Tuesday, April 24, 2012

Doodle Story..Dulu suka melukis guna magic pen_ingat lagi??

.



Assalamualaikum...


Hai korang..hari nie sepanjang pagi dan petang kawasan tempat Wan mengalami masalah internet..Jadi dalam masa tu terfikir pulak masa budak budak ..Masa budak budak dulu suka sangat lukis kartun yang kita minat..Macam Wan..Wan suka lukis Dragon Ball..Son Goku..Tak kisah lah kan lukisan nie buruk tapi dah minat mesti nak lukis..masa cikgu mengajar pun lukis..kat rumah pun lukis jugak.Belajar menulis pun lukis..semua nak lukis Son goku nie..ahhahah


 



Ingat lagi tak korang "magic pen" yang warna macam marker tu..


Dulu gemar sangat melukis guna nie..sampai kering mata pen tu sebab dah habis ink..hahaha...


Jadi kalau korang semua ada pengalaman dan pendapat mari kongsikan kat ruangan komen bawah nie..
Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan ..senang je klik nie.Satu je taw.Klik biar iklhas.


i-Punya Volkswagen Golf TSI!
Oh My English!
(klik kanan > open new tab)

Atau klik button Donate..


Papai



.





Monday, April 23, 2012

Doodle Story...Kecelaruan Maklumat..Mat Luthfi

.


 

Asssalamualaikum..



Bertemu lagi untuk hari nie..Alhamdullillah masih dipanjangkan umur..Harap korang semua sihat..hari nie tak de entri sedih sedih k..hari nie nak senyum dan berfikir sejenak..Owh ye terima kasih sangat sangat pada mereka yang mendoakan Wan dalam entri sebelum nie , Itulah kehidupan..realiti kehidupan Wan..


http://wanhazel.blogspot.com/2012/04/blog-post.html..






Jadi hari nie kita nak bercakap pasal Mat Luthfi lak..Ada ke wat Vlog mempermainkan Ustaz...






Percaya tak??


Kalau percaya sebarkan k..


 


Begitulah Masyarakat sekarang nie..Tak yah korang nak tegakkan benang yang basah..Sebab kebanyakkan masyarakat dalam facebook dan blog dan laman sosial lain akan menyalin maklumat yang belum tentu betul..Kalau kat Muka buku ada button share..kan pencicit (twitter twitter) akan copy dan share..kat blog sama jugak..korang akan copy..Mohon share konon nye..padahal korang belum mengkaji lagi sama ada maklumat tu betul atau tak..Kekdang korang memandai mandai lak tambah tajuk yang bukan bukan..




Sebenarnya Wan pun kekadang terlepas pandang jugak..Ada jugak khilaf Wan.."maafkan saya" kalau ada maklumat yang salah disebarkan..Sebab tu Wan jarang nak berkelompok dengan muka buku dan like atau share mana mana maklumat yang entah datang dari mana.Kalu tak kerana Video Matt Luthfi ni mesti wan sampai sekarang tak sedar semua tu..



Dan satu lagi pesanan Wan..jangan mudah percaya dengan kata kata dan apa apa yg ada kat dalam facebook tu sebab Fitnah Dajjal sekarang nie semakin banyak..Minta dijauhkan dari semua tu..“Sejak penciptaan Adam sampai ke hari kiamat tidak ada suatu makhluk yang lebih dahsyat fitnahnya dari dajal.” (Riwayat Muslim No 7582)


“Ya Allah ku pohon perlindungan dari azab api neraka dan azab kubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah Al-Masih Al-Dajal. Ya Allah, ku pohon perlindungan dari dosa dan hutang. (Ya Allah aku sudah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar dan tidaklah dapat mengampunkan aku melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan daripada-Mu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang). (HR al-Bukhari No 832 ,834, 6326, 7387, 7388 dan Muslim No 589, 2705).


Jadi kalau korang semua ada pengalaman dan pendapat mari kongsikan kat ruangan komen bawah nie..
Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan ..senang je klik nie.Satu je taw.Klik biar iklhas.


i-Punya Volkswagen Golf TSI!
Oh My English!
(klik kanan > open new tab)

Atau klik button Donate..


Papai



.





Sunday, April 22, 2012

Harga sebuah kehidupan.Saya lahir dalam kehidupan yang serba kekurangan

.


Halwa telinga nak dengar tekan Play




Assalamualaikum...


Kalau masa dulu dulu memang selalu berangan nak jadi artis.. nak sangat orang kenal..nak sangat orang tahu siapa diri nie..Dan nak sangat jadi anak orang yang serba serbi sempurna..Warkah nie dikarang bukan nak simpati dan bukan nak semua membelek latar biodata kehidupan saya.Tapi sekadar berkongsi kisah untuk dijadikan motivasi (Insya Allah).


Saya dilahirkan dalam keluarga yang miskin.Kehidupan sekolah rendah masa tu memang menyeksakan. Menjadi seorang anak yang tahu erti kehidupan memang susah..Perit payah abah dan emak mencari rezeki digalas bersama oleh seorang anak yang masih mentah akan kehidupan.Bekerja dengan abah menjadi buruh  sejak darjah lima sabtu dan ahad termasuk cuti sekolah, Berat sangat tanggungjawab menjadi seorang anak masa tu..Pagi pagi semasa turun ke sekolah emak dah bekalkan se-plastik nasi lemak untuk dijual disekolah..


Apatah lagi masa darjah tiga (1997)..masa tu masih budak budak ..Kat belakang kampung ada pembangunan kilang (K.I.G) kat situlah saya ,emak dan kakak pergi menjual kuih, air dan banyak lagi..Sesapa yang pernah melalui zaman seperti nie.Pasti merasa apa yang saya rasa..



Kekadang cemburu dengan rakan rakan sekolah berbekalkan duit yang berkoyan koyan.Pergi kantin sekolah beli makanan lazat lazat , saya hanya sekadar dapat melihat. Kalau ada yang sudi menghulur sedikit makanan , Syukur teramat .Ya Allah Kau murahkanlah rezeki mereka...Tahap kemiskinan keluarga masa tu susah nak digambarkan.Saya bersekolah dengan pakaian yang kusam , suram tidak lagi putih tapi sudah berconteng kuning dan dakwat dakwat persekitaran , songkok yang hampir reput penyek dimamah usia tetap melekat dikepala.


Bila mana anak anak yang lain bermain dengan barang permainan , saya pula hanya bermain dengan tanah , kayu dan batu .


Cara hidup yang sederhana nie saya bawa terus ke alam persekolahan  menengah. Masih dengan songkok penyek . Masa sekolah menengah nie banyak ujian dari Allah.Sekolah jauh , Tambang rm0.50 masa tu memang tinggi sangat nilai nya pergi balik RM1.00 , ke sekolah hanya berbekalkan air kosong tu pun guna botol mineral kosong yang orang dah buang kat tepi jalan..Hina ke?Wang belanja sekolah..Erm...Syurgalah dunia jika ada..


Kalau ada rakan rakan nak bagi upah buat sesuatu tu mesti nak sangat.Nak cari duit untuk emak.RM1.00 pun dah cukup. Pernah jugak rakan rakan membuat satu cabaran.Makan pemadan , makan daun pokok begetah..Demi sejumlah wang saya sanggup.Adakah semua ini hina?? Sampaikan suatu masa..saya dinilai sebagai Mata Duitan..Anak orang kaya apa dia tahu tentang wang..Mata duitan atau terlalu perlukan Wang..Mereka tak ambik kisah semua tu..Sindiran sebegitu saya simpan dalam dalam..Sedih teramat sedih..Dasar kesedihan yang paling hina.Namun semua nya dibalas dengan senyuman..Mereka tahu apa???Dan adik adik semua tahu apa deritanya seorang abang..Saya masih menangis jika terkenang saat ini.


kami orang susah, hidup seperti najis, ditolak tolak,kalian pekup hidung melihat kami

Maaf rakan rakan.Saya bukan anak dara yang duduk dirumah.Saya seorang lelaki ..kenapa nilai saya sebegitu??..Bukan saya tak boleh ikuti aktiviti aktiviti kalian..Dan bukan nya saya kedekut nak hulurkan sejumlah wang..Selami rasa kemiskinan baru kalian mengerti..Jangan bersangka buruk..Dan saya bukan jenis yang berlagak. Miskin tetap miskin , jangan berlagak kaya..Rakan rakan sekalian saya memang maksudkannya cukuplah kalian pandang serong saya dimasa itu..Saya sudah maafkan..


Tatkala rakan rakan berkejaran dengan friendster laman sosial masa tu , saya hanya mendengar dengan hati yang penuh duka dibalut cemburu.Kekadang merintih akan keadaan keluarga yang serba kekurangan.Sumpah , Saya begitu kuno ketika itu..seorang manusia yang ketinggalan..


Semuanya mengajar saya erti kehidupan..Cara nak selamat dalam kehidupan , cara nak teruskan kehidupan.Orang yang terus senang apa tahunya?? 


Dan lihatlah sekarang..Dimana saya..Apa pencapaian saya..Selagi kita berusaha selagi itulah kejayaan milik kita.Dulu kalian ketawakan saya dan hari ini saya berdoa untuk kalin agar kita sama sama berjaya didunia dan diakhirat klak.


Saya merangkak , mula berjalan dan terus berjalan..Bagaimana ingin saya berlari jika saya tak berdaya mendukung semua..Bagaimana saya ingin berdiri jika hati saya terus mati..Alhamdullillah..Berkat keredhaan abah dan emak selama ini memberi sinar kejayaan..Namun saya masih dengan cara yang lama terbiasa sudah menjadi lumrah. Dan syukur saya mampu menjadi seperti skarang dan membanggakan semua.


Hingga sekarang saya tetap hidup dalam dunia yang ringkas..Jika hari ini cahaya itu tak kelihatan..Jangan berhenti..teruskan..Kerna cahaya itu terlindung disebalik selekoh...

Bagi yang mengalami nasib yang sama seperti saya..jangan pernah mengeluh.jangan pertikaikan keadaan,.Cuba usaha untuk berubah.Insya Allah kejayaan pasti digenggam.Dan bagi yang tak pernah merasa kesusahan ingatlah pasti akan datang lima perkara sebelum lima perkara. Kalau derita itu bisa dikongsi pasti semua kan mengerti Sayang , namun perkongsian itu hanya retorik semata mata..

Adik , abang menangis jika adik tak sehebat abang.


Asalkan, saat terpetiknya kenangan lampau, 
istighfarku dibalut syahdu yang mencengkam. 
Pipiku dihujan permata yang mahal. 
Khusyukku pada Dia moga mencapai tangga yang meloncatkan. 
Dahiku biar kejung, legam, mencium sahabatnya, sejadah. 
Tanganku bersalam teman yang sering mengingatkan.



Jika kita mahu mengubah isi dunia maka ubahlah diri . Lihat...Allah tu Maha Segalanya..
Hargailah apa yang anda miliki...Lihat..Adakah saya seperti apa yang saya fikirkan suatu masa
 dulu???Adakah saya dikenali?


Jikalah setiap patah penulisan saya dijadikan manfaat.Jikalah setiap inci ukiran saya bisa mengukir senyuman diwajah kalian , itu adalah yang terbaik buat saya..Alhamdullillah , apa yang saya cuba sampaikan menusuk ke hati kalian untuk kalian guna sebagai titian hidup.Saya bukan mahu dikenali , bukan mahukan pengikut yang mencecah ribuan , bukan mahu disanjungi dan bukan mahu disebar sebarkan dengan nama dan pencapaian yang sekecil debu ini.Kerna saya bimbang timbul rasa riak dan hilang rasa rendah diri dalam hati yang penuh hasutan nafsu..


Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya : Jadilah, lalu jadilah ia


Dan saya bukan ahli politik mahu berkempen menghebahkan setiap sisi diriku yang maha hina disisi ALLAH..Cukuplah sekadar apa yang ada..Inilah batas batas kehidupan yang saya lalui..

Semoga menjadi sebuah pengajaran dan dorongan.Ini realiti kehidupan kita harus terima..



Amin.


.





Saturday, April 21, 2012

Doodle story..Simsimi

.



Assalamualaikum.


Hai korang..hehehe..Sebentar tadi Wan ada update pasal Simsimi nie jugak..Kalu korang nak tengok leh tengok entri nie k..

http://wanhazel.blogspot.com/2012/04/simsismi-pandai-cakap-sarawak-lama-lama.html





 

 






Simsimi nie kadang kadang best jugak nak layan..tapi kadang kadang Simsimi kuat mencarut..Nie semua budak budak yang tak betul punya kerja..Siap buat jawapan yang pelik pelik..Sebab tu kalau kita layan Simsimi nie ada jawapan yang tak best..jawapan 18sx pun ada..Hairan kan manusia nie..Benda yang elok dibuat tak elok..


 Owh ye kalau korang nak background Simsimi nie..Korang jenguk entri nie k..



Jadi kalau korang semua ada pengalaman dan pendapat mari kongsikan kat ruangan komen bawah nie..

Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan ..senang je klik nie.Satu je taw.Klik biar iklhas.

http://my.churpchurp.com/wanhazel/share/PoloSedan
http://my.churpchurp.com/wanhazel/share/SamsungAud
(klik kanan > open new tab)

Atau klik button Donate..


Papai



.
 




Simsimi pandai cakap Sarawak lama lama makin bengang

.





Assalamualaikum...

Hai korang....Awal pagi nie Wan borak borak ngan Simsimi..Nak cubalahkan borak borak dengan binatang kiut nie.. Wan siap ajar dia cakap sarawak lagi tu..hahaha..sebab tu leh dapat cakap sarawak dengan dia..Seronok jugak..Sapa nak try leh g kat sini..


http://www.simsimi.com/




lawak lak..Sapa nak ajar Simsimi jawab apa..Korang leh tekan kat icon "?" tu..



Dalam gambar tu Wan yang setkan apa yang Simsimi perlu jawab kalau soalan tu ditanya.Lama lama Wan makin boring sangat sangat layan bende nie..Bab kekadang jawapan yang ditanya tu mencarut..ada segelintir budak budak yang setkan Simsimi comel nie jawab macam tu..karut karut..Makin lama makin bengang...Last last Wan close je.


Kalau masa boring boring boleh lah borak ngan Simsimi nie..

Jadi kalau korang semua ada pengalaman dan pendapat mari kongsikan kat ruangan komen bawah nie..

Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan ..senang je klik nie.Satu je taw.Klik biar iklhas.

http://my.churpchurp.com/wanhazel/share/PoloSedan
http://my.churpchurp.com/wanhazel/share/SamsungAud
(klik kanan > open new tab)

Atau klik button Donate..


Papai



.








Freebies Simsimi Background blog

.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBcB_nIAPmfbEFNsHctbkwxe5_pFUw-aF7mINJ5pB3AP1fAIVObmj-AEWwbolSG-gcCHBWHlcJllEWVdI9btRtW3yw9uzCejgfWh_1JixvUJq09PA4JNYBWYh0YSbwupcfHGbeZPVs2Nc/s1600/Freebies+simsimi+background.png


Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan ..senang je klik nie.Satu je taw.Klik biar iklhas.

http://my.churpchurp.com/wanhazel/share/PoloSedan
http://my.churpchurp.com/wanhazel/share/SamsungAud
(klik kanan > open new tab)

Atau klik button Donate..


Papai



.








Friday, April 20, 2012

Perbezaan antara makna Pasrah dan Redha

.



Assalamualaikum...

Redha berasal dari kata radhiya-yardha yang bererti menerima suatu perkara dengan lapang dada tanpa merasa kecewa ataupun tertekan. Sedangkan menurut istilah, redha berkaitan dengan perkara keimanan yang terbahagi kepada dua iaitu, redha Allah kepada hamba-Nya dan redha hamba kepada Allah (Al-Mausu’ah Al-Islamiyyah Al-’Ammah: 698). Ini sebagaimana diisyaratkan Allah dalam firman-Nya, ”Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya.” (QS 98: 8).


Redha Allah kepada hamba-Nya adalah berupa tambahan kenikmatan, pahala, dan ditinggikan derajat kemuliaannya. Sedangkan redha seorang hamba kepada Allah mempunyai erti menerima dengan sepenuh hati dan ketetapan dari Allah. Menerima aturan Allah ialah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya. Adapun menerima ketetapannya adalah dengan cara bersyukur ketika mendapatkan nikmat dan bersabar ketika ditimpa musibah.


Dari definisi redha tersebut terkandung isyarat bahawa redha bukan bererti menerima begitu saja segala hal yang menimpa kita tanpa ada usaha sedikit pun untuk mengubahnya. Redha tidak sama dengan pasrah. Ketika sesuatu yang tidak diinginkan datang menimpa, kita dituntut untuk redha. Dalam pengertian kita meyakini bahwa apa yang telah menimpa kita itu adalah takdir yang telah Allah tetapkan, namun kita tetap dituntut untuk berusaha. Allah berfirman, ”Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (QS 13: 11).


Hal ini bererti redha menuntut adanya usaha yang aktif. Berbeza dengan sikap pasrah yang menerima kenyataan begitu saja tanpa ada usaha untuk mengubahnya. Walaupun di dalam redha terdapat makna yang hampir sama dengan pasrah iaitu menerima dengan lapang dada suatu perkara, namun di sana di tuntut adanya usaha untuk mencapai suatu target yang diinginkan atau mengubah kondisi yang ada sekiranya itu perkara yang pahit. Kerana redha terhadap aturan Allah seperti perintah mengeluarkan zakat, misalnya, bukan bererti hanya mengakui itu adalah aturan Allah melainkan di sertai dengan usaha untuk menunaikannya.


Begitu juga redha terhadap takdir Allah yang buruk seperti sakit adalah dengan berusaha mencari takdir Allah yang lain, iaitu berubat. Seperti yang dilakukan Khalifah Umar bin Khathab ketika ia lari mencari tempat berteduh dari hujan lebat yang turun ketika itu. Ia ditanya, ”Mengapa engkau lari dari takdir Allah, wahai Umar?” Umar menjawab, ”Saya lari dari takdir Allah yang satu ke takdir Allah yang lain.”

Dengan demikian, timbullah perbezaan antara makna redha dan pasrah, yang kebanyakan orang belum mengetahuinya. Dan itu boleh mengakibatkan salah persepsi mahupun aplikasi terhadap makna ayat-ayat yang memerintahkan untuk bersikap redha terhadap segala yang Allah tetapkan. Dengan kata lain pasrah akan melahirkan sikap fatalisme. Sedangkan redha justeru mengajak orang untuk optimistis. Wallahu a’lam.

----------
Sumber: Republika - Jumat, 18 Maret 2005




Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan ..senang je klik nie.Satu je taw.Klik biar iklhas.

http://my.churpchurp.com/wanhazel/share/PoloSedan
http://my.churpchurp.com/wanhazel/share/SamsungAud
(klik kanan > open new tab)

Atau klik button Donate..


Papai




.



Update koding Ads Nuffnang_percepatkan load blog

.



Assalamualaikum...

Korang semua dah tukar koding Adss Nuffnang korang??Nie bagi yang mendaftar sebelum 19 April 2012 k..bagi yang mendaftar selepas tarikh nie tak yah tukar lah bab Korang akan dapat koding Ads yang terbaru..

Nie Email yang Wan dapat dari Nuffnang..


Dear Nuffnanger,

We at Nuffnang are always looking to make your blogging experience smooth, flawless and of course much much better. ;)

With the constant need to be better, we are launching brand new Ad Codes! These new Ad Codes are optimized to load without affecting the rest of your blog’s content to load. You can find these new codes at the Add Ad page in the blogger area at http://www.nuffnang.com.my/blogger/add-ads/.

The existing Ad Codes will be functioning as per usual but we do advise all bloggers to change to these new codes.

If you ever need any help from any of us, please feel free to use our Nuffnang Help Desk and we will be responding to your issues quicker and more effectively than ever.

Thank you so much for your cooperation! :)

Cheers,
Community Relations,
Nuffnang Sdn. Bhd.

Nuffnang - Asia Pacific's First Blog Advertising Community



Jadi apa tunggu lagi..Korang log in Acc Nuffnang korang..Dan tukarlah koding Ads yang lama kepada yang baru k..


Dengan nie Load blog korang mungkin akan kurang dan lebih cepat ..Selalunya Ads Nuffnang nie lah yang menyebabkan Load blog ambik masa yang lama..Pernah suatu masa dulu memang tak leh nak bukak page..Jadi diharap dengan koding baru nie..Semua blog jadi lebih cepat..


Tengs Nuffnang



Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan ..senang je klik nie.Satu je taw.Klik biar iklhas.

http://my.churpchurp.com/wanhazel/share/PoloSedan
http://my.churpchurp.com/wanhazel/share/SamsungAud
(klik kanan > open new tab)

Atau klik button Donate..


Papai




.



Thursday, April 19, 2012

Tutorial gambar keluar dari frame_out of bounds effect (Adobe Photoshop)

.





Assalamualaikum..

H
ai korang...kali nie Wan nak wat Tutorial gambar keluar dari frame..Hentam je lah tajuk nie..Dulu Wan pernah wat satu tutorial yang macam nie tapi ada sedikit kelainan sebab guna frame yang banyak..Korang leh rujuk kat sini k..

-Gambar berkeping (gambar keluar dari frame)


Kalau korang nak..

Jom Tutorial


Mula mula korang open gambar yang korang nak guna..pastikan gambar tu sesuailah kan..Kalau tak sesuai tak leh jugak..




Dah open..Korang tekan kat keyboard korang CTRL+A dan CTRL+C ...




Selesai ..Korang buat lak new file..macam dalam gambar kat bawah nie..



Korang kena pastikan background korang Transparent k..Yang width and height tu korang tak yah ubah..Bab tu size gambar korang.



Dan OK..nanti dapatlah new file macam dalam gambar kat bawah nie..




Dan lepas tu korang tekan lak CTRL+V untuk paste gambar korang tadi kat dalam new file tu..Gambar lama korang close je k.




Lepas tu korang duplicate kan gambar korang..Tekan keyboard korang CTRL+J.nanti dapatlah hasil macam dalam gambar kat bawah nie..




Dah dapat macam dalam gambar tu??kalau dah korang kena tutup mata kat layer bawah tu..Macam dalam gambar kat bawah nie..




Kalau dah..korang kena pastikan korang select kat layer atas.Dan korang buatlah selection pada gambar korang..kira nak potong gambarlah..Wan guna magnetic lasso tool..macam dalam gambar kat bawah nie k..Lain lain cara select gambar korang leh tengok tutorial nie k..

-Macam mana nak Select objek




Bila dah siap select bahagian badan yang nak dipotong tu..Korang tekan lak CTRL+SHIFT+I untuk inverse bahagian yang korang nak potong..




Nanti dapatlah hasil macam kat bawah nie..



Dan lepas tu korang tekan CTRL+X untuk buang bahgian yang tak berkenaan dan nanti korang akan dapat hasil macam kat bawah nie..




Selesai tu korang bukak balik mata yang korang tutup tadi..Dan select layer bawah tu k.




Lepas tu korang pilih tool segi empat macam dalam gambar kat bawah nie..Yang segi empat k..kalau tak de korang tekan kanan dan pilih..Dan korang buatlah petak macam dalam gambar kat bawah nie..




Dan lepas tu korang klik kanan dan pilih free transform path macam dalam gambar kat bawah nie.



Dan lepas tu korang tekan kanan lagi dan pilih Wrap..macam dalam gambar kat bawah nie.




Dan korang bentukkan lah petak tadi..




Bila dah puas hati dengan bentuk yang korang wat..Dah ok dah..korang tekan kanan lagi dan pilih make selection..macam dalam gambar kat bawah nie..




Nanti akan muncul pop up.Ekot macam dalam gambar kat bawah nie k..Dan ok




Nanti korang akan dapat hasil yang macam nie..




Dan lepas tu korang tekan CTRL+SHIFT+I..




Dan tekan lak CTRL+X untuk potong gambar yang tak berkenaan..Dan dapatlah hasil macam dalam gambar kat bawah nie.




Selesai tu..Korang tekan kanan pada layer bawah tu..Dekat anak panah macam dalam gambar kat bawah nie k..



D
an nanti akan muncul pop up macam kat bawah nie..Korang pilihlah blending options





Dan nanti akan muncul pop up macam kat bawah nie..Korang tick dan select pada kotak stroke..Korang adjust lah bahagian pada anak panah yang Wan tandakan dalam gambar kat bawah nie.Cuba dan jaya k.




Lepas tu korang beralihlah pulak ke Drop Shdow.




Bila korang dah puas hati..Korang save dan selesai...


Senangkan..

Selamat mencuba..


Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan ..senang je klik nie.Satu je taw.Klik biar iklhas.

http://my.churpchurp.com/wanhazel/share/PoloSedan
http://my.churpchurp.com/wanhazel/share/SamsungAud
(klik kanan > open new tab)

Atau klik button Donate..


Link
Papai


.