Thursday, May 31, 2012

Churp Churp dah Nuffnang dah kini SAYS.my lak

.




Assalamualaikum...


Kali nie Wan berjinak lak dengan SAYS.my nie..Kali nie nak mencuba nasib lak untuk SAYS nie..Orang kata income nya "PERGH"..ehehe..So sambil berblog dan sambil online Wan cubalah jugak..Kalau korang nak cuba ... Jom Wan ajar korang.. Tak salah mencubakan..Lagipun senang je..Kalau ada facebook tu korang leh lah join..Nak dapat income tu senang je share iklan dan klik..per klik RM0.20 sama jugak macam Churp Churp .



Wan baru je daftar pada 30/05/2012 dalam jam 11.30PM 3 jam sebelum entri nie ditaip dan dah dapat hasil banyak nie..Jadi memang pergh..Like sangat sangat.3 jam je dah dapat hasil banyak tu,,bayangkan lah.

Jadi kalau korang teringin nak cuba..Apa kata kita cuba sama sama..Wan pun baru daftar jugak..

Mula mula korang pergilah ke page SAYS kalau tak taw link nie wan kasi..


---------kat bawah nie Tutorial dari http://www.fizgraphic.com/2012/01/tutorial-blog-cara-mudah-daftar-saysmy.html

1. Masuk dulu website Says nie kat SAYS.my
2. korang click Create new account cam contoh kt bawah nie

3. Then Log In Facebook korang ye. Email ngn password facebook.

4. Kuar pop up kan? Then korang jer Allow jer taw..

5. Then korang kena creating your account. Ini penting taw. Korang masukkan username kat ruang yg diorang nak tue. pilih la username dan masukkan email korang!

6. lepas tekan Submit tadi, korang terus jer Done cam bawah nie..

7. Ha dah siap Daftar dah! dah masuk ke account korang tue. Sekarang nie korang tekan Social Recommendations untuk share iklan korang!

8. Pastue akan kuar lah iklan2 korang kena share tue. tekan iklan tue.

9. Korang scrol ke bawah, then tekan Generate my unique URL

10. Then korang copy lah code tue. Share lah kat facebook ke, twitter ke, blog ke..senang jer kan..paham kan?

11. kan dah siap. sambil online sambil buat duit kan. SIAP!
SELAMAT MENCUBA!



-------------


Ok selesai..Korang try lah k..


Kalau entri kali nie berguna like dan klik lah button Donate..terima kasih


 P/S: jangan bazirkan masa online anda..Kenapa tak mencuba ..Tak bayar pun.

--Testing SAYS.my Wan klik jika sudi-------- http://bit.ly/12NyO8E




.




Wednesday, May 30, 2012

Doodle story..Makanan segera

.



Assalamualaikum..


Hiraukan lukisan yang comot k.Akibat malas melanda jadi macam tu lah jadinya..Menjak menjak nie memang dah malas tak taw lah kenapa..Malas menulis malas mendesign malas dan malas..entahlah penyakit M nie suah sanagt nak kikis..


K lah korang kita beraleh ke tajuk utama..Makanan segera mesti semua pernah makan..Makanan segera nie . Lebih lebih lagi orang yang macam Wan nie. Kalau dah lambat atau tergesa gesa sangat maknanya menu segeralah akan disajikan..Semua tahu kan keburukan makanan segera nie tapi tetap ada yang nak makan jugak..Makan tu boleh tapi biar berpada pada..Bukan takat makanan , minuman pun sama taw..





makanan segera mengandungi kandungan lemak trans-fats, gula, garam dan bahan kimia yang tinggi serta bahan pengawet yang berbahaya. 
Ia juga dikategorikan sebagai ‘sampah’ dan mengancam kesihatan terutamanya kanak-kanak.
(Sampah dimaksudkan ialah benda yang tidak berguna. Ini kerana, keburukan makanan segera mengatasi kebaikannya sendiri.)



Apa kata lepas nie kita kurangkan makan makanan segera nie.Dan bagaimana nak elakkan diri kita makan makanan segera nie..Lebih lebih lagi sekarang nie banyak makanan segera dikeluarkan dan ramai diantara kita begitu sibuk dengan kegiatan harian..nak tak nak makan jugaklah makanan segera nie..

Jika korang ada pendapat atau cadangan sila nyatakan diruangan komen


P/S : Berusaha menyiapkan cerpen..Mood tetap malas..





.




Cashout Nuffnang dan Churp Churp bulan MEI

.


 Churp Churp

Nuffnang

Assalamualaikum...

Tak lama lagi nak puasa jadi kali nie Wan cashout pendapatan Blog Wan untuk bulan MEI..Dan bermulalah kembali dari RM0.00 untuk bulan JUN.. RM562.57 + RM 344.96 = RM907.53 . Alhamdullillah dan terima kasih kat korang semua yang sentiasa menyokong.


Firman Allah SWT :
 
أَمَّنْ هَٰذَا الَّذِي يَرْزُقُكُمْ إِنْ أَمْسَكَ رِزْقَهُ ۚ
"Siapakah yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya" 
(Surah Al-Mulk, ayat 21).


Berapa tahun dah Wan setia dengan Nuffnang dan Churp Churp nie memang tak mengecewakan..Syukur sangat.Kalau korang tanya kat Wan antara Churp Churp dan Nuffnang yang mana satu yang terbaik ..Wan akan jawab kedua dua nya terbaik..Dan kedua dua boleh bagi rezeki kat korang semua..Erm..Churp Churp cepat dapat income sebab bergantung dengan klik dan usaha korang.Kalau nak tahu atau nak daftar kat Churp Churp korang tengok page nie.




Firman Allah SWT :

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا
"......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" 
(Surah Hud, ayat 6).


Kesempatan nie Wan nak kongsi Amalan dimurahkan rezeki kat korang..Sekurang kurangnya ada yang kita boleh lakukan.

1. Menyempatkan diri beribadah
2. Memperbanyak istighfar
3. Tinggalkan perbuatan dosa
4. Sentiasa ingat Allah
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
7. Tunaikan hajat orang lain
8. Banyak berselawat
9. Buat kebajikan banyak-banyak
10. Berpagi-pagi(memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh)
11. Menjalin silaturrahim
12. Melazimi kekal berwuduk
13. Bersedekah
14. Melazimi solat malam (tahajud)
15. Melazimi solat Dhuha
16. Bersyukur kepada Allah
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
18. Berdoa
19. Berikhtiar sehabisnya
20. Bertawakal



P/S: Bergembiralah dengan kejayan yang lain.

Belakangan nie tak de Idea nak menulis..


Papai


.







Sunday, May 27, 2012

Kenapa lama tak update

.



Assalamualaikum...


Hai korang...Beberapa hari nie tak leh nak online lansung , gara gara kecurian kabel telefon kat kawasan Wan nie..Dalam 4 hari dah kan Wan tak update nie..Lama jugak lah bagi Wan..Bersawang dah Blog Wan nie..Nama pun laman sesawang..ahahha..Skang semua dah taw kan kenaa Wan lama tak online??peace




Lagu kat atas tu lagu yang Wan layan setiap hari masa ketiadaan internet nie..Tengah main game pun layan lagu nie jugak..Lagu nie best sangat , mungkin sebab melodi kot..Nak kata faham memang tak ah..KE sesapa yang taw maksud lagu nie?hehehe..










Kat atas tu print skrin yang Wan wat untuk mukabuku dan blog Wan..mesej mesej korang kat muka buku Wan reply dah..Komen korang kat blog lak Wan dah app dah , ada sesetengah Wan dah reply dan ada yang tak dan ada yang Wan reply sekali semua..Maaf tak leh lak nak reply satu satu..


Skang sibuk nak siapkan tempahan dan pasang template semua..


k lah korang..

setakat nie je lah untuk update kali nie


Terima kasih bagi yang tetap sudi jenguk Blog Wan.

P/S:Owh ye..Kalau ada apa apa yang Wan etrlepas kasi taw ye..Atau ada yang Wan terlupa..


Papai..



.




Tuesday, May 22, 2012

Dari lensaku : Dunia Macro

.



Assalamualaikum

Hari nie mari kita lihat keunikan dunia serangga kecil..Ciptaan ALLAH..Yang kat atas tu adalah Tool untuk Wan rakam gambar gambar kat bawah nie..Sony alpha a55 | Reverse ring | DIY diffuser
















Ok tu je sebahagian dari gambar gambar macro Wan..

Unikkan ciptaan ALLAH..Dan indahkan dunia nie..Gambar diatas adalah gambar serangga yang korang selalu jumpa dan mungkin tak pernah tengok akibat terlalu kecil..



Jika ada sebarang pertanyaan boleh nyatakan diruangan komen..Insya Allah pertanyaan anda akan dibalas..


Kalau suka entri kali nie klik like/share atau klik link iklan churp churp dibawah  ..hanya bagi yang sudi dan iklhas.Pilih satu.





Papai



.
.







Monday, May 21, 2012

Doodle Story_Tutorial tudung Bawal

.

 
Assalamualaikum..

Hai korang..kali nie "Doodle Story" nak ajar korang Tutorial Tudung Bawal lak. Tetiba lak kan Wan wat Tutorial Tudung nie lak..Hahahaha..Buat nie bukan bermaksud Wan nak guna tudung..Wan tetap lelaki lah.hehehe..Kalau boleh..tak banyak ,sikit pun jadi lah untuk korang mencuba..Sesapa yang dah bertudung tu Alhamdullillah..Sesapa yang belum tu..Korang tengok doodle nie comel tak??macam tu lah kalau korang bertudung.peace.



 Korang tengok je lah Doodle tu buat tutorial k.hehehe.Sambil tu Wan cerita cerita sikit.






Kalau tak berapa jeles tu..Korang klik je kat gambar tu untuk besarkan gambar.




Kalau ditanya kat Wan mengenai fesyen tudung nie..Wan kekadang pun naik rimas jugak bila tengok tudung dengan fesyen fesyen skang nie..Dan bagi Wan tak salah berfesyen tapi korang kene tahu  jugak apa yang tak boleh dan apa yang boleh.dan kene ingat Niat korang bertudung tu..Bertudung kerna Agama dan Allah jangan bertudung sebab nak pikat crush korang..ehehe.


Wan lebih suka kalau perempuan guna Tudung Bawal..Sebab tudung bawal nie cantek..Tak macam Shawl..Owh ye..Korang pun kene tahu apa fesyen tudung yang korang sesuai guna..jangan terpengaruh sangat dengan fesyen fesyen skang..Bukan nak berlagak pandai bab fesyen nie.. Cuma nak bagi pandangan je.Hot mana pun fesyen tudung tu kalau muka tak cun guna fesyen tu..Maka tak comel jugak..Jadi..faham faham lah kan..betulkan dulu niat tu..nak bertudung ke nak berfesyen..


Yang penting aurat terjaga..Tudung yang menutupi bahagian Dada..

P/S:Lelaki mana tak nak isteri yang menjaga auratnya??betul tak..? 
Sila komen jika mempunyai pendapat dan kritikan .


Kalau suka entri kali nie klik like/share atau klik link iklan churp churp dibawah  ..hanya bagi yang sudi dan iklhas.Pilih satu.





Papai



.





Download Adobe Photoshop CS6

.



Assalamualaikum..


Hai korang..Kali nie Wan nak kongsi Adobe Photoshop CS6 lak...Jadi sesapa nak boleh je download...Kalau korang nak..Korang download lah k..

Page 4shared.. Skang nie 4shared dah update..Kemungkinan korang kene sign in untuk download..Korang sign in guna acc muka buku korang je..Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..Dan kalau korang tak leh download atau kalau korang alami file corrupt tu..Tu ada masalah dengan line korang..


Jom Download (klik link dibawah)

Download (CS6): DF - UL


Kalau korang tak taw camne nak download..Korang rujuk entri nie k..Cara sama je..

-Download Adobe Photoshop Lightroom v3.0 Portable (free full version) 

Lepas korang download tu korang akan dapat file format RAR. Jadi orang kene extract..Kalau korang tak taw camne nak extract atau tak boleh nak extract..Korang rujuk lah pak cik google atau mak cik youtube.Kat bawah nie Wan sediakan print skirn Adobe Photoshop CS6 yang Wan guna.Yang best nye CS6 ada sediakna medium untuk Photography.gambar dalam tu adalah gambar macro Wan ambik .




Terima kasih


Lain lain
Portable Full Software



Selamat mendownload


Kemungkinan pautan untuk memuat turun applikasi ini di 4shared tergendala atau telah disekat.. Sebagai langkah kedua disini ada pautan untuk applikasidi pautan yang lain.  download link dibawah
(maaf atas ralat yang terjadi)


Download (CS6): DF - UL


.NEW link

DOWNLOAD ADOBE PHOTSHOP CS3 



.





Saturday, May 19, 2012

Saat hatiku termenung (2)

.


Assalamualaikum...


Kekadang segala yang ingin aku lupakan berputar kembali dalam angan. Sejauh mana pun aku berjalan, Bertahun lama pun masa yang berlalu ingatan itu pasti wujud..Sering kali aku jadikan teratak ini sebagai penghapus rindu namun segala ruang yang ada mencampakkan aku lagi ke dalam cerun kenangan lampau...Pernah seketika dulu aku biarkan teratak ini bersawang.


Ramadhan tinggal beberapa  bulan saja lagi.Semakin hari semakin takut untuk ku melangkah. Walau sudah bertahun tahun pemergian Sasha , Detik hitam itu tak pernah padam walau secebis zarah sekalipun..



"Shasa ,Saya tak setabah awak". 


Andai diri ini hilang pertimbangan ingin saja ku gores besi tajam mencengkam pergelangan tangan. Kenapa Tuhan beri ujian sebegini berat..??? Apa hikmahnya Ya ALLAH?.Mungkin aku bukan penikmat garam yang "TEGAR"..Rasa hati ingin saja dihempuk kelibat perasaan aneh yang terpampang dimaya fikiran..Tapi aku bukan sekeras tukul besi berkepala besar.Seketika aku hilang ketenangan, meronta ronta menyalahkan takdir seperti hilang Agama , hilang iman didada..


Andai hari ini aku bisa saja gerakkan setiap saat pasti akan ku undur setiap detik yang berlalu.Pasti saja aku hilangkan setiap pertemuan bersama nya agar aku tak merasa siksanya terseksa.Namun segalanya sudah tersirat dan tersurat . Hampir berpuluh kali aku draftkan entri ini menunggu untuk dipersembahkan. aku mengeluh, berkerut wajahku sebentar. Terhentak hentak rasa hatiku seperti mempunyai sepasang kaki. Keluhan aku berpanjangan namun tiada riak yang terhasil, kali ini aku biarkan suasana menyelami aku.


Bukan aku hendak menolak atau aku hendak mempersoalkan perancangan Allah..Tapi sukar untukku terima kenyataan..Hakikat yang hari ini bukan mimpi...Yang hari ini mesti diteruskan seperti biasa..Aku sering bertelagah dengan minda.."mengapa aku di uji sedemikan rupa"..Mungkin bagi kalian senang hendak memuntahkan kata dari mengalami..Atau aku  tak setabah karang dilautan..Sapa yang mengerti??


Benar perpisahan itu punya nikmat yang perit..Dan perpisahan antara dunia dan alam seterusnya punya perit yang lebih..Mungkin perpisahan jarak atau tempat mampu berikan kita perit yang mendalam..Bayangkan perpisahan untuk selama lamanya di dunia..Tiada sapa yang mampu menduga bukan??Sanggup untuk merasanya??Jauh sekali tidak..
 

Kali nie biarlah Aku relakan pemergian nya dengan tenang..

Tabahkan lah hamba Mu ini Ya Allah..Biarlah aku mampu tersenyum seperti masa yang sudah sudah..Tapi janganlah Kau hapuskan kenangan ku.....

Al Fatihah..



Kisah rekaan



.




Doodle Story_My crush sudah berpunya

.



Assalamualaikum...


Hai korang..Ingat lagi entri nie -My Crush  .. Ramai yang bagi komen untuk luahkan..Jangan pendam.. Kalau dah luah dan kita dapat tahu crush kita tu dah berpunya..Semestinya kekecewaan kita makin bertambah..Dan akan wujud satu jarak pemisah..Bermacam macam lah perkara pelik yang kita fikirkan.Nak buat macam mana kan..Kita manusia insan yang lemah..


Atau korang tetap menunggu walaupun peluang untuk korang dapatkan crush korang tu agak tipis..Atau pun korang biarkan dan berserah sepenuhnya kepada ALLAH..Berusaha + berdoa + bertawakal..Atau korang terus diam .. putuskan hubungan sebagai kawan tu secara diam diam.Tak hantar SMS , tak bertegur lagi dan korang menyendiri..


“Dan bukankah (Allah) ciptakan kamu berpasang-pasangan?”(An-Naba’:8)

Kalau korang ..Apa tindakan korang??


Percayalah setiap yang ALLAH dah tetapkan tu adalah yang terbaik untuk kita..Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya..Elakkan dosa , elakkan keburukan..Jadi kita fikirlah secara positif.Yang penting kita kena tahu ALLAH akan beri yang lebih baik lagi untuk kita.


Sekuat mana pun kita..Kita tetap rasa kecewa dan sedih.. Walau tersenyum namun hati didalam Tuhan yang tahu..Kita redha dalam pasrah . . .


Kalau korang ada pendapat atau pernah alami sebegini kongsi kongsilah diruangan komen k.Wan perlukan pendapat..



P/S : LEBIH indah berCOUPLE, namun batas dan syariat diutamakan!
Semoga kita bertemu dengan pasangan-pasangan kita dan akan berkekalan sampai ke syurga


Kalau suka entri kali nie klik like/share atau klik link iklan churp churp dibawah  ..hanya bagi yang sudi dan iklhas.





Papai


.




Thursday, May 17, 2012

Doodle Story_My Crush


.



Assalamualaikum...


Hai korang..Kali nie doodle story Wan satu gambar je..Bab tak sempat lak nak lukis dua tiga gambar..hehehehe ..Petang tadi pun dengar kat Hot Fm ada topik yang menarik..Bab tu lah terbuat plak doodle story nie..


Mesti korang pernah hadapai situasi nie kan..Manusia nie susah nak halang perasaan cinta . Tapi korang semua kena ingat taw.. Cinta tu ada batas nya..Sangat sangat terbatas.. Dan bagi yang memendam rasa tu..Cinta tak terungkap..Apa korang rasa??Adakah korang perlu luahkan perasaan?? atau simpan sampai suatu masa nanti..Kalau simpan korang tak takut ke terlepas..Atau korang percaya pada jodoh..?


Jadi apa pandangan korang??Wan pun nak taw jugak..Kekadang risau sangat kalau kita luahkan tu..Kita dan dia mula rasa terlalu jauh..Mula mula kawan seperti biasa pendam perasaan..lepas tu luahkan perasaan..Kalau lah cinta kita ditolak mesti hubungan kawan tu semakin renggang..Adakah korang berfikiran macam tu jugak atau Wan je yang fikir macam tu?


Dalam dunia yang serba canggih nie tak mustahil kita tersuka atau menyukai seseorang tu dalam diam..Contoh nya cinta muka buku dalam diam..Adakah korang akan simpan perasaan atau luahkan..??


Kalau korang ada pendapat atau pernah alami sebegini kongsi kongsilah diruangan komen k.


P/S: setiap manusia diciptakan perasaan sayang.


Biar airmata kita mengalir kerana rindukan syurga..
daripada terpesona dengan dunia hingga diri tiada harga



Kalau suka entri kali nie klik like/share atau klik link iklan churp churp dibawah  ..hanya bagi yang sudi dan iklhas.





Papai


.








DP Mogok Lapar Palestin: Muncul Satu Teori Baru yang Bodoh

.

100% disalin dari http://www.soutulmujahid.com/2012/05/dp-mogok-lapar-palestin-muncul-satu.html .




Dengan pelancaran kempen DP facebook mogok lapar beberapa hari lepas, alhamdulillah ia memberika impak positif. Public awareness berjaya dicipta dan menyebabkan masyarakat dunia tertanya-tanya, warna coklat apakah yang sedang menghiasi facebook. Namun, aku tegaskan kat sini, kempen macam tu bukanlah segala-galanya untuk Palestin dan umat Islam. Ia bukanlah satu penyelesaian , tapi ia hanya mencetuskan public awareness yang positif.

Apa yang aku nak tegaskan adalah, ia bukan jalan penyelesaian yang tuntas untuk membebaskan bumi umat Islam yang dijajah oleh para kafir harbi. Tapi aku tetap memuji tindakan sebilangan besar umat Islam seluruh dunia yang turut serta dalam kes ini. Yang tak tukar DP macam aku, doa pun jadilah. Jangan perlecehkan usaha mereka sudah.

Tapi, lepas impak positif asbab daripada DP mogok lapar tu, muncul pulak dah satu teori bongok ala-ala teori konspirasi yang cukup bodoh yang amat dibenci. Aku tengok, blogger yang benci giler dengan teori konspirasi illuminati ni adalah Faiz Tapit. Ada-ada je entry sentap pasal teori dungu ni. Aku ingat teori konspirasi je yang meniti di bibir-bibir umat Islam, tapi DP mogok lapar pun turut 'diteorikan' mengikut kepala otak sendiri yang tak tahu hujung pangkal cerita.

Memetik teori bongok tersebut, ia berbunyi seperti:
"Tinggalkan gambar-gambar DP yang berwarna coklat . Ini menunjukkan sesiapa yang menggunakan gambar-gambar ni dalam profilenya menunjukkan dia adalah tawanan Zionis Israel, kain penutup dimata memberi maksud kita tidak melihat apa2 kekejaman Zionis Israel terhadap umat Islam. Tag perkataan yg tertulis adalah tulisan Yahudi. Maka, tukar secepat mungkin gambar-gambar ini. Harap maklum. Wallahualam."

Pertama kali aku baca kenyataan ni, memang memberi first impression yang sangat negatif. Ini merupakan kenyataan yang sangat naif lagi daif dan tidak berpijak pada bumi yang nyata. Nampak sangat diorang ni jenis yang menjadikan facebook sebagai rukun iman ke-7. Apa saja yang ditulis akan dikongsikan (share) kepada rakan-rakan lain selagi mana ia tampak menarik dan berinformatif.

Walhal, kenyataan dangkal seperti ini menunjukkan mereka tak cakna dengan isu-isu semasa dan pakai hentam mengikut nafsu dan kepala otak yang singkat. Punyalah banyak informasi-informasi berguna dari internet, yang sampah juga diorang ni suka ambik.

Kalau korang malas sangat nak membaca info berguna, biarlah aku yang bagi tau korang supaya fitnah yang tersebar tak disebarluaskan lagi. Memetik daripada sumber, blog szlihin.com,

1. Gambar di atas adalah simbolik kepada tahanan Palestine yang dipenjara.
2. Coklat adalah warna pakaian yang dikuatkuasakan oleh Perkhidmatan Penjara Israel ke atas tahanan Palestin.
3. Logo di sebelah kanan bermaksud "Shabas" dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel.

Lantas, fakta-fakta ni menyangkal teori tak berasas tu. Sesedap rasa je buat kenyataan itu dan ini asalkan dirasa dapat menimbulkan kesan logik pada akal. Lepas tu, dengan tak malunya menulis "wallahu a'lam".

Emmm... entahlah. Aku tak tau nak cakap apa lagi dengan golongan macam ni. Bukan pertama kali aku tulis artikel sentap macam ni. Artikel yang bertajuk Apabila 8.9 Skala Richter Dikaitkan dengan al-Anfal ayat 9 (8:9) dan Kecelaruan Pemikiran Pengkaji Teori Konspirasi juga merupakan artikel yang sentap-menyentap yang aku tulis akibat terlalu ramai menjadikan teori yang carca-merba sebagai topik perbincangan menarik.

Lepas ni, kalau ada apa-apa info, pastikan korang selidik dulu apa yang disampaikan, termasuklah dalam blog soutulmujahid.com. Jangan memvavi-buta menyebarkan maklumat yang entah betul entah tidak. Kepada sesiapa yang menjadikan facebook sebagai rukun iman ke-7, bawak-bawaklah bertaubat :p






100% disalin dari http://www.soutulmujahid.com/2012/05/dp-mogok-lapar-palestin-muncul-satu.html .

Entri disalin agar semua buka mata dan minda..


.



Wednesday, May 16, 2012

KLMJ = Kenangan Lalu Mengusik Jiwa


.

Assalamualaikum...

Andai hari nie kita lembarkan sayap kenangan berpuluh puluh pautan ingatan menyingkap diminda..Ada yang dah lusuh di ingatan dan ada yang kekal tersemat di lubuk fikiran.. Hari nie teringat sangat kat seseorang .. Kalau tak kerana dia semestinya korang tak kan dapat baca entri nie..Sebab dia lah Wan mula ceburkan diri dalam dunia Blog.. Buat blog dulu pun sebab nak pikat dia je.hahaha..Lucu lak kan..Dulu masa muda muda..Bila ingat balik laucu lak..aiyoo..Dulu dia ada Blog skang Blog dia dah tak berupdate..so korang tak leh lah nak tengok dia kan..ehehehe.Link blog dia pun Wan dah lupa..Nanti kalau ingat Wan kasi taw k..


Kalau nak diceritakan panjang sangat .. Kenal dari FS > YM > SMS/MMS lepas beberapa ketika masing masing bawak hala tuju sendiri..Entah Wan pun tak tahu macam mana tetiba masing masing terus bawak hala sendiri.. Korang mesti pernah macam tu jugak kan..Lama sangat tak berhubung .. Hampir bertahun tahun ..


Tengahari tadi Wan kirimkan SMS kat dia rupanya dia masih ingat jugak kat Wan..Alhamdullillah dia tak buang nombor Wan..Rindu rindu suatu masa dulu.Hahahaha..jadi bermulalah sesi ingat mengingat..Rupa nya Banyak yang Wan dah tak ingat...Dia send sms kat Wan.. KLMJ...KLMJ mula mula Wan memang tak taw apalah maksud KLMJ nie..bila google rupanya KLMJ nie maksunya Kenangan Lalu Mengusik Jiwa..hahhaa..Kuno kan Wan..









TEringat gak lagu nasyid nasyid dulu..Bila dengar balik terimbau lak kenangan lalu.. Jujur Wan cakap..Wan rindu saat dulu.. 2008


P/S: Dalam hidup nie banyak sangat kisah duka dan suka..dan setiap calar itu mengingatkan Wan akan kenanagn adalah realiti.


Korang ada tak KLMJ??


.



Akhirnya Israel Tunduk, Persetujuan hari ini noktah hitam kepada Israel

.

--100% disalin dari http://www.informasi.my/akhirnya-israel-tunduk-persetujuan-hari-ini-noktah-hitam-kepada-israel/ 



V59r5.jpg (720×449)


Seorang anggota Knesset (parlimen Israel) menyifatkan bahawa persetujuan yang dicapai hari ini antara para tahanan Palestin dengan Jabatan Penjara Israel yang menurut kehendak kesemua tuntutan mereka(tahanan Palestin) adalah noktah hitam kepada Israel.

Kata Mikhael Ben Ara, anggota Knesset yang merupakan pelampau Yahudi mewakili ‘الاتحاد الوطني’, persetujuan yang dimeterai hari ini merupakan noktah hitam kepada Israel.

Mikhael mengungkapkan persetujuan yang dicapai itu memberikan kehidupan baru kepada mereka(tahanan-tahanan Palestin).


Israel tunduk kepada tahanan

Menukil dari web berita SAFA, setelah mengharungi 28 hari mogok lapar, Israel telah tunduk kepada tahanan-tahanan Palestin dalam penjaranya pada petang Isnin, 14 Mei 2012.

Para pemimpin gerakan tahanan dalam penjara penjajah telah menandatangani satu persetujuan dengan Jabatan Penjara Israel bagi mengakhiri mogok lapar yang mana kesemua tuntutan-tuntutan mereka akan dilunaskan. Sewaktu persetujuan hari ini dimeterai, Duta Mesir ke Israel juga hadir.

Ketua delegasi tahanan yang telah dibebaskan, Ruhi Mushtaha yang berada di Kaherah sejak beberapa hari yang lalu bagi mengetuai delegasi dari Gaza telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan wakil Mesir mengenai mogok lapar.

Kata beliau, satu persetujuan telah ditandatangani antara Jabaran Penjara Israel dengan para pemimpin gerakan tahanan dalam penjara yang turut dihadiri Duta Mesir ke Israel.

Persetujuan itu berhubung tuntutan-tuntuan yang telah dimeterai sepanjang rundingan yang dijalankan dan ada juga yang berkaitan dengan pelunasan janji Israel dalam agenda-agenda(bab kandungan) perjanjian penukaran tahanan-tawanan(صفقة تبادل الأسرى) antara HAMAS dengan rejim zionis.

Persetujuan ini menetapkan dalam tempoh 72 jam, kesemua tahanan Palestin yang meringkuk dalam kurungan asing(seorang diri) akan dikeluarkan kepada sel kurungan biasa.

Jurucakap Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza, Taher Al-Nunu menjelaskan ketika menjelang waktu menandatangani persetujuan antara pemimpin gerakan tahanan yang mogok lapar dalam penjara dengan Jabatan Penjara Israel, adanya perkembangan yang positif. Jelas beliau, pertemuan(sesi persetujuan yang dihadiri Duta Mesir ke Israel dalam penjara Israel) diikuti secara langsung oleh Mesir dengan penyelarasan bersama kerajaan Palestin di Gaza.


Terima kasih semua

Menteri Tahanan Kerajaan Palestin di Gaza, Abu As-Subhi yang berada di Kaherah mengesahkan persetujuan antara para tahanan dengan Jabatan Penjara Israel. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Mesir(terutamanya Badan Perisikan Mesir), masyarakat Arab dan umat Islam dan kesemua yang bersimpati terhadap para tahanan. Beliau turut menyeru agar membantu kepada kemenangan sehinggalah kesemua tahanan dibebaskan.

Dari sudut lain, Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh mengucapkan tahniah kepada para tahanan-tahanan Palestin yang berjaya mengharungi mogok lapar sehingga tercapai kesemua tuntutan mereka. Beliau memuji ketabahan para tahanan yang sanggup mengadakan mogok lapar.
Tambahan lagi, Presiden Palestin di Ramallah, Mahmoud Abbas berkata, persetujuan ini adalah langkah utama ke arah jalan membebaskan kesemua para tahanan Palestin dari penjara-penjara Israel.


Situasi mogok lapar

Sejak 28 hari yang lalu, ratusan daripada tahanan-tahanan Palestin yang meringkuk dalam penjara-penjara Israel telah mengharungi mogok lapar atau disebut ‘pertempuran kosongkan perut’. Diikuti dua tahanan lagi, Saer Halahulah dan Bilal Ziab yang telah pun mengharungi mogok lapar sejak 78 hari sebelum ini. Demikian itu sebagai bantahan kepada keadaan keadaan yang mereka terpaksa lalui dalam penjara.
Para tahanan Palestin meletakkan syarat bagi menghentikan mogok lapara adalah dengan tunaikan tuntutan mereka, antaranya, selesaikan kes tahanan tanpa bicara(tutup kes), tiada lagi kurungan seorang diri serta membenarkan ahli keluarga mereka dari Semenanjung Gaza melawat anak-anak mereka dalam penjara-penjara Israel.

Israel telah menyahut sebahagian dari tuntutan mereka supaya mogok dihentikan tetapi para tahanan Palestin enggan dan nekad terus mengharungi mogok lapar sehinggalah kesemua tuntutan mereka dilunaskan.
Sumber 14/05/2012, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps



--100% disalin dari http://www.informasi.my/akhirnya-israel-tunduk-persetujuan-hari-ini-noktah-hitam-kepada-israel/




.