Monday, December 30, 2013

Freebies Kalender 2014

.

















Klik pada gambar > right klik > Save image


.



Wednesday, December 25, 2013

Tsunami lahad datu sabah 26 .12.2013

.

Assalamualaikum

Mungkin ramai yang sudah tahu
Mengenai ikan naik ke darat dilahad datu
Ramai jua yang mengatakan akan berlaku tsunami
Atau gegaran dari bawah air
Sesungguhnya setiap kejadian ALLAH jadikan dengan hikmah nya

26.12.2013
tarikh yang dikatakan akan berlaku tsunami
Atau bencana lain
Ini dikaitkan dari beberapa tarikh yang telah berlaku bencana sebelum ini


26 Jan 1531 gempa bumi di Lisbon
26 Jan 1700 gempa di Laut Pasifik
26 Jul 1805 gempa bumi di Naples
26 Aug 1883 Gunung Krakatau meletus
26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley , USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Dec 1932 gempa bumi di Kansu, Cina
26 Okt 1935 gempa bumi di Colombia
26 Dec 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay , Jepang
26 Jul 1963 gempa bumi di Skopje , Yugoslavia
26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano , Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland , USA
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza , Argentina
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos , USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino , California , USA
26 Okt 1997 gempa bumi di Itali

26 Desember 2004 Tsunami di Aceh
26 Mei 2006 gempa bumi di Jogja
26 Oktober 2010 Tsunami di Mentawai
26 Oktober 2010 gunung berapi Meletus


Sejauh mana kebenaran tarikh 
Dan perkara yang bakal berlaku
Sesungguhnya semoga dari kita mengambil ikthibar dari semua

Ya ALLAH
Lindungi kami bumi Malaysia secara am nya
Sabah dan sarawak kepulauan borneo secara khususnya
Dari malapetaka yang merangut nyawa

Jika benar
Akan tiba tsunami 26.12.2013 di lahad datu
Semoga semua yang berdekatan laut
Mengambil langkah berjaga jaga


Allahumma aamiin ya ALLAH... 
Semoga smua dilindungi
Ambil langkah berjaga jga.. 
Kita tak tahu apa yg ALLAH nak tunjuk 
Atau ALLAH nak bagi peringatan/amaran sebelum sesuatu terjadi..



 .



Sunday, December 15, 2013

Suara dari langit - antara keimanan dan fitnah dajjal

.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWE1lQ4O-HlsX6yua3TAvnTUjUnBXu_w78FnsgPdgIbbH-7xdRgLVud6FoRSk3i7zVlbs34XZ8Mw2jEKacO8-PjMSzkUA-E2riNXbEm5RaBVgBMgQ6w9e3JRE1xDAVeS4d5KbKsi6QGEoT/s1600/5.jpg
.

Assalamualaikum

Pada tahun 2012 suara dari langit menggegarkan keseluruhan warga kota samarahan sarawak.
Dan akhernya didapati berpunca dari kilang kelapa sawit yang berhampiran .

http://wanhazel.blogspot.com/2012/01/bunyi-dari-langgit-disekitar-kota.html

Pengakhir tahun 2013 jua fenomena "suara dari langit" masih menjadi buah mulut warga malaysia.
Rata rata masih mempersoalkan kejadian sebenar .

Percayalah .
Kekadang apa yang diperkatakan belum tentu benar dan apa yang terlihat belum tentu nyata.
Sehinggakan ramai yang menyatakan pelbagai tanggapan aneh .

Wahai semua .
Adakah kita beriman jika tidak diuji .

Jika benar ia adalah peringatan dari ALLAH .
Mengapa tidak kita mula melengkapkan diri kepada ALLAH .
Sebaliknya .. punca suara aneh dari langit dijadikan hiburan bagi sesetengah kelompok .


Sesungguh nya jauhilah dari fitnah dajjal .
Dari sibuk mengatakan itu ini
Lebih baik kita semua risau akan timbangan kita
Adakah cukup untuk kesyurga .


Mengapa sibuk dengan kiamat yang sudah sedia semakin dekat
Sibuklah mencari iman pada diri yang belum tentu lengkap untuk kesyurga ALLAH ..




.






Thursday, December 12, 2013

The Summer Mall’s Ice Skate Park dibuka







The Summer Mall’s Ice Skate Park di jangka akan di buka pada pertengahan bulan ini , yang terletak dibahagian Samarahan Sarawak berhampiran UNIMAS , UITM dan MAKTAB PERGURUAN .

Luas gelanggang 3,000 kaki persegi dan boleh memuatkan 50 - 80 orang dalam satu masa
Beroperasi dari pukul 10 pagi - 9.30 malam.

Had umur kanak2 ialah 5 hingga 12 tahun dan selebihnya ada dewasa.

Bayaran masuk -

RM12 dewasa, RM8 untuk kanak kanak untuk sejam pertama dan RM8 untuk sejam seterusnya
(hari biasa).

RM15 dewasa, RM10 kanak kanak dan RM6 untuk sejam seterusnya
(Sabtu, Ahad & cuti umum)




Dan tak lama lagi summer lagoon akan dibuka juga ..



.



Monday, December 9, 2013

Bukankah itu sunnatullah?

.





Assalamualaikum...


Aku memang sangat kekurangan dalam ilmu agama.
Kalaulah Allah bukakan 'keaiban' aku pasti terlalu banyak untuk disenaraikan
Kelemahan-kelemahan itu oleh orang lain
Doakanlah semoga semasa keberadaan hidup ini
Aku masih mempunyai ruang untuk sentiasa baiki

Perjalanan tulisan blog aku ini sudahpun banyak kali berubah
Kadang kata ganti diri pertama jua turut berubah
Dari saya , aku dan wan
Mana mana pun aku suka aku akan guna
Erm.. mungkin
Itu tandanya empunya diri sudah beralih fokus dan tumpuan hidup
Yang pasti
Banyak peristiwa yang menyebabkan kita jadi berubah
Bukankah itu sunnatullah?
Hidup mesti selalu seperti air
Yang sentiasa menyerap dan melimpah
Ke mana ruang pasti akan dipenuhi

Peristiwa kekecewaan yang lalu juga satu bentuk keinsafan dan perubahan diri
Menyebabkan aku ingin menjadi lebih baik
Malah lebih baik daripada yang dulu
Adakah kerana kehilangan yang menakutkan aku
Ataupun kerana pengalaman hidup itu sendiri
Apapun
Terima kasih atas pengalaman itu yaTuhanku yang ESA!

Kerana tahu aku punyai banyak kekurangan dan kelemahan diri
Aku tahu aku kurang yakin untuk membimbing dan menasihati bakal suri
Suami tidak diizinkan syurga di akhirat jika isterinya tidak taat kepada Allah
Kerana itu
Aku sentiasa berjanji untuk menjadi suami yang terbaik untuk bakal suriku
Hehehe   >.<

erm..
Seronoknya kalau berpeluang dan bersua muka dengan pembaca setia blog ini.




Cita-cita aku mahu  sentiasa hebat memberi untuk Allah.




.



Saturday, December 7, 2013

Template baru : Pink pink pink ...

.




Assalamualaikum..

Tak lama lagi tahun 2014
Azam tahun baru pun entah kemana
Entah ada entah tak
Tapi nak sangat dapat kerja tetap tahun 2014 nanti

Jadi kali nie sempena nak sambut tahun baru 2014
yang agak lama lagi. hehehe
Wan tukar wajah blog Wan ..
Ok tak ??
Jambu tu ..

Hahaha

K lah korang..

Nak tunjuk tu je



.



Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih

.





Assalamualaikum


Top Referal
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D


Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6




Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan Comel , Marqis Careno dan Iluvtour


Nak join klik nie

http://www.kisahemasputih.com/2013/12/mini-ga-rm600-disember-2013-by-emas.html




.








Friday, December 6, 2013

Jom masak : Pisang goreng belacan

.







Assalamualaikum ..

Hari nie saya nak kongsi
Macam mana nak wat Pisang goreng belacan
Hahaha..
Kalau makan masa hujan hujang nie sedap nie..
Cara mudah je


Semestinya guna pisang
Nie pisang kapok .
Kalau Wan .. Wan gemar guna pisang yang dah lembik
Lebih enak bila dimakan.



Pisang dipotong dan dibuang kulit
Kalau nak masak banyak gunalah banyak pisang.
Kalau nak makan sensorang
Cukup cukup je lah.


Lepas tu
Ambik beberapa biji cili , ikan bilis , bawang merah dan belacan
Cara buat belacan ..
Macam biasa je
Kalau nak lagi pedas tambah lagi cili


Selesai
Jadi macam nie lah
Kalau nak lumat buat lumat
Kalau tak nak tak yah lumat sangat
Wan wat nie masakan orang bujang je..
Asal cukup je. hahaha

Lepas tu panaskan minyak
bila minyak dah masak
Goreng belacan tadi sehingga masak
Tak yah masak sangat pun tak pe

Masukkan garam , ajinamoto dan sedikit gula
Secukup rasa taw..
Men agak agak je
Wan masak pun men agak agak je

Agak agak dah masak
Baru masukkan pisang
Gaul dan gaul
Gaul lagi dan gaul lagi
Sehingga korang rasa dah ok.
Mudah je



Dan selesai
Boleh dimakan dengan nasi
Nak makan macam tu je pun boleh
Dan boleh lah dimakan sambil tengok TV ..


Selamat mencuba



.




Monday, December 2, 2013

My D.I.Y Macro lens

.


Assalamualaikum ...

Kat bawah nie adalah tool yang saya guna



Tin Ridsect yang dah ditebuk depan belakang



Kotak Songkok
Dibuat jadi DIY ring difusser




Sebahgian gambar yang diperoleh dari Tool nie






 
Ok
Itu je 
Tak perlu lens macro kalau nak shoot macro



-Teddy pun comel kalau nak belajar Photography 
-Bermacro dengan DIY reverse ring 
-Tutorial Photography : Brand DSLR yang mana paling baik untuk dibeli
-Jenis jenis Lens (photography) , Kenali Lens DSLR
-Tutorial Photography : Apa itu ISO Sensitivity
-Tutorial Photography : Shutter Speed
-Tutorial photography : apa itu "Aperture"
-Tutorial Photography : macam mana nak ambik/snap gambar "Candid"
-Tutorial Photography : Belajar "bokeh" atau blur blur
-Tutorial Photography : Belajar dan kenali "Rule of Third" 
-Tutorial Photogrpahy : Ketahui cara ambil gambar sukan 
-Tutorial Photography : Kenali Tripod_kepentingan dan jenis 
-Tutorial Photography : Cara ambek gambar Sunset
-Tutorial Photography : Light Painting / Light Graffiti / Lukisan malam
-Tutorial Photography : ambil gambar waktu malam
-Tutorial Photography : Singkatan yang sering digunakan 
-Tutorial Photography : Editing gambar dalam Photography boleh ke??
-Tutorial Photography : Fatwa Sesat dalam Photography 
-50 Reasons to Not Date a Photographer
-Tutorial Photography : steel wool photography (light painting)  
-Outing bersama "Pen dan Kertas"
-Tutorial Photography : Water Drop
-Status rezeki mengambil gambar tidak tutup aurat
-Cara/Teknik asas penggunaan Flash/Speedlite
-Ambil tiga exposure/brightness (EV) gambar berlainan
-Tutorial Photography : Teknik asas HDR image
-Menambahkan bokeh pada gambar _ Adobe Photoshop 
-DIY Dry Box / Buat Dry Box sendiri
-Tingkatkan prestasi Canon Kitlens anda
-Sharpkan gambar_Adobe Photoshop
-karya terpilih untuk keluaran Majalah Aperture 
-Layer mask_Adobe Photoshop
-Buat kesan ray of Light_Adobe Photoshop
-Dari lensa ku : Dunia Macro
-50 Quick Photography Tips  
-Remove dust pada gambar _ Adobe Lightroom  
-Dari lensa ku : High Speed Photography 
-Star Trail yang paling Menakjubkan
-Tutorial Photography : Light painting HalfDome  
-Pencipta Kamera Adalah Saintis Islam  
-Tutorial Adobe Lightroom : Perkara asas editing 





.




Monday, November 25, 2013

Sponsor hilang Pemenang bagaimana

.



Assalamualaikum ...

Entri kali ini mengenai sponsor yang hilang
Dan bagaimana dengan pemenang
Kejadian seperti ini sering berlaku dikalangan blogger
Bukan sahaja pada blogger newbie malah blogger yang otai pun terkena
Dan semestinya pernah terkena pada saya sendiri
Seperti kontes saya yang lama dahulu
yang menawarkan 

HADIAH BAGI PEMENANG

Pertama RM300
Kedua RM200
Ketiga RM150
Empat dan Lima RM80

Dan sponsor untuk kontes berkenaan tidaklah menghilangkan diri
Tetapi cuba lari dari memberi hadiah
Hampir berpuluh kali saya menghantar PM ke facebook beliau
Namun PM hanya sekadar PM tak berbalas
PM pertama dibalas dengan masalah yang lain
PM kedua dibalas dengan masalah yang lain
Tunggu nanti dan nanti
Apakah yang cuba dibuktikan oleh mereka meraka ini
Bukan nak mengaibkan cuma mengapa tak bertanggungjawab

Bagaimana pula dengan pemenang ?


Pemenang saya telah emailkan dan telah selesai mendapat hadiah
Maaf jika saya tak mengembar gemburkan pemenang
Ini kerana saya mengeluarkan wang saya sendiri untuk memberi hadiah kepada pemenang
Maaf jika kontes dari saya memeningkan beberapa pihak

Mohon beribu ribu kemaafan mungkin khilaf saya
Janganlah pula buruk sangka terhadap saya
Tiada niat untuk mempermainkan peserta

Bagi sponsor yang sering menipu blogger 
Silala berhenti dari membuat perkara seperti ini
Tidaklah perlu saya list-kan nama nama mereka yang menipu
Mungkin nanti diruangan komen akan ada blogger yang list-kan .. hehehe

Apalah diharap follower yang ramai
Jika menipu saban hari
Apalah diharap blog didatangi ramai
Jika hati tak seiklhas rupa 


SAYA BENCI SPONSOR PENIPU 




.





Sunday, November 24, 2013

Subuh ini

.





Assalamualaikum ....

Subuh pagi ini bangkit
Sekonyong konyong kelopak mata dibuka
Selepas merehatkan diri di petak empuk belapitkan bantal
Subuh pagi ini seperti subuh subuh yang lain
Namun ada sesuatu yang mengusik hati
Ada sesuatu yang mengimbas kala dulu
Kala hatiku remuk dipukul badai kekecewaan

Setelah lama kubiarkan diri keseorangan tanpa sebarang pesanan buat ingatan
Tiada lagi karangan hati buat menghias kini
Melainkan berbatil rajuk yang melecunkan hati
Terkadang
Seperti ingin dikubur saja perasaan rajuk ini tidak bernisan
Kerna aku benci akan kenangan pahit yang jadi sisa ukiran kehidupan

Biar payah
Tapi cuba untuk berdiri semula
Moga moga ALLAH permudahkan jalan nya
Biar suatu masa kita semua tahu dan rasa
Yang bahagia itu jua turut bermula dari duka dan kecewa


Walau tidak mudah menelan duka
Namun percayalah ia pelajaran kehidupan
Jika hari ini aku mampu tersenyum kembali
Jika hari ini aku mengapai bahagia ku
Maka
Buat kalian
Ia perkara yang sama
Tidaklah selamanya kekecewaan itu sentiasa ada

Solat dan solatlah
Berdoa dan berdoalah
Bersabar dan bersabarlah
Berusaha dan berusahalah
Ganjaran pasti manis akhirnya
Dan yang pasti
Takdir itu akan jatuh elok pada tempatnya

Jika tidak jua hari ini
Esok masih ada
Jika tidak jua didunia
Syurga pasti ada




.



Saturday, November 23, 2013

Terima kasih NUFFNANG terima kasih semua

.


Assalamualaikum

Entri kali nie bertujuan nak berterima kasih kat Nuffnang dan korang semua
Sebab dalam masa saya tak pernah nak jenguk blog
Tak pernah nak update blog
Iklan dari Nuffnang masih setia melekat kat blog
Ini jugak rezeki dari ALLAH
Sambil berblog sambil cari income
Nampak sedikit kan..
Syukur dengan rezeki yang ada
Memang nampak sedikit
Tapi kalau ada berpuluh puluh CPUV
Agak agak banyak tak ??
ALHAMDULLILLAH tu je mampu nak ucap

Yang RM1.++ tu masa tu blog nie lansung tak sentuh
Masih tawar hati
Dan pernah jugak dapat 1sen je dari iklan



Kadang rasa macam
Alah..rugi nya masa tu tak aktif blog
Tawar hati katakan sampai dengan blog pun tak nak tegur dah
Hehehehe
Tapi
Syukur jugak sebab tak tutup blog nie dulu
Memang ..
Suatu masa dulu nak sangat tutup wadah nie
Oleh kerana korang korang semua
Yang sentiasa jadi pembaca setia
Saya biarkan dan sehingga ke hari ini
Inilah wadah
Ceria kembali dengan kunjungan kalian

Terima kasih buat kalian
Terima kasih buat semua
Terima kasih jugak kat Nuffnang

Kali nie nak simpan je income Nuffnang
Untuk raya tahun hadapan..
Insya ALLAH


Biar payah
Tapi cuba untuk berdiri semula

Maafkan saya
Andai ada salah dan silap



.





Perancangan ALLAH lebih hebat

.




Assalamualaikum ...

Sebelum tu
nak minta maaf
Entri yang sebelum nie ada ramai yang tertipu
Saya tak ke korea pun semua tu angan dan mimpi kosong je
Maaf sangat sangat

http://wanhazel.blogspot.com/2013/11/membawa-diri-ke-korea.html


Hari ini mungkin kita sibuk cari kebahagian
Perkara nie terjadi kat semua 
Termasuk saya
Hari ini saya sibuk nak cari kerja
Nak cari pasangan hidup
Nak cari kebahagian
Sampaikan saya terlupa 
Mungkin esok hari kematian saya
Atau lusa atau bulan hadapan
Mungkin tahun hadapan
Sapa tahu bukan

Saya nak sangat rasa kebahagian berkeluarga
Tapi saya perlu ada kerja tetap
Baru boleh kawen.. hehehe

Yep ..
Memang benar Rezeki setiap orang tu berbeza beza
Lambat atau cepat ALLAH dah tentukan
Hebatkan ALLAH
Sembunyikan masa depan
Biar nanti akan ada rasa manis 
Kejutan 
Dan mungkin duka

Sapa tak cemburu dengan mereka yang dah berkerjaya
Dah punya wang segala
Punya aset sendiri
Ada wang untuk dibelanja
Jika mahu itu katakan saja
Pasti ada didepan mata

Bukan saya tidak bersyukur dengan apa yang ada
Kan tidak salah jika mengharap pada yang belum ada
Saya juga mahukan kehidupan yang selesa
Tanpa memikirkan masalah kewangan ..


ALLAH
Murahkan rezeki kami
Permudahkan rezeki kami

Doa kan saya cepat cepat dapat kerja k
Semoga Tahun depan saya dah dapat kerja tetap ... 
Nak buat simpanan jugak ... >.<



.





Friday, November 22, 2013

membawa diri ke korea :)

.




Assalamualaikum ...

Alhamdullillah selamat sampai ..
Sampai sampai je terus update blog nie
Padahal penat tak habis lagi
Kali ini bolehlah dikatakan membawa diri
Biar jauh dari awan genawan kenangan lama
Biar jauh dari sahabat yang menguntai cerita yang lalu
Andai boleh biar terlupa segala perkara yang mengingatkan tentang semalam
Tapi saya tahu
Kenangan tak pernah berubah
Yang berubah manusia dan sikap mereka


Ok lupakan
Perjalanan memang agak lama
Lama sangat
Dari sarawak flight guna air asia terus ke LCCT
Dari LCCT ke Incheon airport mengambil masa 6 jam
Sambil layan movie sambil tido
Sambil tido sambil bermimpi
Haaa..
Kadang rasa tak sangka lak
Perancangan selama 11 bulan akher nya tercapai gak
Al maklum lah 11 bulan yang lalu lalu
Tengah patah hati.. hahaha
Ok malas nak ingat

Sebelum sampai seoul
Kena lalu tol
ALLAH..
Tol dia orang nie lagi mahal kot dari tol kat Malaysia
Negara sangatlah maju
Lalu taw hangang river.. hahahaha

Kalau nak cerita memang panjang
Tapi sampai nie je lah mimpi yang tak kesampaian nie
Mimpi je lah kan nak ke sana

Walau sejauh mana kita pergi
Hakikatnya kenangan itu sentiasa ada
Mungkin hari ini kita kecewa
Tapi jangan kita terlupa
Semalam ada yang lebih derita kecewanya dari kita

Kalau hari ini kita kehilangan kekasih hati
Semalam si kecil itu kehilangan ibu ayah cinta hati nya


jangantertipuinientrirekaan..
Sekadar menghibur hati


.






Sunday, November 17, 2013

Hanya kepada MU aku berserah diri

.




Assalamualaikum ...


Heningnya sujud kali ini
Semoga dirimu sentiasa dalam jagaan NYA
Wahai tulang rusukku
Meski masih tak terlafaz cinta
Aku tetap merindui mu bakal makmum ku
Meski tak berpandang mata
Aku tetap menanti mu bakal zaujah ku

Cuitlah hati SI PEMILIK hati ini ...
ALLAH Tuhan mu dan Tuhan ku ..

Kali ini
Dia datang lagi
Muncul lagi
Saat semuanya mula pudar
Kadang aku juga tertanya tanya
Kenapa saat aku mula rasa tegar
ALLAH uji lagi dengan kenangan yang aku mahu lupa
Kenapa saat aku mengenal rona yang berwarna
Aku didatangi lagi rona hitam dan putih

Rasa tersentuh dan cemburu
Bila melihat mereka suami isteri
Berpimpinkan tangan sikecil
Tersenyum lebar menguntum bahagia
Alangkah indahnya
Jika aku berada disitu
Cemburu itu juga satu anugerah bukan .. ?
Impian itu boleh jadi untaian doa yang menguntai tinggi dilangit ilahi

Makin dielak bercakap pasal kawen
Makin banyak berfikir tentang ia sebenarnya.
Maha Suci ALLAH yang lebih tahu tentang segalanya.
Yang lebih hebat perancangan NYA.
Dan
Hanya pada MU aku berserah diri


Kawan kawan hampir semua sudah berumah tangga
Aku pula entah bila ...

Eceh gatal lak ..


.





Saturday, November 16, 2013

Permulaan itu sentiasa ada

.


Assalamualaikum...

Sebenarnya setiap hari rasa terpanggil nak menulis semula di dada wadah..
Namun rasa tawar hati itu masih menyelubungi
Padahal sudah hampir berbulan lama nya
Apakah tiada lagi ruang untuk menulis

Kadang terfikir
Mungkin suatu hari nanti
Wadah akan jadi tatapan si pemilik hati ini
Tunang tersayang
Mungkin isteri tercinta
Dan mungkin jugak permata hati
Putera puteri yang manja
Waktu itu gelaran ayah yang menceriakan kehidupan

Jadi
Saat ini boleh jadi satu permulaan
Satu saat untuk mengorak biodata kehidupan di wadah madrasah pengalaman ini
Agar nanti setiap bait bait nurkilan menjadi benih semangat mereka yang menatap nya
Agar nanti aku punya cerita untuk diperlihatkan buat mereka mereka yang tersayang
Moga laman ini lebih banyak ku nurkilkan kebahagian dari kekecewaan
Moga  laman ini membuktikan bagaimana aku jatuh dan bangun tanpa tersungkur
Walau dihunus seribu kali kekecewaan yang sama
Aku bisa berdiri
Jika dulu aku sentiasa melihat rona hitam dan putih
Kali ini biarlah aku melihat rona biru kuning dan merah

Kalaukan jua aku menanti pelangi
Mungkin ia tak selama yang kuharapkan
Namun mengapa tidak aku biarkan hujan tu menjadi sinar penerang hidup
Apalah guna nya pelangi
Jika hadirnya berarak membawa petir luka
Disetiap kali nya
Tanah semakin padat selepas hujan bukan ? :')

Jika nanti
Aku punya keluarga
Aku punya kebahagian
Moga laman ini jadi bukti
Aku mencintai mereka kerana ALLAH
Dan aku tahu tiada pintu lampau yang bisa untuk ku pimpin tangan suriku
Menyelusuri setiap langkah kehidupan ku
Maka wadah inilah bukti kehidupan aku .

Dan
Moga saat ini aku bisa menulis kembali
Jika tidak pada yang dirindu
Mungkin pada yang merindu
Dan jika tidak pada diri sendiri
Mungkin pada mereka yang mencari semangat dalam kehidupan

Aku mahu wadah
Menjadi pencetus semangat bagi mereka yang memerlukan
Biar dakwah dan kebaikan itu sentiasa mengalir


Allahumma yassir wala tu'assir




.








Adobe Lightroom 5 Portable (Free no trial)

.




Assalamualaikum ...

Jadi sesapa yang nak download Lr5 nie..
Boleh lah download link kat bawah nie.
Semoga semua mendapat manfaat





P/S

If you are a person that loves Adobe and wants to report this to DMCA, just know that people who download Acrobat from here are normal people, people who definitely wouldn't buy the whole huge installed Ps for so many money as it costs if it wasn't available here - they would search for another photo editing program, maybe opensource but that surely it's worse than this.  So, let more people enjoy this wonderful program, you'll do a favor to a lot of people, really a lot trust me! More users and less haters for a company is better, isn't it?  Thank you.



Download:

32 bit (x86)

64 bit (x64)



.