain lain yang korang mesti tahu




.



Tutorial Blog atasi masalah page Redirect link ke Ripway.com

.



A
ssalamualaikum...

S
kang nie beberapa orang blogger telah mengalami perkara nie mungkin ramai..bila klik je link blog dia orang dan beberapa saat lepas tu Blog tu terus ke page Ripway..Adakah korang mengetahui permasalahan tersebut??dan tahukah cara untuk mengatasi nya...Jangan risau...Dengan ada nya Tutorial ini Blog korang akan terselamat..Eceh dan macam buat iklan lak..hehehe


Redirect blog Blogger disebabkan oleh penggunaan widget/gadget yg mengandung javascript yg memberi perintah untuk mengarah ke salah satu url ripway.com. Dalam hal ini redirect dilakukan oleh http://pagesinxt.com. Perintah itu tentunya disebabkan oleh dua kemungkinan:

1. Pemilik blog yg memasukkan widget/gadget external tertentu ke dalam blog.
2. Ada pihak lain yg secara sengaja mengubah isi blog melalui hacking/hijacking. (Semoga yg terjadi tidak demikian.




K lah korang tanpa membuang masa lagi..Wan akan kongsikan Tutorial nak atasi direct link Ripway.com nie..So jom tutorial.

Mula mula

Dashboard>Design>Edit HTML

Cari "Ripway.com" nanti korang akan jumpa macam kat bawah nie

<script ......ripway.com.............. /> atau
<script>............ripway.com..........</script>

CTRL+F untuk memudahkan pencarian


Kalau dah jumpa korang delete je terus koding yang macam kat atas tu..Preview kalau ok save


Dan ada kemungkinan widget follower yang korang guna juga mengandungi redirect link ke ripway.com tanpa korang duga..Try delete widget follower korang jika permasalahan yang sama masih terjadi..


Semoga semuanya bermanfaat...


Papai


lain lain yang korang mesti tahu

.



Wednesday, December 21, 2011

Bugs atau Google Trick yang korang tak tahu..Best syok

.


Assalamualaikum...

Hai korang kali nie wan nak share bende yang best dekat Google..bende nie dah lama..dan banyak bugs atau trick nie dah diatasi..so tinggal beberapa je lagi yang ada..Contoh macam kat atas tu..kalau korang nak tengok..

Korang google je "let it snow" dan enter so korang akan dapat lah hasil nya.



Yang kat atas tu lak "askew" atau "tilt"



Yang kat atas tu lak "Hannukah"



Yang kat atas nie lak..Berpusing pusing.."DO A BARREL ROLL"




Yang kat tas nie lak "Gravity" tapi skang korang tak leh nak cari dan dapatkan hasil kat google..tapi korang leh tenagok kat sini..

http://mrdoob.com/projects/chromeexperiments/google_gravity/



Ok tu je..

Selamat mencuba

lain lain yang korang mesti tahu

.





Blog tetap diteruskan terima kasih kalian



Hari ini,dia begitu lain dari hari yang sebelumnya. Dia begitu asing bagi ku,benar benar terasa perbezaannya. Terasakan aku berdepan dengan jasad yang lain.jauh sama skali dari yang sebelumnya. Entah,apakah yang merasuknya sehinggakan berkeadaan dan berkerenah sedemikian. Akan tetapi dirinya masih didakapi kinayah.. kehidupan yang dipaparkan seolah olah penghargaan bagi kewujudannya. Diri yang sebegitukah yang dikejar nya?.

Mendiam...

Setiap kali ruangan warkah yang ditemuinya sering kali manipulatif... Aku harap sebegitulah seharusnya... Salahkah aku berkata sedemikian kepadanya..sebelum ini pun serupa.sebelum dia mengenali dunia warkah warkah penulisan (blog),setiap yang ditemuinya juga merupakan juzuk juzuk reformasi. Kenal itu dan ini. Sedar akan kesalahan yang diperlakukannya. Sebagai peringatannnya sebelum terkena. Ada itu dan ada ini untuknya.


Dia seolah olah ingin lari dari kehidupan. 'Fade Up' dengan kehidupan. Namun apa yang kutahu,aku hanya meneka.. Sumpah aku tidak mengerti pemahaman nya,kadang kadang aku turut keliru tatkala berdialog dengan nya.... Apa itu,apa ini,haruskah begini,mengapa begini,mengapa bukan begitu,sehinggakan begitu banyak persoalan yang hampir membuatkan aku gila.hampir hampir membuatkan aku hilang sabar...hancur,retak,berderai.belum hancur.!belum jua retak,,syukur hanya sedikit rekahan pada tembok kemarahanku.
Aku mengerti,dia cuma mahu bertelagah dengan realiti dan mahu bertanya sebanyak mungkin kepada Al-Khalik selayak layaknya.

Kekadang,seharusnya dia meletakkan diri dalam setiap kondisi atau berdiri dalam situasi yang lain,cuba memahami jasad yg lain. Tapi... Itu kata mereka,bukan sama sekali aku. Bagiku,dia sudah cukup mencuba mengalami dan memahaminya.benar,sudah cukup bagiku,bukan hanya luahan retorik ku semata mata. Itukah yang memungkinkan af'al anehnya?..tidak atau mungkin memang tiada sedikit pun sangkut paut.lagi lagi kata mereka. Daerah kelompok yang berteater dipentas dunia.aku sedar,aku juga kelompok itu,berteater dipentas dunia...aku tahu,aku dan dia sentiasa mengikhtiarkan! Menyusuri denai denai,lembah lembah malah onak duri yang telah dibentangkan. Namun,satunya aku tak pernah lupa menentukan tanda tanda di sepanjang jalan yang kulewati. Supaya aku bisa kembali.. Justeru aku sentiasa bermonolog dengan alam.. Dia percaya apabila aku sangat percaya,namun sebaliknya apabila dia sangat percaya aku pula sentiasa berasa was was atas tindak tanduk nya. Hakikatnya,aku seseorang yang peragu..


Melangkah keluar..


Dia jelas sekali merungkai dunia ini dengan pancaindera hatinya,tak punya mata,tak punya telinga dan tak jua punyai mulut untuk berbicara.namun aku mendengar bicaranya,jua kamu mendengar rintihan ku. Kita sering bergomel... Entah,aku bukan seorang pemikir yang tahu segalanya. Bagaimana kau melihat tanpa mata tapi kau tahu apa yang seharusnya... Peratus kebenaran itu ada padamu.


D
ia yang selalu menemui dan merasa peritku menyatakan padaku.."Usahlah berhenti dari terus melangkah,andai kau tersungkur,berdirilah teruslah langkahmu. Kemana tuju mu,itu kau yang tentukan sendiri bukan aku,aku hanya memberi sedikit hipotesis untukmu".


Indahnya jika kehidupan ini hanya kenangan.(MemorialISme)...
Andai esok tetap bersulam,
Akan ku ukirkan pelbagai warna warni perjalanan harian ku disini dengan pelbagai rantaian senyuman..
Andai ini hari yang terakhir,
Selimutkanlah aku dengan doa kalian,
Bukan dengan pendawaian fitnah dan kata kutuk mu,
Seharusnya itu kamu dimegertikan.
Begitu jua aku pada mu.
Andainya itu kamu...


Maaf andai untuk mengertinya terlalu panjang.aku sudah bilang,hari ini dia lain dari yang lain...dia adalah aku,dia adalah jiwaku,perasaanku.itulah dia HATI dan PEMIKIRANku.


Terima kasih semua yang mmebri sokongan untuk meneruskan ruangan ini...Insya Allah Wan kan teruskan karya Wan disini...Terima kasih.


Lain lain yang menarik

.



Monday, December 19, 2011

Semakin malas nak berblog_selamat tinggal semua

.

Assalamualaikum...

Skang dah malas nak update..Nak post pun dah malas..Entah lah sama ada Blog nie akan dibiarkan bersawang selama lamanya atau akan diteruskan..Selepas nie nak selesaikan semua tempahan yang sebelum nie.banyak yang tertanguh.Maaf taw..Sesapa nak tempah template or header tu..Wan dah tutup tempahan..


Blog nie banyak bagi Wan income tambahan..Duit untuk Wan melanjutkan pelajaran...Syukur sangat..Tapi skang nie banyak perkara yang menduga..Biarlah..Semuanya Wan serahkan pada Takdir.

.



Saturday, December 17, 2011

Adakah kita semua yang berubah



Assalamualaikum..

Dulu masa dulu sering je dengar nyanyian dan sekumpulan keluarga ber shuffle di sekeliling rumah..Si ibu dengan tekun mengajar anak anak teknik ber shuffle yang betul..dari A - Z..Si ayah pula dengan lagak nya ber shuffle dihadapan anak anak, Si bujang pula dengan aksi yang lincah dihadapan si dara...Namum kini..semua nya hilang..Adakah kita semakin maju?? dimana pergi nyanyian kokokan ayam yang ber shuffle tekun mencari rezeki..Kais pagi makan pagi , kais petang makan petang..


Dunia semakin maju..teknologi semakin moden..Set sahaja bunyi kokokan ayam pada telefon...Ayam hanya untuk dimakan..Owh..Alangkah sedihnya jika si ayam membaca setiap baris baris kejam kata kata manusia...Namun itulah dasar kemanusian berperang teknologi justeru pemikiran dijajah ole minda minda yahudi..Adakah kita tahu atau kita semakin seronok dengan kemodenan.


Jari telunjuk pun berjalan, mengunjuk setiap baris baris kata Tuhan yang Esa (Al-Quran). Semuanya dibaca hati, tanpa sepatah pun bersuara. Walau anak mata bergerak rancak. Khalimah yang tercetak kadang membuat leher lenguh membengkok.


Sesampainya disuatu rangkap (bacaan ku punya pengertian 'arab ke melayu'),
sekonyong konyong cetakan itu kian berkabus.
Pandanganku berkaca kaca.
Satu persatu manik cairan menghentam helaian yang sedang terbuka.
Dengan pantas aku menggosok kelopaknya, aku meneruskan bacaan mengawal sesak didada, memaksa semua kabur pandangan tulisan ditancap mata.


~dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga: "limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang telah direzekikan Allah kepadamu", (mereka penghuni syurga) menjawab. "sesungguhnya Allah telah mengharamkan kedua duanya keatas orang kafir (Al A raaf 50)