Friday, December 30, 2011

Selamat datang 2012 dan selamat tinggal 2011

.
Sony Alpha | kitlens
ISO 100|F/4.5|BULB
Light painting with fire yang tak menjadi..C&C


Assalamualaikum...

Beberapa hari lagi kita nak berganjak ke tahun baru 2012..Banyak pengalaman , pengajaran , kisah suka , duka , cita cita dan impian kita tertinggal pada tahun nie , tahun 2011..Mungkin ada azam yang dah tertunai...dan mungkin belum..Mungkin ada impian yang dah tertunai dan mungkin belum..dan mungkin banyak kejutan pada tahun 2011..Bagaimana??apa perasaan anda??tinggalkan Tahun 2011 sebegitu saja??Saya begitu takut untuk melangkah ke tahun baru..Bagaiman pula anda..??


Itulah kehidupan bukan hanya saya namun semua kita di sini. Yang berkumpul di teratak ini...tidak akan tahu apa yang seterusnya. Kehidupan umpama kita melangkah anak tangga, kita fikirkan anak tangga itulah yang terakhir, rupa rupa nya dalam samar wujud satu anak tangga lagi, tatkala kaki melangkah melayang di udara lalu terhentak pada sesuatu yang tidak kita duga, kita berhenti seketika membiarkan diri terbiasa justeru terdiam, dalam diam ada yang tertawa malah ada yang marah...namun itulah kehidupan... Pasti ada parut kerna langkah peninggalan kita. Siapa kita,kita yang tentukan, mengapa jalan itu yang dipilih...itu pilihan kita.


Selamat tinggal 2011 dan selamat datang 2012..Semoga segala galanya berjalan dengan lancar pada tahun 2012..Amin...


lain lain yang korang mesti tahu



.




Freebies doodle akher tahun 2011

.



Assalamualaikum...

Jarang dah kan Wan nak bagi benda percuma nie..Skang nie dah sibuk sangat..Nak update entri pun dah rasa macam malas sangat..Apa yang disibukkan tu pun Wan tak tahu..hahaha..Jadi kali nie Wan nak bagi doodle percuma kat semua yang sudi memeriahkan teratak Wan nie..Sempena hujung tahun nie..Hadiah doodle nie je lah yang Wan mampu bagi..Maaf ye Doodle lelaki tak de..Tak yah buat permintaan ..sebab Wan tak hebat dalam mendoodle nie..


K lah korang..korang ambik lah mana satu yang korang suka..Dan doodle yang last sekali tu..Tanpa Warna..Korang leh lah warnakan sendiri dengan warna yang korang suka..Kalau tak tahu cara nak warnakan doodle tu..Korang leh tengok kat entri nie ..

-Melukis Doodle dan mewarna Doodle
-Wat tudung dan baju Doodle bercorak


Jom pilih Doodle




Doodle memang tak comel..Jadi pada sapa yang nak boleh ambil..

Papai


lain lain yang korang mesti tahu



.



Wednesday, December 28, 2011

Tutorial Photography : Water Drop

.

Sony alpha a350 | kitlens |flash from body
ISO 100 | f/4.5 | 1/160

Assalamualaikum...

Hai korang kali nie Wan nak ajak korang tembak gambar air jatuh lak...hahaha..Nampakkan gambar kat atas tu..tu nama nya water drop.. Nak tembak gambar macam nie tak susah dan tak senang yang penting ada kesabaran , yakin dan usaha yang gigih..kalau tak de so tak kan jadilah benda nie.. Tembak gambar macam nie bukan semua boleh dapat moment yang betul betul cantek dan karya yang betul betul hebat..So apa yang perlu ialah..tak pernah putus asa..tembak banyak banyak banyak dan tengok perhati bila masa yang sesuai kita nak menyenep button shutter tu..Bila dah taw bila saat perlu tekan shutter maka dapat lah hasil yang menarik..jangan lak korang dok kira satu satu air yang jatuh tu,.hahaha.



Tutorial hanya berkisarkan standard lens dan flash dari body..tak de toys tambahan yang lain..
Bagi membolehkan newbie macam Wan nie nak tembak drop water
Al maklumlah takde ongkos angkat tambahan lain.



So apa kata kita mulakan..macam biasa lah kan.Korang mesti ada DSLR dan setkan ISO pada kadar 100 secukup rasa .. kalau gambar masih tak terang up lagi ISO jangan lepas paras 400 tak pasal pasal noise yang muncul nanti..(noise DSLR berbeza beza so korang mesti tahu tahap yang nya k).Guna Flash dari body..On kan flash DSLR korang..Dan pasang peralatan seperti yang sedemikian.Wan guna plastik bag yang diisi air dan dipasang dibahagian atas..dan bekas yang berisi air dibawah..DSLR selari atau diatas sedikit dari permukaan air..terpulang dengan korang nak tembak gambar tu dari sudut yang korang nak.Trippod atau objek yang korang boleh dudukkan DSLR korang k.



Tebuk sedikit plastik korang tu , pastikan korang tebuk plastik tu hingga ada titisan yang besar besar jatuh dengan perlahan lahan..kalau air kuat sangat menitis tunggu apa lagi solatape je lah..hehehe.bila dah buat dan dapat titisan yang korang nak..Korang kena fokus DSLR korang betul betul dekat air yang menitis tu..Cara nak fokus ialah dengan menggunakan pen or apa apa saja dan fokus dengan autofokus dan lepas lock fokus korang tu..Korang guna lah manual fokus so fokus korang tak kan lari.


Dah sediakan semua dan setkan semua..Shutter korang letak lah yang paling cepat..Rasanya kalau guna Flash dari body shuter yang paling tinggi ialah 1/160..Tak taw lak DSLR lain..DSLR Wan 1/160 paling tinggi.Apperture lak 1/4.5 ~5.6 so cahaya banyak masuk dan fokus pada tempat yang kecil je.



Dan mulakan lah sesi menembak water drop korang..hehehe..



Selamat mencuba..Setiap yang kita buat tu pasti akan menemui kegagalan,.hanya orang yang berusaha yang akan mendapat kejayaan..Tegur Wan jika ada salah k.


lain lain yang korang mesti tahu




.



Tuesday, December 27, 2011

Photography + Doodle = Seronok...

.


Assalamulaikum...

Hai korang..Skang nie dah mula start nak mendoodle dah..Seronok lak...ditambah lagi dengan semangat Photography..Hasilnya memang best lah..hahaha..Apa orang kata kepuasan..Kepuasan tu lah yang seronok..Bila kita dapat apa yang kita nak..Memang lah tak brapa comel..Wan nie kan tak kreatif minat seni je..


S
kang Wan nak asah lagi teknik Wan mendoodle dan tembak gambar nie..Wan nak jadikan hobi nie nanti sebagai sumber pendapatan pasif Wan..Insya Allah..Amin ..Kalau ada kritikan dan pandangan untuk menambah baikkan karya Wan..Sumbang sumbangkan lah..


K lah korang..Setakat nie je lah entri Wan..Sem baru dah bermula..Mula lah sibuk dengan pembelajaran lepas nie..Terasa malas sangat nak turun kuliah...hehehe


Kecantikan itu bermula dari luar dan dalam _ Cover ur aurat (doodle)



lain lain yang korang mesti tahu




.



Kecantikan itu bermula dari luar dan dalam _ Cover ur aurat

.


Assalamualaikum...


Hai korang semua..macam mana hari nie..Hope sihatlah hendaknya..Selalunya Wan akan post tutorial dan hal yang remeh temeh je kan..Kali nie apa kata kita ambil sedikit waktu renungkan apa yang kita dah miliki..Apa yang kita dah kecapi..Adakah kita bersyukur??Dan pernah kah kita terfikir setiap dari kita diberi kebahagian tanpa pilih kasih dari Allah..Dan adakah kita semua menuruti peraturan yang Allah tetapkan..Tepuk dada tanya selera.Selalunya entri macam nie orang tak tertarik pun nak baca,.


Hari nie Wan ambik sedikit ruang dari medium Blog Wan nie..Semoga ada kebaikan yang terbit dari entri Wan nie..Wan gunakan sedikit teratak nie sebagai medium dakwah..Sama ada berkesan terkesan dihati kalian , yang tu Wan tak nak tahu..Sebaliknya Wan dah jalankan tanggung jawab Wan sebagai Umat Islam saudara Islam saling ingat mengingati.


Kadang kadang Wan terfikir "Sejauh Mana Usaha Kita Melindungi Aurat? "Adakah tudung tu sekadar fesyen..Bagi Wan berfesyen tak salah..tapi biarlah kena dengan caranya..Dulu ada topik guna rantai Owl tu haram..tahu dosa dan terus tak guna lagi..Tapi bagaimana pula dengan isu yang selebihnya??


Dan mungkin ada sesetangah dari kita yang malu untuk berubah..Berubah untuk kebaikan tak salah...Semoga perjalanan kehidupan kita dipermudahkan..Amin


"Sesetengah wanita beranggapan menutup aurat itu cukup sekadar memakai tudung serta memakai pakaian yang menutup tubuh sahaja. Sedangkan ia masih tidak memenuhi ciri-ciri yang digariskan dalam Islam iaitu memakai pakaian yang ketat, jarang dan menampakkan bentuk tubuh badan."


Bagi Wan..Wanita yang comel dan cantek adalah wanita yang menurut aurat nya.



Budak kecil bertanya: "Kenapa kakak pakai topi keledar tu?"

Jawab kakak tersebut: "Undang-undang suruh pakai Dik, kalau tak pakai nanti, takut kena saman. Lagipun untuk keselamatan dik. Kalau berlaku kemalangan kepala kita akan selamat!"
Kakak itu memberitahu lagi penuh keyakinan.

Adik itu bertanya lagi: "Kak, kenapa tak takut pun bila tak pakai tudung kepala? Kan undang-undang Allah suruh perempuan pakai tudung dan tutup aurat. Lagipun kakak tak takut ke keselamatan kepala kakak nanti di Akhirat, kena bakar kalau tak pakai tudung!"

Kakak itu tersenyum dan terpinga-pinga sambil memikirkan kata-kata budak kecil itu
Sumber : facebook


Yang baik itu datangnya dari Allah..dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan Wan sendiri.

Papai


lain lain yang korang mesti tahu




.




Monday, December 26, 2011

Pertandingan Video dan menangi RM3000!

.

Assalamualaikum...

Hai korang..Kali nie Wan nak share kat semua..Tak kisah lah korang tu minah or mat Videographer or tak..Asalkan korang ada idea dan kreatif so cepat cepat lah korang join..Bagi sesapa yang ada Vlog tu mesti dah terfikir nak wat video apa kan..Kat sini Wan sertakan hadiah yang bakal korang menangi



Sumber dari I-Film


Open to all college or university students with an interest in blogging, recording and uploading videos on YouTube or Facebook, this competition aims to assess students’ ability to promote the concepts of money management and investing for the future in a creative and entertaining manner via the peer-to-peer approach.

To participate, students must record a video on financial management or investing knowledge using any recording device in any creative, unique and entertaining manner or format such as music video, animation, short film, or public service announcement. The video must then be uploaded on YouTube and the link submitted to the SIDC. Once the entry has been approved and uploaded on the SIDC Facebook page, the video is in the running to win up to RM3,000 cash based on the highest number of “Likes” garnered and judges points given .


LinkKorang terjah dulu page tu k..Klik kat sini

Pertandingan Video (klik kanan>open in new tab)


Tengok dan selidik tema dan syarat sambil korang berfikir nak ke tak join..Wan masih berfikir lagi..ahahha..Hope ada lah dikalangan blogger or photographer/Videographer yang Wan kenal sertai nanti.


Ok tu je

Papai


lain lain yang korang mesti tahu




.



hujan tak henti henti..

.
Sony alpha a350
ISO 100 | f/5.6|1/30


Assalamualaikum..

Hari nie kat tempat Wan hujan tak henti henti dari pagi sampai malam nie , malam sampai pagi balik..Kejap lebat kejap renyai renyai..Hope tak de lah kejadian buruk yang berlaku kat sini nanti..Mungkin sekitar Sarawak hujan..Atau kat tempat korang pun hujan jugak..


Kalau air pasang pasti air akan naik rumah.Syukurlah air dah surut..Dengar dengar dua tiga hari lagi hujan lebat macam nie..Kalau macam nie lah dua tiga hari lagi alamatnya malas lah nak turun kuliah..hahaha..Kalau hujan masa malam je ok lah..kalau hujan tak henti henti tu mula lah keluarga Wan risau..

K lah korang..

Setakat nie je lah update untuk hari nie..Korang layan je gambar kat atas tu..Wan tembak gambar tu masa kat kebun hari sabtu tadi..Komen dan kritikan juga perlu.

Saya si pengguna Sony Alpha

Papai

lain lain yang korang mesti tahu




.